Sunday 29 March 2015

DI TAHAN POLIS KERANA SHOT FOTO LRT CAIRO - (DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER) Part 7


Baca  PART 8 DI SINI


PART 7 : KEMBALI KE CAIRO


1. Naemah memaklumkan tiket penerbangan ke Manchester telah ditempah. Menurut beliau, penerbangan Turkish Airline ke Manchester berlepas dari Airport Alex, bukan Airport Cairo sepertimana yang dirancang.  Menurut Naemah, tambang dari Alex lebih murah berbanding Cairo. Penulis akur kerana beranggapan Naemah berpengalaman dalam hal tersebut. Masalah di sini, terdapat  dua buah beg kami telah di tinggalkan  di Rumah Pulau Pinang di Cairo. Oleh itu, plan terpaksa di rombak semula, penulis kena ke Cairo mengambil beg tersebut. Penulis, isteri, Naemah dan Kak Sahara bertolak ke Cairo setelah tiga hari berada di  Kota Alex. Kami ke Cairo menggunakan tremco. Kami sampai di Stesen Keretapi Ramses jam 12.00 pm. Dari situ kami menaiki keretapi Metro Kaherah - perkhidmatan keretapi laju bawah tanah. Menariknya tren ini, penumpang lelaki dan wanita di asingkan macam koc  LRT dan komuter KTM di KL . Penulis agak cemas kerana terpaksa berpecah dengan kumpulan Naemah kerana mereka naik koc untuk wanita, manakala penulis naik koc lelaki. Ramai penumpang ketika itu. Metro Kaherah mengangkut penumpang sejumlah 700 juta orang setahun atau 2 juta sehari. Bayang... Tambangnya cuma 1 geneh atau 50 sen. Nak pi mana pun tak pa dengan tambang banyak tu. Kalau kat Kl ? (tak boleh sebut nanti kena tangkap di bawah Akta Hasutan !!)  Koc-koc  Metro Kaherah macam LRT Putra di Kuala Lumpur. Bagaimana pun kocnya agak comot kerana berdebu. Penulis sempat shot dua keping foto dalam koc tersebut. Sebaik sahaja tiba di perhantian Stesen Shubra,  sepasukan polis tanpa uniform telah memegang tangan dan bahu penulis di bawa ke pejabat ketua stesen. Kamera Cannon Power Shot SX50HS penulis dirampas.  Dari situ penulis di soal siasat kenapa shot foto dalam koc tadi. Penulis menjelaskan bahawa sebagai tourist,  penulis tidak tahu perbuatan snap foto dalam tren adalah satu kesalahan. Penulis memohon maaf dan mendelete dua keping foto dalam tren tersebut. Nampaknya insiden ini adalah kali ke-2 melibatkan kumpulan kami di tangkap kerana snap foto. Kali pertama adik Yusairi yang berselfie di halaman Masjid Raba'a  Adawiyah. Untuk makluman anda, apabila Jenderal As-Sisi menggulingkan Presiden Dr. Mohamaad Morsi, As Sisi telah mengeluarkan satu dikri iaitu undang-undang yang meletakkan kesemua kawasan pengangkutan awam di bawah pemerintahan tentera. Pucat juga penulis..... Kami seterusnya menapak ke kilang kristal Asfour di zon industri Shobra.


Metro Cairo (foto google)






2. Masya Allah, cantiknya... itulah ungkapan yang hanya boleh dilafazkan. Terdapat banyak barang perhiasan dan barang kemas yang dibuat dari kristal dipamirkan di situ. Walaupun kami bukanlah bangsawan atau orang kaya macam Rosmah Mansor, tetapi kami di layan begitu baik sekali oleh pihak Asfour Crystal. Setelah memjamu mata, isteri penulis membeli satu blok kristal yang tertera tulisan khat Allah -Muhammad sebagai sovenir melawat kilang tersebut.

semua cantik dan menarik

peralatan melebur pasir menjadi kristal dan seterusnya digubah menjadi  bentuk-bentuk kaca yang  menarik

kilang dan produk mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa

replika Menara Mekah 

replika Kaabah, Maqam Ibrahim dan Hijar Ismail di perbuat dari kristal

inilah salah satu produk kristal/chandelier yang mendapat tempahan dari Kerajaan Palestin dan  telah di pasangkan di dalam Kubah as Shakrah  di Baitul Maqdis




cantiknya

kedapatan kristal berwarna warni



replika kereta vintaj


3. Setelah puas menjamu mata (sepatutnya menjamu selera !!), kami bergerak menaiki tut-tut pula ke Masjid Saidina Hussien r.a. Kami melalui pasar Khan al-Khalili yang termasyhur di Kota Cairo. Memandangkan waktu solat zohor sudah masuk, kami singgah dahulu kat Masjid Jamek  Al-Azhar As-Syariff yang juga menempatkan Universiti Al-Azhar. Kami solat dan meninjau ke semua sudut di dalam dan  di Masjid Al-Azhar. Agak malang kerana kami tidak berani masuk atau ziarah ke dalam kampus Universiti  Az-Azhar kerana kami dapati ramai polis tidak beruniform sedang berkawal di pintu masuk - takut kena tangkap lagi !

Pasar Khan Khalili

bermacam soviner - tapi fridge magnetic atau hiasan banyak berkaitan dengan koleksi Firaun. Ada ustaz kata kalau ada foto Firaun, malaikat rahmat tak masuk dalam rumah. Jadi penulis cuma membeli fridge magnetis berupa seekor unta sedang memegang bola ..hi..hi.. hi.



Universiti Al-Azhar - universiti tertua di dunia.


Dalam kawasan Masjid Al-Azhar as-Syariff

Terdapat ramai jemaah solat di sini, termasuk dari Malaysia. Sebahagiannya adalah pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Univ. Al-Azhar. Ramai berselfie di situ

salah satu tingkap Masjid Al-Azhar - senibina macam yang dapat dilihat pada bangunan kediaman atau hotel  di Kota Mekah

Seorang pensyarah sedang menyampaikan kuliah di dalam masjid - ada rakaman video (mungkin undang-undang tentera mewajibkan mereka berbuat demikian)


salah satu serambi masjid. disini kedapatan ramai siswi sedang mentelaah atau berbaring setelah penat studi


banyak kedai buku atau kitab di luar kawasan masjid dan Univ. al-Azhar

4. Kami tiba di perkarangan Masjid Saidina Hussien r.a setelah mengalas perut (makan kebab). Ramai jemaah berkumpul di perkarangan masjid. Kemungkinan mereka adalah penganut syiah. Terdapat banyak kedai-kedai jualan seperti kitab, jubah, tasbih - macam gerai jualan di Mekah dan Madinah

Masjid Saidina Hussien siap di bina pada Tahun 1870 sewaktu Mesir dibawah Empayar Turki
Othmaniah - oleh Raja Ismail Pasha

menariknya Masjid Saidina Hussien ialah terdapat payung/gerbang yang akan dibuka setiap hari Jumaat bagi menampung jemaah  di luar dari kepanasan matahari


Maqam Saidina Husein r.a yang syahid dalam Peristiwa Karbala. Beliau dibunuh pada  Tahun 1153M atau 10 Muharram 680H, jasad beliau disemadikan di Karbala Iraq.

inilah maqam Saidina Hussien r.a. (kepala sahaja). 


pintu masuk utama ke Masjid Saidina Hussein r.a

5. Setelah mendirikan solat maghrib, kami menuju ke Rumah Pulau Pinang untuk mendapatkan beg. Sebelum sampai ke situ, penulis sempat keluarkan wang dari mesin ATM HSBC untuk membayar wang tiket kapalterbang dari Alex ke Manchester. Setelah semua urusan selesai, kami menuju ke Rumah Pulau Pinang. Alhamdulillah, dapat berjumpa semula pelajar Malaysia khususnya anak-anak Pulau Pinang termasuk saudara Hafiz. Beg di bawa turun. Kami seterusnya dapatkan teksi pergi ke Daerah Abbasiah yang terletak Malaysia Hall di Kota Cairo, bertujuan untuk bermalam. Kami tiba di Malaysia Hall jam 10 malam, seterusnya urusan daftar masuk. Nasib baik masih terdapat bilik transit atau bilik tetamu untuk di sewa. Masih kedapatan beberapa orang keluarga dari Malaysia yang menyewa di situ sempena Majlis Konvokesyen anak mereka yang baharu tamat pengajian perubatan di universiti-universiti berdekatan Cairo. Kami dinner di cafe yang teletak di tingkat 2.


Ni dia Bangunan Malaysia Hall - tanah wakaf dengan pajakan selama 39 tahun ehsan dari kerajaan Mesir kepada Malaysia

kamar tidur yang luas, bersih, lengkap dengan fridge, tv, kipas angin, almari baju dan a/cond. Sewa semalam cuma LE 80 atau RM 40.00. Tuan/puan yang berhajat melancong  ke Cairo disarankan  sewa di sini kerana murah dan lokasi yang strategik. 



poster masuk ke cafe di Dewan Malaysia Abbasiah


ni dia team kami dari Alex - isteri penulis, Naemah (tudung putih) dan Kak Sahara (tudung hitam)



Foto kenangan bersama satu famili dari Johor yang hadir ke Majlis Konvokesyen  puteri mereka lulusan Perubatan


Cantik binaan ini 

Signboard Dewan Malaysia dari sebelah luar


Part 8 : QARUN DI FAYYUM

No comments:

Post a Comment