Saturday, 21 March 2015

TERIMA KASIH PENANG FREE WiFi.




1. Saya adalah di antara lebih daripada 600,000 pengguna berdaftar bagi perkhidmatan Penang Free WiFi di mana  hampir 70% pengguna berusia kurang daripada 30 tahun. Rakyat Pulau Pinang dan pelawat kini boleh menikmati perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless) tanpa perlu mengeluarkan wang di kompleks membeli-belah, komersial, kawasan perumahan dan awam terpilih. Perkhidmatan Penang Free Wifi telah diperkenalkan sejak enam tahun lepas selepas Negeri Pulau Pinang di kuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat..Kerajaan Negeri sejak tahun 2009 secara berperingkat membangunkan kira-kira 1,550 hotspot Penang Free Wifi meliputi kesemua 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di negeri ini.


2. Menurut YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, "Pulau Pinang memimpin dengan muncul sebagai negeri pertama di Malaysia dalam memberikan perkhidmatan WiFi percuma kepada penduduknya. Idea ini telah diilhamkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang berpeluang untuk dihubungkan dengan informasi terkini secara percuma. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mentranformasikan Pulau Pinang kepada Bandaraya Antarabangsa yang boleh bersaing secara global". Tambah beliau "sebuah bandar pintar mestilah mempunyai kepintaran digital (an intelligent city must possess its digital intelligence). Kerajaan Negeri senantiasa memastikan melalui inisiatif jalur lebar atau broadband, kita boleh terus memberikan perkhidmatan jalur lebar ini kepada semua".

3. Perkhidmatan Penang Free WiFi ini merupakan komponen kepada inisiatif Wireless@Penang dan 750 hotspots yang pertama telah dilancarkan pada tahun 2009 bersama REDtone International Berhad (REDtone), kini menjangkau  lebih  2000 hotsport secara percuma.


4. Melalui tender terbuka bagi pelaksanaan Fasa 2 Penang Free WiFi, REDtone telah dipilih dan merupakan satu-satunya syarikat yang mengambil bahagian dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PDC iaitu sebagai syarikat yang tidak disenaraikan sebagai syarikat senarai awam (public listed company) dengan mempunyai rekod baik dalam bidang telekomunikasi dan multimedia. Untuk fasa ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PDC bersama-sama membiayai kos keseluruhan projek berjumlah RM8.5 juta.


5. Lambakan trafik hingga 20,000 pengguna Penang Free Wifi pada satu-satu masa hingga mengakibatkan kepantasan jalur lebar ke internet (backhaul bandwidth) kian lembab belakangan ini mendorong Kerajaan Negeri menaiktaraf kemudahan tersebut. melibatkan kira-kira 600,000 penguna berdaftar di negeri ini, kini boleh menikmati kemudahan wifi dengan kelajuan internet ditingkatkan hingga lima kali ganda berbanding dahulu.

6. Dengan peningkatan 5 kali ganda dalam backhaul bandwidth dari 75Mbps (Megabits sesaat) kepada 375Mbps, pengguna perkhidmatan WiFi percuma sekarang akan dapat menikmati kelajuan yang lebih cepat daripada 1Mbps berbanding 512kbps (kilobit sesaat) sebelum ini,”Penarafan kepantasan jalur lebar ke internet tersebut yang ditingkatkan kini adalah menyamai kadar 500 peratus berbanding sebelum ini. Menurut REDTone,  kepantasan jalur lebar ke internet paling sesak pada sekitar jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam, disebabkan menerima lambakan lebih 20,000 pengguna Penang Free Wifi pada satu-satu ma

9.. Untuk tujuan tersebut, kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan tambahan sebanyak RM25,000 lagi atau 19.3 peratus tiap-tiap bulan, menjadi kos pembiayaan bulanan berjumlah RM154,200 berbanding RM129,200 dahulu, demi memastikan mutu perkhirmatan Penang Free Wifi lebih memberi manfaat untuk rakyat di negeri ini.

10. Kelembapan  internet WiFi kebelakangan ini menyebabkan saya sukar untuk menulis dalam blog, lebih-lebih lagi download video. Kini, kalajuan 1Mbps memudahkan saya menyambung semula usaha-usaha penulisan disamping download video. 

11. Hotspot di Kampong Lahar Yooi dipasang di Tadika PASTI Al-Mansur. Signalnya mencapai 100 meter dari lokasi tersebut. Kira-kira 70 buah rumah, masjid, tadika PASTI dapat menerima pancaran signal tersebut. Faedah dari WiFi Penang Free ini bukan sahaja kepada penduduk bersekitaran, malah sebagai salah satu teknik pembelajaran kepada pelajar Tadika, pelajar sekolah yang membuat asignment tanpa perlu pergi ke siberkafe dan qariah Masjid At-Taqwa, termasuk para pekerja yang perlu akses internet terlebih dahulu sebelum bertolak ke tempat kerja.
Terima kasih Penang Free WiFi.


salah satu dari dua pemancar dari hotspot bagi Kampong Lahar Yooi di pasang di Tadika PASTI Al Mansor 

Tadika PASTI Al-Mansor

Masjid At-Taqwa juga dapat terima pancaran WiFi Penang Free begitu baik sekali





No comments:

Post a Comment