Wednesday 22 April 2015

ANTARA MOSI & OLD TRAFFORD - DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDRIA-MANCHESTER Part 11





Part 11 : ANTARA MOSI & OLD TRAFFORD DI MANCHESTER

BACA  PART  12 DI SINI

1. Penulis yakin ramai pembaca lebih mengenali Old Trafford berbanding dengan MOSI. Old Trafford sinonim dengan Kelab Bolasepak Manchester United  one of the most famous football club in the world. Manakala MOSI atau Museum of  Science & Industry adalah sebuah muzium besar yang dikhaskan untuk pembangunan sains, teknologi dan industri dengan penekanan kepada pencapaian Kota Manchester di dalam bidang tersebut. MOSI adalah peneraju utama  Warisan Perindustrian Eropah. Penulis sarankan kepada pembaca yang bakal berkunjung ke Kota Manchester agar dapat meluangkan masa melawat MOSI yang amat berfaedah berbanding Old Trafford.


Pintu Gerbang Kompleks MOSI


bot membawa pekerja kilang masih utuh berlabuh di quay
Terusan Worsley di Old Trafford. 
2. Sebelum Revolusi Industri di England, Manchester adalah pusat pengeluaran kapas. Liverpool pula adalah pelabuhan pengekport bahan mentah tersebut bagi Manchester. Jadi, Liverpool menjadi bandar maju dan pelabuhan tersibuk di Britain, macam Singapura dengan Malaya la. Penduduk Manchestaer cemburu dengan kemajuan Liverpool (tetapi penduduk Malaya tak cemburu pun, sebaliknya PM Malaya kata 'biaq pi la kat dia"). Untuk menjadi Manchester maju, sistem pengangkutan darat dan air pedalaman perlu diadakan. Manchester memerlukan pelabuhan sendiri bagi tujuan eksport dan import. Untuk itu James Bradley telah di tugaskan merekabentuk dan membina terusan yang dikenali sebagai Terusan Wosley dan dibuka pada tahun 1761. Seterusnya pada tahun 1894  pembangunan Manchester Ship Canal  membolehkan kapal-kapal dapat memotong perjalanan mereka terus ke Kota Manchester tidak perlu melewati pelabuhan Liverpool. Terusan tersebut sama seperti sungai buatan yang bermuara Sungai Mersey dan hulunya ditengah di kota Manchester. Tidak syak lagi pembukaan terusan tersebut menjadi pemangkin kepada kemajuan industri perkilangan dan perkapalan kerana bahanapi berupa arang batu dan bijih besi boleh dibawa masuk dari New Castle dan Wales dengan kos yang lebih rendah. Hari ini, pelawat boleh melihat banyak bangunan berupa gudang, warehouse, terminal keretapi dan dermaga @ quay yang masih utuh dan diselenggara dengan baik di sekitar Kota Manchester, Penduduk Manchester berbangga dengan kemajuan industri perkilangan yang telah mereka kecapi sejak dua abad yang lalu. Semua bahan-bahan sejarah hasil tinggalan industri perkilangan dan kesan dari Revolusi Industri yang masih kedapatan dan sesetengahnya masih boleh beroperasi dengan baik. disimpan dalam MOSI.
Kebanggaan penduduk Manchester terhadap pembinaan terusan yang memudahkan laluan perkapalan ke Manchester juga dizahirkan melalui logo Kelab Bola Sepak yang tersohor di dunia iaitu Manchester United dengan memasukkan simbol kapal pada logo tersebut. Pendek kata,  permusuhan @ dengki antara penduduk Manchester dan Liverpool bukan sahaja dalam sektur industri perkilangan, malah juga pada kelab bola sepak masing-masing. Sebab itulah kenapa anda perlu explore MOSI bila berkunjung ke Manchester. 



3. MOSI terletak di Liverpool Road dan tidak jauh dari Hotel Hilton Manchester di Deansgate, dibuka setiap hari dan percuma. Asalnya bekas Stesyen Keretapi Liverpool Road Milik British Rail yang telah ditutup pada Tahun 1975.  Pihak MOSI telah membeli bangunan-bangunan tersebut dengan harga  £1. Setelah siap kerja-kerja pengubahsuaian,  MOSI dibuka kepada pelawat pada 15 September 1983.  Kompleks MOSI mempunyai lima blok iaitu Blok Great Western Warehouse yang juga pintu masuk utama, Blok Warehouse 1830, Blok Station Building, Blok Power Hall dan Blok Air & Space Hall. Dalam Blok Great Western Warehouse, pelawat akan didedahkan dengan sejarah Revolusi Manchester menerusi satu tayangan video yang dipapar pada skrin gergasi berdurasi selama 15 minit,  Terdapat banyak bahan pameran di Blok Great Waestern Warehuose. Di antara yang menarik ialah perkakasan peranti atau pengkomputeran pertama yang dicipta iaitu The Baby. Sejarah peranti pengkomputeran  bermula apakala kemajuan dalam industri tekstil di Manchester membolehkan Joseph Marie Jascuard menggunakan 'kad penebuk kertas' sebagai templat bagi membenarkan mesin tenun beliau mencipta corak yang lebih rumit dan berjalin-jalin secara automatik. Kaedah inilah yang yang ditiru oleh IBM Amerika Syarikat. Ekoran dari itu, Manchester muncul sebagai pusat peranti pengkomputeran yang pertama Great Britain yang di kenali sebagai 'Manchester Small-Scale Experimental Machine @ SSEM @ Baby'

inilah peranti pengkomputeran pertama di cipta di Manchester yang dikenali sebagai 'Baby'

4. Penciptaan roda dan gandar iaitu sejenis mesin rengkas berupa rod yang pasang pada roda membolehkan kerja-kerja menggerakan objek yang lebih besar dan berat. Lanjutan dari itu tercipta pula peralatan sepeti gear, sproket, skrew dan sebagainya. Dari situlah mesin-mesin penunun skala besar diperkenalkan.







mesin penenun skala besar masih utuh beroperasi

lihat bagaimana kapas dipintal menjadi benang yang dilakukan oleh mesin telah menggantikan tenaga manusia membolehkan industri tekstil bekembang.
contoh blok untuk mencetak tekstil diganti dengan perantian kad tebuk kertas yang dipasang pada mesin tenunan.

penulis masih ingat corak kain sebegini pernah di pakai oleh masyarakat Malaysia seketika dahulu.

masih dalam keadaan ori - kain atau tekstil yang siap dicetak dan dibungkuskan untuk di eksport ke tanah jajahan Great Britain
5. Blok Station Building pula terdapat Galeri Gas dan Sistem Pembentungan dan Sanitasi pernah digunakan di Manchester. Manakala Blok Power Hall dipenuhi dengan kerja-kerja injin, mesin  dan lokomotif. Terdapat banyak objek bersejarah yang memaparkan mengenai tema pengangkutan (kereta, kapal terbang, koc kereta api lokomotif dan rolling stock) dan kuasa (air, elektrik, wap dan enjin gas),


Bangunan asal Stesen Keratapi Liverpoool Road  Manchester milik British
Rail yang telah di tutup pada Tahun 1975.

landasan keretapi asal. Pada hari-hari perayaan, pekhidmatan keretapi vintaj diadakan sebagai tarikan pelancong

stesen keretapi lama yang diubahsuai menjadi muzium di MOSI

inilah lokomatif pertama yang dicipta oleh  George Stephenson (1825) setelah James Watt mencipta Enjin Steam atau wap pada tahun 1765

inilah keretapi yang lebih moden dicipta

platform asal dikekalkan keasliannya

replika mesin rengkas menggunakan kincir air 

Injin Rolls-Royce - injin jet turut dipamirkan

6. Blok Air & Space Hall pula dipenuhi dengan replika pesawat terbang tentera dan awam, motokar, motorsikal, bot dan sebagainya. Pada blok ini, pelawat akan melihat bagaimana hubungan diantara penciptaan kereta dan aircraft keluaran dari Manchester. Pelawat lebih teruja apabila sebuah stimulator kendali sebuah pesawat Morphis di buka kepada pengunjung dengan kadar bayaran GBP50.





inilah British first aircraft yang berjaya diterbangkan  ciptaan A.V Roe & Co Tahun 1910 yang diasaskan di Manchester


macam helikopter Chinook


ni dia stimulator untuk pesawat Morphis











inilah basikal yang telah diubahsuai dari model Penny Farthing ciptaan tahun 1885 di mana roda hadapan dan belakang sama saiz
Untuk maklumat lebih lanjut  Muzium Air & Space MOSI, jom saksi video DI SINI


7. Setelah hampir tiga jam kami di MOSI, kami bergerak ke Old Trafford pula. Untuk tujuan tersebut, kami akan ditemani oleh dua orang pelajar perubatan  Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir yang kini membuat kursus lanjutan di University of Manchester. Mereka adalah Haziq yang berasal dari Pongsu Seribu Kepala Batas dan rakan beliau. Kami berlima bergerak menuju ke The Quays yang sungguh cantik kerana adanya Manchester Ship Canal. Sekitar The Quays terdapat Imperial War Museum, MediaCity UK, Stadium Manchester United dan hotel-hotel khusus untuk fan football. The Quays dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang sangat cekap bagi seperti Metrolink Tram, bas dan keretapi.


Manchester Ship Canal  yang sangat cantik 



8. MediaCity  adalah satu-satunya bandar media di United Kingdom. Di situlah terletaknya ibu pejabat British Broadcasting Coporation (BBC) yang beroperasi di Media City Salford, Manchester sejak tahun 2011. The University of Salfod pula  mempunyai Fakulti Pengajian Media di situ. Dengar kata kat Bukit  Putra, Angkasapuri juga akan dikenali sebagai Media City pada tahun 2020 apabila pembangunan semula kawasan itu yang melibatkan kos awal RM 860 juta disiapkan.  Jadi ke YB. Ahmad Shabery Cheek ?



big-screen TV milik  BBC beroperasi 24 jam memaparkan berita terkini dari BBC yang dipancar ke seluruh dunia. Berita semasa di Malaysia ada dipancarkan, tetapi penulis tak sempat rakam.



9. Kami meluangkan masa melawat Imperial War Museum. Muzium IWM yang dibuka pada tahun 1997  menyediakan beberapa ruang pameran, bermula dari peristiwa perang yang berlaku sebelum Perang Dunia Pertama, Perang Dunia 1, Perang Dunia Ke-2, Perang Dingin, sehinggalah peperangan menentang penganas pada zaman moden ni seperti Tragedi Serangan  911 di New York  World Trade Centre dan Perang Teluk. Banyak bahan pameran yang masih ori dipamirkan. 
ni dia Imperial War Museum yang terletak ditebing Manchester  Ship Canal


ni dia kereta kebal Soviet T-34

ni dia kereta perisai yang digunakan untuk menghapuskan  'pemberontak' 



koleksi beg yang digunakan oleh tentera Britain yang dibawa ke medan perang

ni dia kereta kebal milik tentera Iraq yang di tawan dalam Perang Telok
10. Kami seterusnya bergerak ke Stadium Manchester United. Penulis bukanlah seorang MU football fan, tetapi... "wow, amat teruja", apabila mendekati stadium tersebut. situasi ketika itu agak legang kerana tiada football match atau Premier League.  Terdapat perkhidmatan Museum & Stadium Tour yang disediakan, tapi kami tak berminat. Sebaliknya kami bergerak mengelilingi stadium. Terdapat berberapa perkara menarik yang dipertontonkan. Diantarnya ialah sebuah jam tertulis Munich dan api yang sedang menyala dipamirkan di dinding stadium. Jam dan api tersebut adalah simbol United telah kehilangan hampir semua pemain dalam kejadian pesawat yang membawa team tersebut terhempas di Munich tahun 1958 yang dikenali sebagai  Munich Air Disaster, yang mengorbankan 23 pemain dan staff MU. 








jam dan api simbol MUNICH AIR DISASTER


Laluan Bos dan VVIP ke dalam stadium

11. Kunjungan kami berakhir di MUFC Gift Shop. Bijak sungguh pengurusan MU menjana wang menerusi kegiatan merchandise barangan yang berkaitan dengan MUFC. Patutlah mereka boleh membeli pemain hebat dengan bayaran puluhan juta pound. Saya tidak pasti sama ada pasukan Bola Sepak Negeri Selangor, Johor atau Kelantan telah berjaya seperti MU tetapi syarikat penerbangan tambang murah Air Asia Malaysia boleh tiru dan lebih agresif dalam hal merchandise jenama Air Asia. Beraneka barang sovenir ada dijual, dari barang untuk kegunaan peringkat umur bayi sehingga warga emas. Malah replika stadium pun di jual. Tentulah barangan di sini ori dan berkualiti kerana harganya, faham-faham sahaja. Penulis hanya menjamu mata sahaja. Kalau teringin sangat, boleh beli kat pekan Danok. 









replika stadium


jesey atau t-shirt boleh dicop no dan nama pemain MU dengan kadar bayaran tertentu.



Bersambung Part 12 : BILA  FOTO  DAN  HATI  BERBICARA



No comments:

Post a Comment