Friday 20 March 2015

DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER Part 4

Baca PART 5 DI SINI




Part 4 : SYAHDU DI MAQAM AHLUL- BAIT, WALI-WALI ALLAH & IMAN AS SHAFIE r.h.m

1. Peristiwa Pak Arab naik angin dan memarahi kami menjadi viral dalam media sosial pelajar Malaysia yang tinggal di sekitar Hayyu Asyier. Di atas sifat simpati,  mereka bersusah payah mencari kediaman baru @ homestay untuk kami.  Semuanya dilakukan ketika kami sehari suntuk  keluar ke airpot dan seterusnya ke tebing Sungai Nil menikmati suasana malam di atas dek river cruise. Naemah memaklumkan anggota lain yang tidak bersama  kami yakni yang tinggal di homestay telah berpindah kesebuah kediaman baru sementara yang menumpang di sebuah kelas pengajian /madrasah ditingkat bawah apartment. Setelah beliau menghubungi pelajar Malaysia tersebut iaitu Saudara Bob dan Anis mengenai lokasi iaitu terletak di Bauah Ula, kami akhirnya dapat pulang ke kediaman baru yang tidak jauh dari kediaman pertama. Pada malam itu kami hanya makan piza sebab hampir kesemua kedai makan telah tutup.   Pemilik madrasah tersebut ialah Dr.  Syeikh Abu Bakar seorang warga Arab Saudi yang berkahwin dengan warga Filipina. Mereka telah membuka madrasah kira-kira 3 tahun yang lalu. Madrasah tersebut menawarkan kelas pengajian Al-Qur.an dan talaqi, hadis, tafsir, bahasa Arab sanat dan sebagainya. Pada sebelah pagi, pengajian kelas Qur'an disediakan untuk anak-anak orang Somolia yang tinggal berdekatan. Madrasah tersebut lebih luas berbanding dengan homestay yang kami tinggal sebelum ini. 


Sheikh Dr Abu Bakar, isteri dan dua orang budak Somalia dan Adam cucu Kak Zah

kelas pengajian Al-Qur'an (belajar  muqadam)

2. Hari ke-3 kami di Cairo, aturcara seterusnya melawat kesan-kesan sejarah pada maqam-maqam dan masjid para ahlul-bait, wali-wali Allah , imam, anbiya', shuhada dan para alim ulama  yang telah menyuburkan bumi Mesir dengan ilmu dan pengetahuan Islam. Kami berkumpul di sebuah masjid yang berdekatan. Destinasi pertama ialah menuju ke Airport Cairo untuk mengambil barang yang tercicir. Alhamdulillah setelah hampir sejam, kami dapat semula barang tersebut. Kami seterusnya menghala ke laluan melintasi Kota Pertahanan Salahudin Al-Ayubi untuk ziarah maqam-maqam tersebut.
masjid tempat kami tunggu tramco bawa kami berziarah pada hari ke-3


Inilah wajah ceria kami setelah dapat semula barang/kotak yang tercicir di airport 

perkhidmatan  monorel yang menyambungkan terminal 1 dan 3 di Cairo International Airport
sebahagian dari tembok Kubu Salahudin Al-Ayubi


3. Bumi Mesir adalah bumi penuh barakah kerana terdapat banyak maqam. Baca DI SINI. Memandangkan kami kesuntukan masa, kebanyakkan maqam-maqam tersebut kami hanya ziarah sepintas lalu.  Di antara maqam yang sempat kami  ziarah sepenuhnya  ialah masjid dan maqam al-Imam as-Syafie rhm. pengasas bagi mazhab Syafie. Masjid dan maqam Saidina Hussin r.a, Saidatina Nafisah r.a, Saiyidah Nafisah, Sheikh Zakaria Al Ansori dan sebagainya


kesibukan menuju ke maqam-maqam 
Maqam dan Masjid  Saiyidah Zainab r.a

Menariknya ahlul-bait ini ialah kerana Rasulullah  saw pernah bersabda,

“Saya berpesan kepada yang hadir mahu pun yang tidak untuk menghormati wanita ini karena ia seperti Khadijah"


Saiyidah Zainab lahir pada tanggal 5 Jumadil Awal tahun lima atau enam Hijriah. Saiyidah Zainab adalah anak perempuan pertama Saiyidah Fathimah Zahra as. Ada juga yang mengatakan bahwa Saiyidah Zainab lahir empat tahun sebelum Rasulullah saw. wafat.





gerai jualan pakaian, poster, kitab di luar masjid/maqam

Maqam dan Masjid Nafisah
Maqam dan Masjid ahlul-bait yang bernama Saidatina Saiyidah Nafisah.masjid yang terletak berhampiran kubu Salahudin Al-Ayubi.Kaherah menjadi tumpuan pencinta Islam berkumpul di perkarangan masjid beliau. Di situ  juga terdapat beberapa maqam Ahlul Bait Nabi dan ulama yang lain, antaranya Saiyidah Sukainah binti Saidina Hussein, Saiyidah Ruqayah binti Saidina Husein. Saiyidah Nafisah memang terkenal sebagai seorang serikandi yang berani bahkan terkenal dengan kehebatan ilmunya yang tinggi hingga digelar sebagai 'Ummul ‘Ulum' (ibu sekalian ilmu).





ruang legar Masjid Saiyidah Nafisah r.a
Inilah group kami termasuk 3 orang pelajar Malaysia di hadapan Masjid Saiyidah Nafisah r.a


Maqam dan Masjid Iman As-Shafie rhm.

Terletak di kawasan al-Qarafah al-Kubra iaitu kawasan dimana al-Imam al-Syafie rahimahullah dimaqamkan,   Maqamnya terletak di dalam sebuah masjid yang didirikan dengan nama Masjid al-Imam as-Syafie. Salah satu perkara yang menarik, maqamnya itu terdapat sebuah kubah yang mana di atasnya ada replika sebuah kapal seolah-olah ada lautan di bawahnya. Lautan itulah ilmu al-Faqih al-Imam as-Syafie  rhm. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhamad bin Idris bin Al- Abbas bin Usman bin Syafei bin As-Sa'id bin Abid bin Abd. Yazid bin Hasyim bin Abd. Mutalib bin Abd. Manaf bin Qusai. Nasab beliau bertemu dengan Rasulullah [fdfa.(x)] pada Abd. Manaf . Dilahirkan di Ghazza pada tahun 150 H. Iaitu tahun di mana Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Ketika berusia 2 tahun, ibunya membawa beliau ke Mekah. Merupakan seorang ahli Fiqh, Hadis, Lughah, Penyair, Sasterawan dan pengasas ilmu Usul Fiqh. Wafat pada malam Jumaat bulan Rejab tahun 204 H. Di dalam masjid Imam Syafie juga kelihatan 2 buah maqam yang muktabar iaitu makam Syeikh Zakaria Al-Ansari dan Muhamad bin Abdullah Al-Hakam.

Maqam Imam As-shafie sesak dengan pengunjung sambil membaca Fatihah, ada yang berqasidah berdasarkan tariqat tertentu.

Sebelah dalam Maqam Imam As-Shafie

Inilah Maqam Imam As-Shafie

dipercayai bekas tapak kaki Rasulullah saw yang diambil dari Mekah dan dibawa pulang oleh Imam as-Syafie

tiang dikatakan menjadi sandaran Al-Imam As-Syafie 


Kubah Masjid Imam As-Syafie terdapat replika kapal layar


Muhammad Yusairi dan ibunya Kak Zah 




5. Kami seterusnya berkunjung ke daerah perkuburan yang terbesar di Mesir untuk ziarah beberapa maqam wali Allah. Menariknya di situ terdapat kawasan perkuburan lama yang setiap satu kubur di bina pagar dan pintu masuk persendirian. Hampir kesemua kubur lama tersebut tidak  diurus dengan baik kecuali maqam para wali dan tempat ibadar ahlul bait. Sekitar kawasan tersebut terletak di kaki Bukit Mokattam.

salah sebuah masjid yang menempatkan makam wali. Perhatikan bukit  Mokattam berwarna merah di belakang yang dikatakan kecewa kerana Allah tidak memilihnya sebaliknya memilih Bukit Tsur Sina iaitu puncak dimana Nabi Musa a.s bermunajat melihat Allah swt. Kerana kecewa,  Bukit Mokattam bersumpah tidak membenarkan sebarang tumbuhan tumbuh di situ Wallahu'alam


pintu masuk ke gua tempat Saiyidah Nafisah berkhalwat beribadat 

perhatikan  kubur pembesar/orang kemanaan di letakkan  dalam kawasan yang berpagar.


No comments:

Post a Comment