1. Pada 13 April 2014 umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang lelaki bernama
Muhammad (54 tahun) berasal dari Batu Pahat, Johor. Muhammad meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora
Ismail Batu Pahat, Johor setelah tiga
hari dimasukkan ke hospital tersebut. Kematian arwah dipercayai ada kaitan
dengan jangkitan sindrom pernafasan “Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus
@ MERS-CoV. Hasil dari bedah siasat
mayat (post mortem), mendapati punca kematian adalah akibat ‘pneumonia
secondary to MER-CoV' yang teruk.
2. Berdasarkan
rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes tersebut merupakan kes kematian pertama bagi penduduk dari
Negara ASEAN. Manakala menurut pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Filipina, seorang warganegaranya bekerja sebagai pembantu rumah yang baru pulang dari Negara Abu Dhabi UAE juga telah dikenalpasti menerima jangkitan virus tersebut dan sedang dikuarantinkan di hospital.
3. Berbalik kepada kes Muhammad, arwah dipercayai mendapat jangkitan tersebut setelah
kembali ke tanah air dari mengerjakan ibadat umrah dan ziarah di Tanah Suci Mekah. Arwah bersama 15 ahli rombongan lain dari Batu Pahat. Mereka kembali ke
tanah air pada 29 Mac 2014 menerusi syarikat penerbangan Turkish Airline. Arwah mengadu tidak sihat, iaitu demam, batuk dan
kesukaran bernafas selama 10 hari. Arwah
di bawa ke hospital pada 10 April 2014 untuk mendapat rawatan lanjut. Bagi
masyarakat Islam yang baru pulang mengerjakan ibadat umrah dan ziarah dikedua-dua
tanah suci tersebut, gejala batuk-batuk,demam
dan terasa senggal-sengal badan adalah lumrah dan biasanya berlanjutan sehingga
dua minggu, makan dan minum ubat, in sha Allah sembuh.
4. Ekoran dari kejadian tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 17 April 2014 telah menyaring
seramai 100 orang penduduk di kampong tersebut. Hasilnya, seramai 79 orang telah diletakkan
di bawah pemantauan rapi oleh Kementerian Kesihatan di rumah masing-masing.
Kesemua mereka terdiri dari 15 orang ahli rombongan umrah dan ziarah tersebut,
manakala bakinya 64 orang adalah jiran
atau saudara mara yang datang menziarahi dan telah memeluk atau bersalam dengan
15 orang tadi. Jurucakap kementerian mengesahkan dua dari 15 orang Jemaah umrah
tersebut yang berasal dari Johor Baharu ada menunjukkan tanda-tanda awal.
5. Kesemua mereka yang dipantau telah diambil
sampel lendir dari hidung dan mulut untuk dianalisis. Pihak Kementerian
Kesihatan memandang serious jangkitan MER-CoV tersebut kerana belum ada vaksin untuk
menyembuhkan penyakit tersebut. Dalam masa yang sama, pihak Kementerian
Kesihatan juga sedang meniliti dan mengenal pasti penumpang pesawat Turkish
Airline penerbangan Jeddah-Istanbul-KLIA (TK93 dan TK60) yang tiba pada 29 Mac 2014. Pihak kementerian
meminta penumpang pesawat tersebut supaya membuat pemeriksaan saringan dimana-mana pusat kesihatan atau hospital.
7. Berikut adalah beberapa maklumat yang berkaitan
dengan jangkitan MERS-CoV
·
Virus ini pertama kali dilaporkan pada 24
September 2012 oleh pakar virus Mesir iaitu Dr. Ali Mohamed Zaki di Jeddah,
Arab Saudi.virus MERS-CoV) |
·
virus baru ditemui |
Lagi jenis virus MERS-CoV dipercayai lebih virulence dari virus SARS |
foto tahun 2009 da! |
·
Analisis awal makmal menunjukkan virus tersebut berasal dari haiwan unta. Dipercayai unggas kelawar
gua juga mempunyai virus yang sama.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, pemeriksaan
terhadap darah unta di Negara Arab Saudi mendapati tahap antibody haiwan
berkenaan sama dengan virus itu. Ada kemungkinan virus itu ada pada unta dan
menular kepada manusia apabila seseorang itu berada terlalu dekat atau
bersentuhan dengan unta.
· Menurut analisis dari makmal lagi, asas biologi MERS-CoV sangat
serupa dan sama dengan SARS-CoV yang pernah menggemparkan masyarakat dunia pada tahun 2008.
Bagaimanapun dikatakan MERS-CoV lebih merbahaya. Virus SARS tersebar melalui titisan cecair apabila
pesakit SARS tersebut bersin atau batuk
yang boleh menyebabkan titisan cecair dari mata, hidung dan mulut ke udara yang
akhirnya berjangkit kepada individu berkaitan. Berbeza dengan virus MERS-Cov,
pakar kesihatan dan perubatan belum mengenal pasti cara penyebaran dengan
tepat, tetapi dikatakan pesakit boleh dijangkiti virus tersebut meskipun pesakit berada jauh dari pembawa virus. Dengan kata lain tahap kebolehan atau mudah atau 'virulence' jangkitan kepada orang sihat adalah TINGGI.
· Pihak WHO dalam satu kenyataan di Geneva
mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada petugas kesihatan di seluruh dunia supaya lebih peka
dengan symptom MERS-CoV kerana
berpotensi menjadi pandemik yang boleh berjangkit dengan mudah.
· Virus MERS-CoV mula dikesan di Timur Tengah pada
tahun 2012 yang mencatatkan 238 kes dengan 92 kematian. Negara-negara Timur
Tengah termasuklah negara Arab Saudi, Emiriah Arab
Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia. Manakala di Eropah setakat 17 April 2014
kes-kes MERS-CoV telah dilaporkan berlaku di Denmark, Jerman, Peranchis dan United
Kingdom. Berdasarkan kepada jumlah kes adalah sebanyak 238, manakala kematian sebanyak 92, ini bermakna mortality rate bagi penyakit ini melebihi 40% iaitu 10 orang dijangkiti, 4 orang mati
· Setakat ini pihak WHO belum mengeluarkan arahan
sekatan perjalanan pelancong antarabangsa kemana-mana negara. Mengenai
pergerakan besar-besaran penduduk dunia yang beragama Islam ke Tanah Suci Mekah
untuk menunaikan ibadat umrah pada bulan Ramadhan (Jun/Julai 2014) dan
kemasukan sejumlah empat juta Jemaah Haji pada bulan September 2014, pihak
berkuasa Kementerian Kesihatan Arab Saudi iaitu Khaled al-Mirghalni sepertimana
yang dilaporkan oleh agensi berita AFP di Riyadh berkata pihak
berkuasa Saudi belum mengeluarkan apa-apa perubahan kepada syarat kemasukan ke atas pas Jemaah
haji tahun 2014.
· Bagi menghadapi situasi yang boleh mendatangkan
masalah kepada Jemaah umrah atau haji Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom merancang mewujudkan pusat sehenti bertujuan memantau Jemaah umrah daripada penyakit disamping menangani penipuan syarikat
pakej umrah
.
Langkah-langkah pengawalan/pencegahan semasa di Tanah Suci
Amalan kebersihan seperti membasuh tangan
Jangan makan makanan mentah seperti buah-buahan dan sayuran
yang tidak dibasuh.
Jangan minum susu unta mentah
Jauhi atau jangan melawat ladang unta dekat Hudaibiah
Jangan memegang atau
sentuh hidung, mata atau mulut anda
Selalu pakai tutup hidung
Kerap mandi
No comments:
Post a Comment