Tuesday, 24 September 2013
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN....
1. Entri sebelum ini, iaitu BUDAK BODOH BAKAL BERGELAR DOKTOR, mengisahkan Chin Chi Sheuan yang seusia 13 tahun telah menjadi kuli di kedai mee sup milik Tong Kok Hwa di Taman Chai Leng, Perai yang terpaksa membahagi masa di antara bersekolah dan bekerja di kedai mee sup untuk membantu sara keluarga dan akhirnya telah berjaya mendapat tempat di CHUNG SAN MEDICAL UNIVERSITY Taiwan di dalam bidang perubatan. C.C. Sheun mendapat CGPA 3.75 di dalam Peperiksaan STPM (Aliran Sains). Jika C.C Sheun ini berbangsa Melayu atau bertaraf bumiputera, kemungkinan beliau mendapat tempat di mana-mana Fakulti Perubatan IPTA Malaysia bagi sessi 2013/2014. Apa yang menariknya, kos pergi ke Taiwan dan yuran universiti adalah dari sumbangan atau tajaan dari kaum Tionghua setempat yang ingin melihat anak bangsa mereka maju dan senang di kemudian hari.
2. Penulis amat tertarik untuk mengimbau kembali kisah yang hampir sama dengan C.C Sheuan yang berlaku pada tahun 1975. Ketika itu, penulis masih belajar dalam Tingkatan 6 Atas di Yayasan Anda Akademik (YAA), Kampung Baru, Kuala Lumpur. Penulis telah menyewa sebuah rumah/bilik di Jalan Raja Muda Musa bersama 2 orang rakan iaitu Sdr. Mustafa (lebih dikenali sebagai ''Mustafa Kojak') dan seorang lagi dikenali sebagai Pit. Disebelah bilik/rumah sewa kami, didiami oleh Sdr. Ishak yang bekerja sebagai 'jaga' . Ishak berasal dari 'Penang'. Pada suatu hari Ishak membawa balik seorang kenalan yang juga berasal dari Penang. Untuk sebab-sebab tertentu, penulis namakan budak tersebut Alias. Alias sudah tidak bersekolah dan kelulusan tertingginya SRP 'cukup makan'. Di KL Alias bekerja sebagai 'parking attendent' DBKL iaitu mengeluarkan resit parking kereta di dalam kawasan bandaraya Kuala Lumpur (sebelum pemasangan parking bermeter dilaksanakan).
3. Setiap malam Alias menyelinap masuk ke bilik sewa kami untuk bersembang dan melihat penulis mengulangkaji pelajaran bagi persediaan Peperiksaan HSC/STP. Pastilah buku rujukan kami tebal seperti buku ekonomi karangan Prof. Harcharan Singh Khera dan sebagainya. Bagi Alias, subjek yang kami ulangkaji sesuatu yang baru kepadanya. Suatu hari penulis bertanya kepada Alias, "hang tak mau belajaq lagi ke?". Jawab Alias. "aku tak cerdik macam hangpa (dialek penang @ engkau semua). Penulis membalas, "hang jangan cakap lagu tu. Kalau hang nak belajaq lagi aku boleh tolong !".
4. Dipendekkan cerita, Alias bersetuju untuk mengambil SPM pada tahun itu juga. Penulis membawanya ke Pejabat Pelajaran WP untuk daftar masuk Peperiksaan SPM tahun 1975. Penulis yakin Alias boleh 'catch up' walaupun dia tidak menduduki tingkatan 4 kerana ketika itu baru bulan Februari, manakala peperiksaan SPM pada bulan Nov/Dis.. Setelah yuran Peperiksaan SPM dijelaskan, Alias telah mendaftar untuk 9 subjek iaitu BM, Kesusasteraan Melayu, PU Islam, Sejarah, Ilmu Alam, Ilmu Hisab, BI, Rampaian Sains dan subjek kegemarnnya Lukisan. Sebahagian daripada subjek tersebut diikuti secara sepenuh masa di Kelas Malam YAA.
5. Penulis beri cadangan kepada Alias agar membaca/mengulangkaji tajuk-tajuk tertentu sahaja. Kelas Malam YAA memang terkenal dengan 'soalan spot' (soalan ramalan). Pernah suatu ketika soalan STP/STPM dikatakan 'bocor' dan mengemparkan seluruh negara pada Tahun 1982 dipercayai bermula dari Kelas Malam YAA......ha....ha...ha...! Penulis juga membekalkan kepada beliau beberapa buku latihan ulangkaji termasuk 'soalan ramalan SPM' terbitan YAA Gaya Pos dan Adabi Gaya Pos.
6. Alias sememangnya suka studi. Walaupun sebelah siangnya berjemur panas menggeluarkan resit parking, beliau tidak jemu-jemu mengulangkaji pelajaran setelah tamat kelas malam, Alias selalu 'joined' dengan penulis mentelaah. Penulis turut membantunya di dalam subjek tertentu. Keletihan menyebabkan dia selalu terlelap. Penulis kemukakan idea untuk mengurangkan mengantuk, kaki mesti rendam dalam baldi yang berisi air. Jadi, kami pakat rendamkan kaki dalam baldi sambil mendengar radio volume rendah bagi menghilang rasa mengantuk.
7. Tiba hari peperiksaan SPM, Alias ambil cuti bagi membolehkan beliau hadir pada hari-hari peperiksaan. Setelah tamat peperiksaan, penulis ada tanyakan Alias, "Macamana senang dak, soalan spot keluaq dak '? Alias hanya menggelengkan kepala dan berkata "aku tak cerdik macam hangpa !". Keputusan SPM yang diumumkan pada bulan Mei 1976 Alias lulus cukup makan sahaja. Penulis pula lulus HSC/STP dan dapat melanjutkan pelajaran ke UKM Lembah Pantai dan menyewa rumah di SS3 Kampung Tunku, Petaling Jaya
8. Alias seterusnya memohon untuk jawatan kerani di DBKL. Berbekalkan sijil SPM Alias dapat bekerja sebagai kerani DBKL. Dari situ Alias dapat maklumat dalaman adanya penerokaan tanah untuk dijadikan kediaman di Bukit Botak, Selayang. Penulis turut membantu Alias membina rumah beliau di situ (setinggan) dan bersama-sama peneroka begotong royong menegakkan signboard "UMNO Cawangan Bukit Botak Bahagian Selayang".
9. Apabila UKM berpindah ke kampus baru di Bangi, penulis sempat menemui Alias dan beri semangat kepadanya untuk mengambil STP pada tahun 1977. Kaedah pembelajaraan sama seperti SPM dulu. Alias agak keberatan. Beliau berpendapat STP lebih susah. Lagipun, keluarga beliau meminta beliau berkahwin. Setelah pujuk rayu dan motivsi dari penulis, Alias setuju untuk ambil STP kerana beliau tertarik dengan cadangan penulis supaya beliau memohon belajar ke USM menerusi Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Semenjak dari itu, penulis sudah tidak lagi bertemu dengan Alias kerana penulis berpindah ke Bangi, dan seterusnya mengajar di Bukit Mertajam pada tahun 1980-1988, kemudiannya sambung mengajar di YAA sehingga tahun 1998 dan kembali semula ke Bukit Mertajam pada tahun 1999 setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat sebagai TPM.
10. Pada tahun 2008, penulis pergi ke DBKL untuk urusan bayar cukai tafsiran rumah flat PKNS 17 tingkat Kampung Kerinci. (Penulis sempat membeli unit 4Q sebelum PKNS melelong kesemua tingkat 15 dan 16 pada tahun 1999). Disebabkan terdapat masalah teknikal pada slip cukai tafsiran tersebut, penulis dikehendaki berjumpa dengan seorang pegawai di tingkat atas. Apabila tiba di tingkat tersebut, seorang pegawai menegur penulis dengan suara lantang, "hei, you masuk ke sini tak beri salam ke?". Penulis dan staff DBKL yang berada di situ agak terkejut dengan teguran boss mereka. Penulis rasa lain macam sahaja. Kemudian pegawai tersebut suruh penulis berdiri tegak, dan berjalan meluru ke arah penulis. "You ada urusan apa?" Penulis menjawab, "Saya mai......" belum habis penulis meneruskan percakapan .... "Hang tak kenai aku ke Azhar?". Baru penulis ingat-ingat kenal, sama ada pegawai ini bekas anak murid YAA, Al-Masriyah ke...atau kawan-kawan reformasi, atau class mate. "Aku Alias !". Seterusnya dia berkata kepada staff DBKL yang berada berhampiran "dia ni lah yang banyak tolong saya. Kalau tak kerana dia ni, saya tak dok di tempat ni, tau". Kami sekali lagi bersalam dan berpeluk. Ternyata air mata kami menitis pada pertemuan macam dalam episod "Jejak Kasih TV3" masa dulu.
11. Sekarang Alias adalah seorang pegawai kanan DBKL, dan menetap di Bandar Tun Husien Onn Cheras.
12. Apakah rahsia kejayaan Alias ? Dengan izin Allah SWT .... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... dan tidak ada kekecewaan dalam hidup...
Monday, 23 September 2013
BUDAK 'BODOH' BAKAL BERGELAR DOKTOR
BUTTERWORTH: Remaja lelaki ini
baru berusia 13 tahun namun dia terpaksa bekerja sebagai penjual mee sup bagi
membantu menyara keluarganya. Budak lelaki ini pernah dipanggil ‘bodoh’
gara-gara tidak gagal menggapai impian bergelar seorang doktor.
Hari ini, selepas tujuh tahun
Chin Chi Sheuan bekerja di gerai menjual mee milik Tong Kok Hwa di Chai Leng
Park dia bakal terbang ke Taiwan untuk menyambung pengajiannya di Universiti
Perubatan Chung Shan, Taiwan bagi memenuhi impiannya selama ini. Bagaimanapun,
bukan mudah untuk Chi Sheuan yang terpaksa melalui pelbagai rintangan termasuk
kehilangan datuknya, membahagikan masa di sekolah dan bekerja di gerai, melayan
pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam serta menyimpan duit bagi membiayai
pengajiannya dalam kursus perubatan
.
.
Tong, 41, sangat bersimpati
dengan budak lelaki yang dianggap seperti anaknya sendiri. Justeru, peniaga
gerai itu memulakan kutipan derma dengan setiap ringgit yang dikutip daripada
pelanggannya pada 15 September ini akan diberikan kepada Chi Sheuan bagi
merealisasikan impiannya bergelar seorang doktor. Seorang pelanggan yang sangat
prihatin dengan kepayahan yang ditanggung oleh budak lelaki itu menderma
RM18,000 bagi sepinggan mee. Akhirnya, Tong berjaya mengumpul dana sebanyak
RM30,000 untuk Chi Sheuan
.
.
Nyata Chi Sheuan, tersentuh
dengan sikap dermawan yang ditunjukkan oleh pelanggan di gerai mee Tong,
menyifatkannya sebagai satu keajaiban. “Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan,
betapa gembiranya saya dengan semua ini.” Tong berkata kali pertama dia bertemu
dengan Chi Sheuan, dia mahu berhenti sekolah dan menjual mee di gerai. “Saya
kata padanya, jika kamu mahu kamu boleh bekerja dengan saya, tetapi kamu perlu
teruskan belajar dan jangan berhenti sekolah,” kata Tong. Chi Sheuan, kembali
mengingati memori beberapa tahun lalu apabila seorang pelanggan menggelarnya
‘bodoh’ hanya kerana dia tidak sengaja menumpahkan semangkuk mee sup ke atas
badan pelanggannya.
“Ia sangat menyakitkan namun ia
menjadi kekuatan kepada saya untuk belajar bersungguh demi mengejar cita-cita
untuk bergelar seorang doktor.
“Dalam erti kata lain, hinaan yang dilemparkan kepada saya
menjadi perangsang untuk saya berusha dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang
kehilangan datuknya kerana penyakit kanser menguatkan lagi keazamannya untuk
menjadi seorang doktor.
Chi Sheuan berkata dia seirng ketinggalan dalam semua mata
pelajaran dan bukan mudah untuknya kembali mengejar kembali pelajarannya yang
tertinggal.
“Saya perlu mendisiplinkan diri saya sendiri dan membahagikan
masa antara belajar dan bekerja di gerai menjual mee.
“Kerja keras saya terbayar apabila saya memperoleh Purata
Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 dalam peperiksaan STPM dan saya ditawarkan
tempat di universiti,” katanya.
Saturday, 21 September 2013
TAHNIAH AKMAL
1. Alhamdulillah penulis panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT kerana Mohamad Akmal berjaya menerima ijazah pada Kovokesyen USM kali ke-48, di Dewan Tuanku Syed Putra Kampus Induk Bukit Minden, Pulau Pinang. Bagi penulis, konvo USM ini adalah kali ke-5 penulis hadir sebagai ibu bapa. Sebelum ini penulis dan isteri serta keluarga pernah ke konvo UTM di Dewan Sultan Iskandar Skudai, Johor (19/8/2007), ke Dewan Tunku Canselor UM Lembah Pantai, UiTM di Dewan Sri Budiman Shah Alam dan UNISEL di Kamus Induk Bestari Jaya.
2. Seperti kelazimannya, sesuatu yang tipikal setiap majlis konvo dan pesta konvo di mana-mana universiti di Malaysia adalah kedapatan ramai graduan, ibubapa dan sanak keluarga, jemputan dan masyarakat dari dalam luar kampus meraikan. Gerai-gerai jualan, termasuklah penjualan jambangan bunga dan pepatung bear, disamping 'photo studio instant' menjadi tarikan untuk memaksa para graduan dan ibubapa menghabiskan wang membeli cenderahati atau foto kenangan anak, ahli keluarga, suami/isteri yang berjaya, bergaya memperaga jubah konvo yang berbagai warna jaluran.
3. Kepada Akmal, penulis dan isteri sekali lagi merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan anda. Semoga anda turus menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat. In sha Allah, kita ke konvo UIAM Gombak tahun 2014 dan UTeM Malaka tahun 2015.....
Monday, 16 September 2013
IBU MERTUAKU
1. Entri kali ini saya masih beri fokus kepada insan yang kedua paling istimewa di dalam hidup saya iaitu ibu mertuaku.
Teramat sangat saya nak berbakti kepada mereka sebagaimana di riwayatkan oleh Muslim RA (hadith no 2448 dan Bukhori R.A hadith no 5971) yang mengkisahkan..
"Wahai Rasullullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?"
Nabi s.a.w bersabda, "ibumu!".
Dan orang tersebut kembali bertanya, "kemudian siapa lagi ?".
Nabi Allah s.a.w menjawab, "ibumu!".
"Kemudian siapa lagi ?". Rasulullah menjawab, "ibumu!".
Orang tersebut kembali bertanya, "kemudian siapa lagi?"
Rasullullah menjawab, "kemudian ayahmu!".
2. Ibu mertua ku bernama Hajah K @ Hajah Z (privasi internet) binti Ahmad. Beliau merupakan anak ke 3 dari 4 adik beradik di lahirkan pada 29 September 1939 hasil perkongsian hidup C.T. (privasi internet) binti Kassim dan Cikgu Ahmad bin Hj. Abas, di Kampong Padang , Ulu Yam Baru, Selangor. Keluarga CT, yakni ibu kepada ibu mertuaku berasal dari Sungai Tiris, Kampar, Provinsi Riau, Sumatera, manakala ayahnya Cikgu Ahmad berasal dari Sungai Itik, Gopeng, Perak.
3. Kehidupan bahagia suami isteri CT dan Cikgu Ahmad, bertukar kepada kesedihan kerana kematian Cikgu Ahmad pada tahun 1946, iaitu ketika ibumertuaku berusia 7 tahun. Oleh yang sedemikian, segala urusan keluarga dipikul oleh CT untuk membesar kesemua anaknya.
4. Apa yang dikagumi ialah bagaimana CT menjalani kehidupan selepas kematian suami tercinta dan bagaimana pula ibu mertuaku menjalani proses pembesaran zaman kanak-kanak keremaja. Pada seusia 17 tahun ibu mertuaku telah dijodohkan dengan Abdul Rani bin Mohd Ali seorang pemuda dari kampong Batang Kali, Selangor. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1956 dan di kurniakan 6 orang anak iaitu seorang putera dan lima puteri.
5. Ibu mertuaku yang mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Ulu Yam Baru menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala suaminya Abdul Rani berkerja sebagai pemandu kepada Kerajaan British dan pernah berkhidmat di negeri Melaka. Apabila Semenanjung Tanah Melayu merdeka, Abdul Rani di serapkan di dalam perkhidmatan awam sebagai pomen di Jabatan Kerja Raya di bengkel JKR Cheras.
6. Tanpa menghiraukan kekecewaan di atas kematian ayahnya pada usia muda, ibu mertua jadikan peristiwa duka ini sebagai motivasi untuk mendidik anak-anak Alhamdulillah di atas kesungguhan, kesabaran dan tidak mengenal penat jemu, kesemua anak-anak berjaya di dalam hidup. Kini terdapat dikalangan anakanak ibu mertuaku yang sedang dan pernah menjawat beberapa jawatan tinggi seperti Pengurus Bank, Akauntan, Doktor Pergigian, Pegawai Undang-Undang dan Pensyarah.
"duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahirkan membesarkan
bercucuran airmata bila mengenangkan
betapakah besar budi ibunda berikan
siang malam menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan
tiada bahagia jika tiada doa puja restu
syurga itu telapak kaki ibu".
Wednesday, 4 September 2013
IBUKU
1. Inilah wajah ibu tercinta, Hajah M (privasi) yang dilahirkan pada 21/12/37 di Derga Alor Setar Kedah. Puteri berkulit putih melepak ini adalah zuriat dari pasangan Ismail dan Zaleha. Ibu adalah anak ke dua dari tiga adik beradik. Kakaknya bernama Putih @ Kalsom (dipanggil gelaran Wa) dan adiknya Azizah (gelaran Chu), manakala ibu dipanggil pangkat/gelaran Teh @ Mak Teh).
2. Ayah ibuku (Tokwan Mail) berasal dari Kampong Permatang Pasir, Permatang Pauh, Province Wellesly, bertugas sebagai anggota polis. Oleh yang sedemikian, pasangan ini sering berpindah randah disebabkan bertugas di beberapa buah balai polis. Di antaranya Balai Polis Sungai Petani, Kuala Nerang dan Telok Ayer Tawar.
3. Zaman kanak-kanak ibuku agak tragis kerana kedua ibu bapa beliau telah meninggal dunia pada usia muda. Ayahnya Ismail meninggal dunia disebabkan penyakit tibi. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan Permatang Pasir. Manakala ibunya Zaleha meninggal dunia ketika detik-detik untuk melahirkan anak mereka yang ke empat. Bayi tersebut terlebih dahulu mati di dalam perut ibunya. Ibuku serta kakak dan adiknya hanya tahu ibu mereka telah meninggal dunia apabila mereka telah di kejutkan dari tidur oleh tok nek Sopiah. Mereka masih terpingga-pingga kerena masih kecil dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Tidak ada tangisan. Apa yang tok nek Sopiah beritahu "mak hangpa dah mati beranak". Kedua-dua jenazah ibu dan anak tersebut telah disempurnakan kebumian di tanah perkuburan Derga.
4 Oleh itu, tanggungjawab memelihara ketiga-tiga puteri ini diambilalih oleh nenek mereka iaitu Sopiah. Sopiah memulakan penghidupan baru di Derga Alor Setar. Sebagai anak yatim piatu dan kekangan kemiskinan menyebabkan ibuku, kakak dan adiknya tidak mendapat pendidikan formal, atau dengan kata lain, mereka buta huruf dan kurang didikan keagamaan. Setelah ibuku berkahwin dengan ayahku (arwah) Hj.Ahmad, yang bertugas sebagai warder di Jabatan Penjara Alor Setar, barulah ibu mula belajar membaca melalui Kelas Dewasa (Kelas Buta Huruf), dan belajar mengaji dan membaca Al-Qur'an melalui tunjuk ajar dari ayahku, jiran dan rakan.

5 Hasil perkongsian hidup ibu dan bapaku, mereka telah dikurniakan 8 cahaya mata (6 putera dan 2 puteri). Bagaimanapun, anak sulung mereka Natrah seorang puteri yang jelita telah meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Pumpong, Alor Setar. Apa yang menyedihkan, kemalangan maut ini berlaku di hadapan mata ibuku sendiri. Meskipun ibuku tidak kenal huruf, tetapi beliau positif di dalam pendidikan anak-anak. Baginya, anak-anaklah penebus kesedihan dan kekecewaan hidup. Oleh itu, tidak hairanlah kesemua anak-anak beliau mendapat pendidikan yang sempurna. Ada yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan dan ada yang berjaya ke luar negara seperti Scotland dan Australia dan berjaya hingga keperingkat Phd........ inilah episod pertama patah sayap terbang jua.......
FAMILY TREE SALASILAH IBUKU
HAWA berkahwin dengan MOHD NOOR (Penghulu Derga)
dikurniakan seorang puteri benama SOPIAH
SOPIAH berkahwin dengan SAIDIN (berasal dari Georetown @ Tanjong).
dikurniakan 3 orang anak iaitu ABAS, ZALEHA dan CHE MAH
ABAS berkahwin dengan LAT dapat 3 orang anak iaitu Sobri (Pak Long Yi) , Johara (Mak Teh Aa) dan ......
ABAS berkahwin dengan WAN RAHMAH, setelah LAT meninggal dunia, tetapi jodoh mereka pendek -bercerai.
ABAS kemudian berkahwin dengan CIKGU BASHAH (berasal dari Pulau Langkawi). Pasangan ini di kurniakan empat orang anak iaitu AMIR (Pak Mir), ZURIDA (Da - kawin dengan XXX berasal dari Derga) ZURINA (Na berkahwin dengan XXX yang berasal dari Teluk Kechai) dan XXX.
ZALEHA berkahwin dengan ISMAIL
dikurniakan tiga puteri iaitu KALSOM @ PUTIH, HAJAH M dan AZIZAH
PUTIH di kurnia 4 anak iaitu KAK CIK, HASNAH, HASANIAH, DAHLAN dan HAJERAH
HAJAH M dikurniakan 8 orang anak iaitu NATRAH (meninggal usia 5 tahun), FISOL, HAYATI, AZHAR, FAIS, HARIS, IQBAL dan FIRDAUS
AZIZAH dikurniakan 3 anak iaitu ANI (meninggal kemalangan jalan raya usia 28 tahun), DIN (berada di Pinang Tunggal) dan ANITA
CHE MAH berkahwin dengan HASHIM (anggota Bomba di Sungai Petani)
dikurniakan 2 orang anak iaitu FADZIL (Pak Lang Yen - berada di Sungai Petani) dan SYARIFAH (Mak Tam Pah - Alor Merah/Kuala Lumpur)
di Madinah |
ibuku |

BISMILLAHIRAHMANIR RAHIM ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUR
Segala puji bagi Allah s.w.t. Pengampun segala dosa, Penerima semua taubat, dan yang Maha Keras seksaan-Nya. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhad diibadahi selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dialah yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya - selawat serta salam semoga selalu dicurahkan kepada keluarga dan segenap sahabatnya.
Amma ba'bu.
Blog ini penulis cipta sebagai memperihalkan pandangan dan pengalaman hidup untuk tatapan generasi Y masakini dan yang akan datang. Disamping mengkisahkan latar belakang keluarga, penulis berharap beberapa pengalaman hidup setelah lebih setengah abad penulis mengenal dunia, sebagai sumber informasi dan mendidik. Penulis memohon berbanyak kemaafan sekiranya fakta-fakta yang diperturunkan tidak tepat dan mohon pembetulan melalui kritikan penulisan atau nasihat dan pandangan serta cadangan yang membina. Akhir kalam, segala yang baik itu adalah kepunyaan Allah SWT dan segala yang buruk itu adalah dari hamba yang daif ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)