Friday, 2 January 2015

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 12 - TERPERANGKAP DALAM HARAM AL SHARIF


BACA SIRI 11 DI SINI



1. Selepas berkunjung ke Wailing Wall melihat gelagat penganut Yahudi melakukan ritual agama mereka, penulis bersama  tujuh orang jemaah lagi pulang  ke hotel. Kami adalah group yang paling lewat pulang  kerana jemaah lain sudah balik lebih awal. Sepanjang perjalanan melalui lorong sempit, penulis dapati suasana agak sunyi dan lengang.  Penulis masih belum mengetahui apakah insiden yang telah berlaku di sekitar Haram al Sharif pada hari tersebut. Apa yang penulis lihat terdapat sekumpulan anak-anak muda Palestin sedang berkumpul pada satu sudut dan kehadiran anggota polis dan tentera Israel yang lebih ramai dari biasa. Kami selamat sampai ke hotel, alhamdulillah, hidangan makan malam belum diangkat di ruang makan. Pada sebelah malam kedengaran bunyi seakan-akan pembakaran mercun seperti pada sambutan hari perayaan di Malaysia.

group yang paling lewat - Sdr. Faisal, Megat Fouad dan Pn. Norbaya

2. Kami bertolak ke Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Subuh. Kami ke masjid dalam kumpulan kecil. Setiba di pintu masuk kawasan kompleks Haram al Sharif, penulis dapati beberapa orang Arab yang sedang mengumpul kotak untuk dijadikan alas bagi mereka mendiri solat berhampiran pintu masuk. Kali ini terdapat tiga check point iaitu petugas dari tentera Israel, petugas dari polis Israel dan check point ketiga adalah polis Palestin. Kami difahamkan penduduk Arab tadi tidak dibenarkan masuk pada subuh itu. Sebaliknya, kami terus melangkah masuk  tanpa halangan sambil diperhatikan oleh  tentera dan polis Israel. (mungkin kerana kami berhidung penyek !) Seterusnya kami melintasi check point petugas dari polis Palestin. Seperti biasa kami memberi salam dan melangkah masuk ke dalam kawasan Haram al Sharif yang menempatkan kompleks Qubah As-Sakhrah dan Masjid Al-Aqsa.

3. Selesai solat Subuh, penulis  difahamkan oleh pengawal yang bertugas di Masjid Al-Aqsa, pihak berkuasa Israel telah mengenakan larangan  kepada sebahagian penduduk Palestin  menunaikan solat suboh pada pagi tersebut. Tapi penulis masih belum jelas apakah motif  mereka. Ketua rombongan kami iaitu Ustaz Zuki  telah meminta izin kepada pegawai keselamatan Palestin yang bertugas shif pagi itu agar membenarkan kami ziarah aras bawah masjid kerana kami belum sempat ziarah pada petang semalan disebabkan waktu ziarah adalah antara jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Pada peringkat awalnya, rombongan kami tidak dibenar masuk ke aras bawah tersebut kerana  situasi yang tidak mengizinkan. Kami tidak putus asa, merayu mohon kebenaran kerana kami datang dari jauh @ Malaysia. Akhirnya kami diberi kebenaran masuk pada jam 10.00 pagi. Kami sekali lagi merayu agar diberi masuk lebih awal kerana kami ada aturcara lain ziarah tempat lain. Kami dibenar masuk jam 9.00 pagi.

Pn. Hjh Noryani bersama dengan pengawal yang  bertugas menjaga keselamatan Masjid al-Aqsa. Semoga Allah swt memberkati usaha mereka kerana berjihad mempertahankan Rumah Allah ni dari diceroboh oleh Yahudi Malaon.

4. Sebaik sahaja menuruni tangga ke lantai bawah (underground) masjid, kami seolah-olah berada pada zaman 4000 tahun dahulu. Hal tersebut ada kaitan dengan seni bina dalaman masjid masih dalam keadaan asal meskipun  ada beberapa pengubahsuaian dan pembaikkan akibat dari beberapa kali gempa bumi yang berlaku di situ.  Setiap langkah terasa begitu istimewa kerana setiap sudut di kawasan ini menyimpan begitu banyak kisah para Nabi dan Rasul yang pernah melakar sejarah di tanah suci ini. Penerokaan pada bahagian bawah membolehkan  pengunjung menghayati kembali kegemilangan kerajaan Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, kisah Nabi Zakaria as serta begitu ramai lagi para ambia serta tokoh-tokoh terbilang di dalam sejarah Islam beriktikaf, berzikir, bertadarus atau mendirikan solat-solat di situ. Kami  bernasib baik kerana seorang Palestin yang baru melapur diri untuk membuat house keeping sanggup memberikan info berkaitan dengan sejarah 'old al-Aqsa'.


pintu masuk dibuka khas untuk jemaah kami sahaja



laluan ke ruang solat - macam tunnel LRT 




bahagian siling



corak plaster kepingan bata pada bahagian dinding dan siling  membuktikan kawasan tersebut pernah mengalami runtuhan, mungkin kerana kesan dari gempa bumi yang berlaku pada masa lampau 


salah satu sudut yang menarik - mungkin ada menyimpan rahsia zaman silam




salah satu pilar yang diperkuatkan dengan rangka konkrik supaya tidak patah dan roboh




satu lagi bukti pilar dan dinding yang di joint agak kasar - sesuai dengan zaman tersebut




adalah sukar untuk mempercayai pilar yang begitu besar, berat dan panjang di tegak kalau tidak dibantu oleh kuasa ghaib seperti jin Islam di Zaman Nabi Ibrahim


Pemuda Palestin ini bekerja sebagai house keeping dengan gaji yang kecil. 


Ust. Abdullah Khairi selaku jurubahasa



salah satu sudut yang amat selasa bertadarus atau zikrullah


kerja-kerja baik pulih masih di jalankan









lantai yang tidak sekata membuktikan proses perluasan dewan solat sentiasa dilakukan oleh pemerintah terdahulu tatkala bilangan jemaah semakin bertambah

solat sunat dhuha hadapan mimbar yang pernah di imami oleh Nabi/Rasul terdahulu






inilah telaga tempat simpan minyak zaitun yang dijadikan pelita untuk masjid pada masa lampau. Hadis Nabi SAW  ada kaitan dengan telaga  ini " Sekiranya kamu tidak dapat ziarah Baitul Maqdis (Masjid A- Aqsa), kamu kirimkanlah minyak (zaitun) untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid)" - sahih Bukhori.



terdapat sebuah khutubkhanah yang menyimpan beberapa buah kitab dan jorunal berkaitan Islam


5. Kira-kira sejam kami berada di tingkat bawah Al-Aqsa, penulis  dengan berat hati dan terasa sedih melangkah kaki meninggalkan  Masjid al-Aqsa kerana keadaan begitu tenang berada di dalam 'taman syurga'  Allah. Sebaik sahaja penulis tiba di halaman masjid, penulis dapati situasi telah berubah. Penulis dapati ramai tentera dan polis Israel lengkap bersenjata berada pada setiap penjuru Haram al-Sharif. Mereka sedang mengiring kira-kira 100 pelancong Yahudi dan Kristian yang melawat kawasan Haram as- Sherif. Tindakan pihak Israel membenar pelancong Yahudi dan Kristian memasuki kawasan Haram al Sharif telah mendapat tentangan dari pihak berkuasa Al-Aqsa dan penduduk tempatan mengadakan demonstrasi bantahan di pintu masuk. Dari maklumat yang penulis terima, sudah dua hari berturut-turut pihak Israel membenarkan yang kafir memasuki kawasan Haram al Sharif. Hal tersebut mendatangkan kemarahan kepada rakyat Palestin kerana mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan Haram al Sharif untuk mendirikan solat di Masjid al-Aqsa, Untuk makluman, penduduk tempatan hanya dibenar memasuki kawasan Haram al-Sharif pada Hari Jumaat, sepanjang bulan Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha sahaja. Pada hari-hari lain hanya pegawai masjid, iman, warga emas, penduduk Palestin yang diberi surat kebenaan dan pelancong Islam sahaja di benar masuk. Nampaknya Israel telah melanggar perjanjian yang dibuat dengan Kerajaan Jordan iaitu non-muslim di larang memasuki kawasan tersebut kerana non-Muslin hanya boleh ziarah pada masa-masa tertentu sahaja.


keadaan mulai kecoh bila pelancong asing diiringi tentera dan polis Israel lengkap bersenjata








Ust. Abdullah Khairi meminpin doa mohon ke hadrat Allah SWT agar jemaah kami diberi perlindungan dan dijauhi segala bencana angkara Yahudi yang sedang mengepung Haram al  Sharif


6. Oleh kerana di luar kawasan Haram al Sharif agak tegang (kedengaran sorakan provokasi dari penduduk Palestin yang berkumpul  di sebelah luar), pihak kami tidak dibenar balik ke hotel, manakala rombongan jemaah yang baru sampai termasuk jemaah dari Negara Singapura (yang ada hubungan diplomatik dengan Negara Israel) tidak dibenar masuk ke dalam Haram al Sharif. Nampaknya kami terperangkap. Keadaan tegang tesebut menyebabkan kami semua cemas, bimbang keselamatan dan perut pula sudah lapar kerana belum menjamah makanan semenjak jam 5.00 pagi lagi. Apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa supaya kami dibenarkan balik ke hotel. Sekali lagi kami memohon jasa baik pihak keselamatan Palestin yang bertugas pada pagi itu menghubungi pihak berkuasa Israel agar membenarkan rombongan kami keluar.

7. Akhirnya kami diberi kebenaran keluar, tetapi mesti dalam group dan diiringi oleh pengawal keselamatan Palestin sehinga ke pintu masuk ke Haram al Sharif. Sebaik sahaja kami tiba di situ, penduduk Palestin yang sedang membuat demonstrasi tersebut nampak tergaman kerana tidak menyangka kami dari Malaysia telah sampai dan berjaya ziarah dan menunaikan solat Subuh pada pagi tersebut. Kedengaran sorakan memuji keberanian kami sambil menunjuk jari dengan simbol 'peace' mereka  melaung Malaysia...Malaysia...Malaysia.... kami melangkah keluar bagaikan hero yang baru pulang dari medan peperangan dan membalas pujian dari penduduk Palestin tersebut dengan senyuman tawar (sebab perut lapar !).

penduduk Palestin berdemo membantah kemasukan pelancong non muslim ke Haram al Sharif










8. Setibanya di hotel, kami bertemu sekali lagi bertemu dengan kru TV Al-Hijrah. Dari mereka penulis dapat tahu kisah yang sebenar berlaku sepanjang tiga hari kami berada di Baitul Maqdis. Pada malam tersebut, bunyi yang disangka letupan mercun, sebenarnya adalah bunyi tembakan yang dilepaskan tentera Israel kepada para demonstrasi dari kalangan penduduk Palestin yang membantah kemasukan non-Muslim ke Haram al Sharif. Menurut berita, dua orang pemuda Arab Palestin terkorban dan ramai yang ditangkap oleh pihak berkuasa Israel. Nasib baik penulis  mendapat  berita 'menggerunkan' tersebut selepas ziarah Haram al Sharif. Jemaah kami telah mengambil risiko berhadapan dengan Yahudi yang sememangnya benci orang Muslim.  "Ya Allah ya tuhanku, Kau hapuskanlah Yahudi laknat di muka bumiMu ini". Amin


Episod seterusnya : Ziarah Maqam Salman Al-Farisi, dan tempat menarik di Bukit Zaiton.....teruskan membaca. SIRI 13  DI SINI

atau

Baca dari awal SIRI 1.0 DI SINI

No comments:

Post a Comment