Anwar Ibrahim Yang Saya Kenali - Redhuan D. Oon
reformisjalanan.blogspot.com/
1. ADALAH lebih baik cerita dari pengalaman sendiri bagaimana
saya berkenalan dengan seseorang tokoh kontroversil dan bukan copy/paste dari
cerita orang lain. Takut nanti mahkamah akan menuduh saya atas kesalahan
hearsay. Selepas saya memeluk Islam di Melaka pada Januari, 1980,
saya telah meninggalkan pengajian formal dan mencari pendidikan Islamik
sehingga akhirnya agak sebulan kemudian saya sampai ke Insititut Dakwah Perkim
(IDP), Jalan Universiti, Petaling Jaya yang berhadapan dengan Hospital Universiti . Di IDP saya dapat belajar Islam dari peringkat Sanawi yang
merangkumi bab-bab fardhu-ain serta pembacaan tajwid Al-Quran. Seronok juga
kerana ia adalah berasrama penuh dan elaun perbelanjaan diberikan. Kawan-kawan sekelas terdiri dari pelbagai kaum dari seluruh
dunia yakni Iban, Kadazan, British, Jepun, Korea, Kemboja, Cina dan India.
Waktu malam selepas solat Isyak berjemaah kami sering seberang ke kantin UH dan
biasa ternampak Dr. Wan Azizah bertugas di sana. Kemudiannya beliau mendirikan rumah tangga dengan Sdr Anwar
Ibrahim (kini Datuk Seri AI).
2. Satu malam terdapat program ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia yang dipimpin oleh Sdr Anwar waktu itu) dekat IDP iaitu di Dewan Al-Malik Faisal, Universiti Malaya (UM) untuk meraikan Hari Palestin.
"Saudara, apakah kita asyik kutuk, kutuk dan kutuk sahaja? Apakah tindakan kita selepas ini?"
Sdr Anwar pun berbincang sedikit dengan wakil PLO tersebut
lalu menjawab balas, "Saya sudah dapat persetujuan tadi dari wakil PLO
bahawa mereka akan menerima pejuang dari Malaysia untuk pergi ke bumi Palestin
untuk perangggg!!" Jelas tergamam kawan yang bertanya tadi. Pada keesokan harinya saya pun merancang untuk mengunjungi
pejabat ABIM yang juga tapak Yayasan Anda Akademik (YAA) kerana ingin menyahut
panggilan jihad ke medan perang. Rasional saya ialah saya tidak minat berjuang dibumi
Palestin yang mungkin nasionalis. Saya mahu berjuang di bumi Afghanistan. Tetapi kerana tiada tawaran ke sana tetapi Sdr Anwar telah
menawar ke Palestin pula, saya sangka bagaimana kalau saya pergi masuk menerusi
Palestin? Saya mula mengajak sahabat yang ada di IDP untuk turut
bersama ke medan jihad. Pada mulanya beberapa kawan kata bersetuju dan bersama
dengan saya. Kemudian mereka kata mereka di belakang saya.
3. Apabila tiba untuk saya menaiki bas dari Jalan Universiti menuju ke Jalan Pantai Baru, pejabat Anwar, tiada seorang pun yang berada disampain maupun belakang saya.
"But Saidina Umar said we must learn about kuffar to
fight the kuffar".
Saya tak berapa melayan ungkapan Fadhullah. Saya terus
menunggu jawapan Anwar. Dia dengan pantas menjawab, "Kita ada pelbagai
sukarelewan dari bekas komando, askar dan orang ramai yang lain. Tetapi PLO cukup kaya dan lengkap segala-galanya. Tidak
perlu fizikal dari kami, cuma sokongan moral". Saya terus hilang harapan di situ. Tetapi Anwar dengan
pantas lagi menyambung, "Brother, stay here in Malaysia. We have a bigger
war here! (Kita ada perang yang lagi besarrrr di sini!)".
4. Saya pun meninggalkan pejabat ABIM dengan perasaan
bercampur-campur. Kerana dari satu segi saya hampa tidak dapat pergi ke medan
shahid, tetapi dari satu segi saya berkenalan dengan seorang yang cukup
karismatik. Satu hari saya pada awal tahun 1981 saya pun bosan dengan
pendidikan sanawi di IDP lalu datang ke pejabat Anwar memohon kerja di Yayasan
Anda Akademik. Saya menunjuk kepadanya Sijil MCE saya (SPM la). Beliau
perhati sijil saya lalu dengan pantas angkat telefon. "Nahar Akhbar Khan,
I got an english teacher for you!" (Nahar lama kemudiannya menjadi pengarah
drama tv dan wayang). Anwar pun beritahu saya, "That is evening class in Kpg
Baru branch. Pagi pulak u come here to help me with writing my foreign
correspondence. I need your A1 in English". Saya pun dibawa Anwar sekililing pejabatnya dari Kamarudin Md
Nor, ke Kamarudin Jaafar, ke Abbas (yang lama kemudiannya menjadi dekan
matrikulasi UIA) ke Nasarudin Jalil (yang tak silap saya kemudiannya jadi
jutawan) (Ini semua zaman Anwar dalam Umno kemudian). Yang istimewa ialah cara Anwar perkenal saya, "Jaga-jaga
sikit dia ini. A1 in English. Kombinasi Abdul Qadir AS-Sufi dan Suara
Islam!" (Anwar merujuk kepada dua kumpulan Islam yang saya turut mengikuti
waktu itu).Saya gembira mendapat kerjaya hidup saya yang pertama ia itu sebagai
seorang tutor merangkap penjawab surat-menyurat Anwar.
5. Sebelah petang saya
pergi mengunjung Nahar untuk melapurkan diri. Yang lucunya Nahar pun berbisik kat saya, "I didnt even
ask for an english teacher. Apalah tu Anwar, pandai-pandai je angkat orang
kerja dengan senang je". Baru saya tahu bahawa Anwar terus dengan kilat mencipta
kerja untuk saya tanpa berfikir lebih lanjut. Saya mula kagum dengan Anwar. Di pejabatnya saya perhati
bagaimana beliau bercakap dalam telefon,
Cikgu Nahar sedang shooting di Airod |
"Apa habak pak menakan?! Apa habak mak menakan?! Apa habak
anak menakan?! And how is your son overseas?" Beliau cukup mencairkan
pemanggil yang duduk di hujung talian telefon.
Cara Anwar berjabat tangan dengan kawan lain dari yang lain.
Orang angkat tangan sekadar ke paras perut, Anwar angkat tangan dari kepala
turun.
Jika anda berjanggut Anwar akan mengusapnya. Jika anda bawa
anak kecil Anwar akan mengusap manja kepala anak itu. Cukup personal.
6. Satu hari saya telah selesai mengarang surat balas Anwar ke luar negara yang berbahasa Inggeris. Cara saya menjawab surat tersebut ialah dengan mengambil ulasan dan jawapan ringkas dari Anwar dan saya akan menyempurnakan seluruh kandungan surat - bagi heading dan ending. Cara nak bagi itu saya perhati dari surat-surat yang mendatang. Jika surat itu bermula dengan, "May you find this letter in the best of Iman and Islam", saya akan tulis balik dengan jawapan "May you also find this letter in the best of Iman and Islam". Copy and paste punya teknik.
7. Satu hari semasa mengajar di YAA di Kpg Baru saya didatangi satu berita gempar dari IDP iaitu beberapa muslimah saudari baru telah dianiaya oleh pentadbiran IDP iaitu disuruh buka kain tudung dan diganti dengan skarf yang mendedah aurat mereka.
8. Saya pun bergegas ke pejabat Anwar mengharapkan pembelaan. Setibanya di pejabatnya, saya perhati Anwar sudah berada ditalian telefon dan berbual dengan suara agak jelas kepada Setiausaha Agung Perkim. Anwar nampak saya dan isyaratkan saya masuk pejabat dan duduk.
9. Tetapi saya agak terkejut kerana pada satu majlis makan malam amal ABIM di Dewan Sivik MPPJ beberapa hari sebelum beliau memasuki UMNO, Anwar berucap dalam perasmian majlis tersebut, "Ada ura-ura mengatakan saya akan masuk UMNO. Itu semua berita angin belaka"
10. Tak lama kemudian saya pun menyertai PAS. Saya tidak pula mahu berjumpa Anwar walaupun beliau ada bagi tahu kawan yang saya boleh pergi berjumpa jika mahu. Saya tidak berminat politik kerana lebih minat tasauf, dan ilmu sejagat serta mempergunakan PAS untuk berdakwah kepada Cina dan bukannya Melayu.
11. Apabila berlaku pemecatan beliau pada 1997 ke macam itu saya pun sudah meninggalkan PAS dan Harakah pada tahun 1995.
12. Hari ini Anwar berada diambang kejayaan. Sekali lagi saya mengucapkan, "This is your life. I will not be asked about you. I shall be asked about myself.
No comments:
Post a Comment