Tuesday 21 April 2015

DAH SAMPAI DAH MANCHESTER - DARI LAHAR YOOI KE ALEXANDERIA-MANCHESTER Part 10



Part 10 - DAH SAMPAI DAH MANCHESTER


Baca Part 11  DI SINI







1. Untuk makluman, pelancong yang bercadang ke Manchester terlebih dahulu di soal siasat di Balai Perlepasan di Airport Istanbul. Beberapa orang anggota keselamatan Britain di tempat di situ. Di antara yang disiasat termasuklah latar belakang pelawat berdasarkan rekod imigresen dan polis Britain, kesahihan dokumen perjalanan pelawat, barang-barang yang dibawa dan tujuan ke Manchestar. Ketika itu terdapat dua orang pelawat berbangsa Asia (suami-isteri) yang tidak dibenar menaiki pesawat ke Manchester kerana sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah, soal siasat yang dikenakan kepada penulis agak mudah kerana sememangnya penulis mempunyai anak yang sedang menuntut di UK. Surat tawaran dari The University of Sheffield adalah dokumen penting yang melayakkan kami memasuki Manchester. Tiket penerbangan Turkish Air pergi balik dari Alexandria-Manchester-Alexandria juga turut menyokong tujuan kami. Setelah selesai semua urusan, kami dibenarkan menaiki pesawat Airbus A321 Turkish Air ke Manchestar. Penerbangan TK1995 dari Istanbul-Manchestar berdurasi selama 4 jam 15 minit. Cuaca yang baik membolehkan penulis melihat puncak pergunungan Alps Eropah yang masih dibaluti salji dan pantai Dunkirt di negara Peranchis sebelum pesawat melintasi English Channel memasuki bumi Inggeris, terbang di ruang angkasa Stansted dan berakhir di Airport Manchester pada jam 3.25 petang. Setelah bagasi dipunggut, urusan imigresen berjalan lancar. Sebaik sahaja melalui pemeriksan kastam, penulis tidak nampak kelibat pegawai bertugas, sebaliknya penulis ditegur oleh seorang Mat Salleh dengan satu soalan "do you smoke?'. Penulis geleng kepala, "No!". Petugas tersebut (kemungkinan pegawai kastam) memberi arahan supaya kami keluar ke Balai Ketibaan. "Mak Ooi!!! Begitu mudah  urusan CIQ di Airport Manchester"?. Kalau beg kami dibuka pasti kastam British nampak belacan, rempah kari Baba, serbok cili Alagappa, ketupat Adabi, keropok lekor mentah etc, etc. Kami menunggu pada sebelah dalam terminal kerana suhu di luar sangat sejuk iaitu kira-kira 5'C. Kira-kira 20 minit, anak gadis kami pun sampai, Gembira dan rasa lega kerana bertemu anak gadis yang telah berpisah hampir enam bulan dengan kami. Kami seterusnya dapatkan tren ke Stesen Manchester Piccadilli. Dari situ, kami dapatkan teksi ke Hendham House Hotel yang terletak di Beech Mount Manchester. Hendham House Hotel berupa rumah moden Victorian tiga tingkat. Bilik kami di basement, mempunyai tiga katil bujang. Kadar sewaan ialah GBP30 semalam. Bilik dipasang pemanas haba dari gas dan  terdapat kemudahan WiFi.

Pergunungan Alps Eropah yang dilitupi salji
 ]
Stansted International Airport


Ruang udara Manchester - perhatikan canal  Manchester pada  bahagian atas foto



Airport Manchester



laluan dari Terminal 1 ke Stesen Keretapi 


macam KTM Komuter
stesen Manchester Piccadilli
keluar ke pusat bandar Manchester


Tambang tren lebih murah jika dibeli online dan lebih awal. Jangan khuatir kerana pembelian secara online sangat mudah dan selamat cuma perlu redeem tiket di kaunter sebelum naik keretapi. 




teksi hitam yang klasik  - ikon pengangkutan awam Britain.

bahagian dalam teksi hitam - ruang bagasi yang luas


Hendham House Hotel tampil senibina Victorian.
ruang lobi

nice bar and lounge
2. Awal pagi, hujan renyai-renyai telah menyebabkan suhu turun dibawah 5'C.  Penulis dan anak keluar cari roti di mini-mart petrol pump yang berdekatan di Rochdale Road. Selepas sarapan, kami dapatkan bas ke Greater Manchester. Apa yang menarik, penggunaan pengangkutan awam amat efisyen di Kota Manchester. Selain tren, orang ramai boleh dapatkan perkhidmatan tram, bas (banyak double decker) dan teksi. Metrolink tram beroperasi dari Victoria dan Piccadilly. Orang ramai yang membuat perjalanan tren ke pusat bandar Manchester boleh menggunakan rangkaian tram di antara lapan stesen Metrolink tanpa sebarang bayaran tambahan. Oleh yang sedemikian, penggunaan kereta persendirian di dalam pusat bandar amatlah kurang. Konsep Greater Manchester Pengangkutan Eksekutif Penumpang atau GMPTE memudah orang ramai melakukan perjalanan dalam bandar tanpa kereta - satu konsep mesra alam yang boleh ditiru SPAD Malaysia.

Metrolink Tram di Manchester - cekap dan kerap

bas elektrik yang mesra alam banyak terdapat di Greater Manchester



3. Kami sampai di CBD Manchester kira-kira 20 minit. Inilah Manchester... adalah pilihan tepat penulis jejak ke situ. Kota berpenduduk hampir tiga juta menjanji bermacam-macam kemudahan dan objek kunjungan.   Berpuluh-puluh buah musium, galeri atau gedung-gedung sarat nilai sejarah, pusat kewangan dan bank-bank, perpustakaan, pusat-pusat seni, hiburan, makanan dan berbagai lagi. Persepsi penulis - Manchester adalah gabungan antara kota bersejarah dan moden yang terlalu luas untuk dilawati - terpulang kepada anda, apa yang dihajati terdapat di situ. Kami berjalan kaki ke arah yang kami sendiri tak tahu ke mana nak tuju. Objek pertama yang kelihatan ialah The Wheel of Manchester (WoM). Jangan silap, WoM bukan London Eye Ferris Wheel. WoM terletak di Picadilly Garden mempunyai 42 kapsul dengan ketinggian keseluruhannya kira-kira 60 m. (London Eye tinggi 135m). Harga tiket yang mahal iaitu GBP9 seorang menyebabkan kami hanya berposing untuk bergambar sahaja. Pada sebelah malam, pemandangan amat cantik dengan gemilapan cahaya lampu.


pelukan ibu anak setelah enam bulan berpisah

 4. Bangunan lama di Kota Manchester seolah-olah merepresentasikan tamadun masyarakat pada masa lalu. Bangunan-bangunan lama dan  bersejarah di pusat kota dipulihara dan dirawat dengan baik dari segi senibina arkitektur, keaslian dan kebersihan Disamping itu terdapat banyak  monumen-monumen bernilai sejarah tinggi dari masa zaman romannya yang ada kaitan dengan tokoh-tokoh yang mencipta nama dalam pelbagai bidang terutama yang ada kaitan dengan Manchester.


Muzium
monumen Fryderyk Chopin was one of the world's greatest musical composser. He visited Manchester in the year before his death  on Monday August 28th 1848.









5. Manchester Town Hall adalah  bangunan terbesar yang ada di kota Manchester. Bangunan bergaya Victoria ini dengan senibina batuan ghotic ini dilengkapi menara jam yang tingginya 85 meter. Terletak di Albert Square yang juga terdapat beberapa bangunan lain  menarik seperti Manchester Central Library


Manchester Town Hall terletak di Albert Square


Princess Diana Memorial at Lincoln Square

patut ditiru oleh pihak Majlis Bandaran Malaysia 

anak gadis penulis begitu cekap membaca peta dan search navigasi melalui smartphone


tak jumpa restoren halal food, kami makan kebab Turki sebagai lunch


Tesco Express banyak terdapat di UK. Selalunya kami beli roti dan mineral water kerana harga lebih murah



salah sebuah asrama atau rumah penginapan murah yang terdapat di kota.




6. Kota Manchester juga terdapat berpuluh-puluh buah perpustakaan. Di antara yang terkenal dan terhebat di dunia ialah The John Rylands Library yang terletak Deansgate Manchester. Perpustakaan dibuka pada setiap hari dan percuma. Perpustakan tersebut adalah salah satu dari perpustakaan The University of Manchester. Mempunyai empat aras yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan termasuk cafe, kedai, toilet, baby changing facilities, ruang pameran dan yang menarik ialah ruang Historic Reading Room yang terletak di aras 3.


patung John Ryan yang dipamir di Historic Reading Room

Terdapat buku yang dikarang lebih dari 200 tahun dan masih elok kerana dirawat secara berjadual

inilah tradisi dan tamadun Barat

menarik - di sediakan bilik bacaan yang susun aturnya sama seperti yang terdapat pada bilik bacaan di rumah  masyarakat Inggeris

mesin cetak dan binding buku dipamirkan di tingkat bawah



BERSAMBONG : ANTARA MOSI DAN OLD TRAFFORD  DI MANCHESTER




Baca Part 9    DI  SINI





No comments:

Post a Comment