Friday 3 April 2015

AURA ANWAR IBRAHIM PADA PANDANGAN MAMA JUWIE (WARGA YAYASAN ANDA AKADEMIK)







BERITA TERKINI

Penulis lirik tersohor dan bekas wartawan akhbar arus perdana Malaysia   Hj. Abdul Jalil bin Salleh atau lebih glamour dengan nama Mama Juwie telah menghembus nafas terakhir di Pusat Perubatan Hospital UKM Cheras pada jam 10.41 malam Hari Jumaat 03 April 2015 akibat komplikasi penyakit barah usus dan kanser prostate.  Jenazah Allahyarham akan disemadikan pada pagi ini di Selayang Selangor. Innalillahi wainna ilaihirajium. Semoga roh Allahyarham di cucuri RahmatNya ditempatkan  dalam mereka yang beriman dan soleh dan tenang di alam  barzah sana. Amin.


POSTING  ASAL (diubahsuai di sebabkan faktor-faktor tertentu).

1. Semenjak penubuhan Yayasan Anda Akademik (YAA) pada tahun  Mac 1971, tidak kurang dari 50,000 pelajar telah belajar di institusi tersebut, sama ada sebagai pelajar sepenuh masa atau pelajar kelas malam. Tenaga pengajar pula tidak kurang 300 orang yang telah memberi khidmat bakti selaku guru sepenuh masa atau sambilan. Di antara bekas pelajar yang pernah belajar di YAA ialah Saudara Abdul Jalil bin Salleh.  Abdul Jalil mendaftar masuk sebagai seorang pelajar Tingkatan 6 pada tahun 1973. 


2. Menurut Abdul Jalil, beliau dilahirkan sebagai seorang khunsa. Beliau dikatakan mengalami masalah jiwa berkaitan dengan sifat kurnian Allah tersebut. Beliau hampir berputus asa dalam menempuh cabaran hidup akibat dari pandangan serong masyarakat terhadap golongan tersebut. Beliau mendaftar masuk sebagai pelajar Tingkatan 6 di Yayasan Anda Akademik Jalan Hamzah, Kampong Baru pada Tahun 1973. YAA adalah sekolah yang di asaskan oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yang juga pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berusaha menterapkn  Islam sebagai satu cara hidup, hampir kesemua aktiviti kurikulum dan kokurikulum digubal ke arah melahirkan 'Insan Berakademis dan Bertaqwa". YAA menggunakan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan pelajar menduduki Peperiksaan SRP (PMR), SPM dan STP (STPM). Bagaimanapun subjek Prinsip Islam menjadi subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Selain dari itu, kegiatan kokurikulum disusun supaya pelajar mendapat kefahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan Islam. Misalnya setiap pelajar diwajibkan mengikuti usrah, menghadiri ceramah atau kuliah agama, penganjuran kursus kader dakwah,  tamrim pelajar  atau program rehlah dan sebagainya.


3. Menurut Abdul Jalil, beliau amat tertarik dengan atmosfera Islam yang terdapat di YAA, lebih-lebih lagi kesungguhan Pengarah YAA Cikgu Anwar Ibrahim yang tidak pernah kenal penat dan jemu memperjuang agenda dakwah dan memperkasakan mayarakat Islam sama ada di YAA atau menerusi ABIM. Di dalam satu penulisan, Abdul Jalil  menyatakan kekaguman beliau terhadap ketokohan Cikgu Anwar Ibrahim. Beliau mengakui Cikgu Anwar Ibrahim mempunyai aura dan karisma yang telah memberi cahaya keinsafan kepada beliau untuk menjadi seorang mukmin yang sejati.   

4. Menurut Cikgu Abdul Malik Kusnin  (mantan Pengetua YAA juga ex-student YAA Tahun 1971), Abdul Jalil seorang pelajar yang baik dan begitu aktif ketika menjadi pelajar YAA. Abdul Jalil dan beberapa orang pelajar YAA telah menubuhkan satu koperasi pelajar yang dikenali sebagai Organisasi Kerjasama Siswa/i (ORKES). Sekadar  makluman, ORKES adalah satu institusi koperasi pelajar yang pertama pada peringkat sekolah ditubuhkan di Malaysia. ORKES adalah idea dari Cikgu Anwar Ibrahim. Seperti koperasi sekolah lain, setiap pelajar YAA di galakkan membeli saham ORKES. Saham tersebut dijadikan modal ORKES menjalankan kegiatan ekonomi. Di antara aktiviti harian ORKES ialah menjual makanan dan minuman kepada pelajar. Untuk tujuan tersebut, pihak pengurusan YAA telah menyediakan satu ruang dibawah tangga di tingkat bawah YAA untuk dijadikan kantin. Pelajar akan membeli kuih-muih atau minuman sewaktu rehat. ORKES juga menjual nota-nota fotostat kepada pelajar. Wang hasil jualan diodit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agong Persatuan Siswa Siswi YAA (PSYAA).

5. Selepas lulus dalam Peperiksaan STP, Abdul Jalil melanjutkan pelajaran ke ITM (UiTM) Shah Alam.  Bagaimanapun, beliau tidak memutuskan hubungan yang telah sedia terjalin dengan YAA. Misalnya penulis pernah menjemput Sdr. Abdul Jalil menjadi jawatankuasa Majlis Makan Malam YAA sempena perlantikan Cikgu Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1992 di Hotel Hilton PJ. Beliau hadir dalam mesyuarat Urusetia yang diadakan di kediaman Cikgu Kamarudin Mohd. Noor di Taman Melewar.


BERSAMBUNG : AURA ANWAR IBRAHIM PADA PANDANGAN SEORANG MUALAF (WARGA YAA) 

No comments:

Post a Comment