SHEFFIELD - THE GREENEST CITY YANG MENDAMAIKAN
BACA PART 15 DI
SINI
1. Kami merancang bercuti selama tujuh hari di Sheffield. Pada hari kedua, kami menghabis masa di Roebuck Road, berehat kerana keletihan. Semenjak menjejak kaki ke 'Bumi Mat Saleh' iaitu ke Manchester, aturcara kami sangat padat dan kempunan merasai nasi dan gulai. Oleh itu, di Sheffield kami dapat makan nasi berlauk kari ikan mackeral dan tuna yang dimasak oleh Izati dan rakan-rakan. Sheffield, South Yorkshire adalah kota ke-6 terbesar di Britain. Terletak di antara Leeds, Bradfort, Nottingham, East Midland dan Manchester. Didiami seramai setengah juta penduduk. Terkenal sebagai 'The Greenest City' kerana bandar tersebut terdapat lebih dua juta pokok yang tumbuh di situ. Terdapat 50 buah taman awam dalam bandar dan pinggir bandar dan lestari alam sekitar yang bersih. Menurut akhbar tabloid tempatan, The Daily Star " Sheffield has been hailed as the greenest city on the planet
after sending the lowest amount of waste to landfill ‘in the world". Hakikat tersebut diakui sendiri oleh penlis kerana tahap kebersihan sama ada di kawasan bandar atau pinggir bandar amat tinggi. Konsep pembangunan mampan dipraktikkan oleh Sheffield City Council, meskipun kehadiran pelajar asing yang ramai di daerah tersebut. Sebagai contoh, sistem pungutan sampah domestik. Pada setiap rumah dibekal dua buah tong sampah, berwarna biru, hitam. Tong atau kotak biru untuk pungutan kertas, kad, kaca, tin dan botol plastik untuk dikitar semula, Tong sampah hitam untuk sisa dapur dan makanan. Penulis nampak rumah di penghujung blok ada tong hijau khusus untuk pembuangan sampah dari taman/laman seperti rumput, daun atau ranting pokok yang juga untuk proses kitar semula. Apa yang menarik, pihak City Council akan menyediakan khidmat mengangkat tong sampah ke kerbside khusus bagi penghuni OKU atau uzur. Kerajaan Pulau Pinang yang bercita-cita menjadikan negeri tersebut "The Greener & Cleaner Penang" boleh belajar dari Sheffield City Counsil dalam perkara tersebut.
|
tong sampah di himpunkan ke kerbside |
|
sticker arahan diletakkan pada penutup tong |
|
kreatif - sticker memaklum tarikh collection tong biru yang akan datang |
|
kincir angin penjana kuasa elektrik di pinggir Sheffield |
2. Sheffield dikaitkan dengan pengeluaran keluli iaitu industri penting semenjak tahun 1800-an Berikut adalah beberapa tempat menarik yang sempat kami berkunjung sepanjang masa berada di Sheffield.
- Weston Park - lokasi bersebelahan kediaman Dayah di Crookes More. Berupa taman dengan rimbunan pokok rendang, padang, kolam yang terdapat kawanan itek berenang, gelangang tenis, tugu peringatan dan di situ juga terdapat Muzium Sheffield. Meskipun ketika penulis berkunjung ke situ pada hujung winter, namun, padang rumput dan taman kekal hijau. Kami menyaksikan beberapa tunas pokok mulai tumbuh setelah sekian lama 'mati' ketika awal winter dulu. Weston Park dikunjungi oleh orang awam dan masyarakat pelajar untuk mendapatkan ketenangan dan kedamaian. Sesuai untuk kunjungan keluarga. Menurut Dayah, ketika ini, Weston Park sangat cantik dengan bunga-bungaan dan menjadi pilihan mahasiswa dan penduduk tempatan untuk bersiar-siar dan berlibur.
|
Crookes Valley Park Boating Lake |
|
sebahagian kejiranan di Broomhill |
|
berbagai-bagai spesis itik dan angsa yang jinak berenang di situ |
|
Weston Park |
|
taman permainan kanak-kanak |
|
warna purple bunga spring bulb dan kuning daffodils yang tumbuh meliar menjulur keluar dari raizom |
|
Band Stand |
|
salah sebuah memorial di Weston Park |
|
tugu peringatan perang |
- Muzium Sheffiled - di asaskan pada tahun 1875 tetapi di upgrade dan dibuka semula pada tahun 2006. Menerima pelawat lebih dari 250,000 pengunjung setahun dan pernah memenangi Anugerah Friendly Museum. Bersifat muzium interaktif, menjadikannya satu tempat pendidikan yang menyeronokkan. Terdapat empat kompenan iaitu Galeri Millenium dan Galeri Seni Graves. Seksyen Khazanah yang mempamerkan koleksi artifak dari seluruh dunia yang menampilkan replika haiwan yang jarang kedapatan atau telah pupus seperti replika badak berbulu. Manakala seksyen ke-4 pula adalah Sejarah Evolusi Sheffield yang bermula sebagai sebagai hab pengeluaran keluli utama terutama pada Zaman Victoria, sehingga kini.
|
pintu masuk utama |
|
muzium di Weston Park |
|
sejarah geologi berdasarkan lapisan tanah yang menutupi permukaan bumi |
|
ramai pelajar sekolah/kindergarden di bawa melawat |
|
Sheffield - "a large market town, most noted for knives, scissors and iron-works" - Ralph Thoresby 1681 |
|
all these objects were used by Victorian maidservants. |
|
pameran intraaktif berkaitan pertukangan besi masyarakat Sheffield |
- Peace Garden terletak di Pinstone Sreet seluas satu ekar sesuai untuk istirehat bersama anak-anak atau lokasi sesi fotografi bagi pengantin
|
Peace Gardens - kanak-kanak suka ke situ terutama pada musim panas kerana ada water fountain |
|
Town Hall |
|
modern art di hadapan Town Hall |
- Sheffield Winter Garden - sebuah rumah kaca terbesar di UK, menempatkan lebih 2500 spesis tumbuhan termasuk dari tropika yang dapat hidup sepanjang tahun kerana suhu dikawal
|
this giant temperate glasshouse - among the top 10 most visited. Tujuan dibina supaya penduduk Sheffield yang boring pada winter, mai ke sini tengok pokok kerana diluar sana semuanya berwarna putih dilitupi salji selama tiga bulan |
|
di antara pokok yang di tanam dalam Winter Garden sama seperti yang tumbuh di Kampong Lahar Yooi |
|
Santa Monica Civic @ Q Park centre which is an environmentally friendly building - tempat parking 900 kereta |
|
an tram making its way through the city centre |
- Pasar Sheffield @ The More Market - berupa pasar basah dan kering. Bermacam keluaran hasil pertanian, ternakan dan perikanan serta rempah ratus, tepung, perasa, sos dan serba mak nenak ada.
|
yang ni bukan jeruk madu Pak Ali |
|
tu dia maggi mee pun ada |
|
stock baru sampai - pilihan utama rakyat Malaysia di Sheffield |
- Terdapat banyak pusat beli belah atau outlet dan supermarket yang menjual pakaian dengan agak murah jika ditukar dengan nilai ringgit.
|
ini untuk cucu saya |
Bersambung - SIRI 15 : THE UNIVERSITY OF SHEFFIELD
No comments:
Post a Comment