1. Hong Kong bukanlah destinasi keutamaan penulis dalam senarai tempat-tempat untuk dilawati. Tetapi ditakdirkan Allah SWT, dapatlah juga penulis dan isteri jejak kaki ke wilayah bekas jajahan British tu. Lebih manis lagi kami berpeluang mengunjungi Macau - "two in one" - sesuatu yang di luar perancangan. Pemergian ke Hong Kong dan Macau pada minggu lepas adalah mengiringi anak kami, Mohamad selaku engineer DCA yang ditugaskan melakukan odit tahunan Hong Kong International Airport (HKIA).
Kunjungan keluar negara pada kali ini agak kurang sempurna sedikit kerana penulis tidak berkesempatan membuat search dalam google berkaitan dengan destinasi yang dilawati disebabkan kekangan tugas harian. Jadi, tidak ada travel itinerary yang selalunya disusun kalau nak pergi ke mana-mana
destinasi pelancongan popular. Lebih gawat, melancong pada kali ini tidak menggunakan khidmat travel agent sebagaimana yang kami lakukan semasa melancong ke Guilin China pada Tahun 2014 lalu. Jadi, kami agak jahil mengenai tempat-tempat yang menarik yang ada di sana seperti tempat-tempat bersejarah, membeli-belah dan sebagainya. Kami juga kurang arif macam mana nak pergi ke
tempat tersebut kerana hotel kami di kawasan airport sedangkan tempat menarik di Hong Kong terdapat banyak di Kowloon dan Pulau Hong Kong. Lagi satu, penulis difahamkan terdapat tiga masalah utama bagi pengembara muslim berkunjung ke Hong Kong. Satu, kos sara hidup yang tinggi, so budget besar untuk makanan dan sewa bilik hotel yang mahal. Kedua, kesulitan mendapat makanan halal. Ketiga, masalah taharah (bersuci) dan solat. Pengalaman berkunjung ke UK pada tahun 2015 lalu membuatkan kami tidak terlalu risau masalah-masalah tersebut. Untuk makanan halal dan murah, kami membawa mini cooker @ travel cooker dual voltage, pinggan mangkok polistrin, sudu, perencah kari ayam atau daging Brahim, mee maggi, sachet ketupat nasi, etc.
|
"rice cooker mini" sesuai masakan makanan tiga orang musafir |
|
yang berhajat miliki cooker yang berharga lebih kurang RM50 sila hubungi no tel tertera |
2. Penulis dan isteri ke Hong Kong menggunakan pesawat Airasia. Mohamad dan rakan pula terbang ke sana menerusi pesawat Cathay Pacific. Kami berjanji berkumpul di Mc Donnald Terminal 1. Penerbangan selama 3 jam 50 minit amat membosankan. Sempat juga penulis melihat pemandangan sebahagian Banjaran Titiwangsa dan Sungai Pahang yang semakin lebar beting pasirnya, sebelum pesawat meluncur melintasi Laut China Selatan. Sejurus melalui ruang angkasa Negara Vietnam, pesawat memasuki Wilayah Hong Kong dan selamat mendarat di HKIA Chek Lap Kok, Landau Island. Ternyata HKIA lebih sibuk, besar dari segi saiz dan sistemnya dan lebih efisien. HKIA mendapat tempat
ke-8 sebagai airport tersebok di dunia
dibelakang Atlanta, Beijing, Dubai, Chicago O'Hare, Tokyo Haneda, London Heathrow dan Los Angeles LAX Airport. HKIA telah mengedali seramai hampir 70 juta penumpang pada tahun 2015. Terdapat dua terminal di HKIA iaitu Terminal 1 dan Terminal
2. Terminal 1 dikhaskan untuk syarikat penerbangan utama manakala Terminal 2
pula adalah untuk syarikat penerbangan tambang murah. Namun begitu, Terminal 1 dan Terminal 2
adalah di dalam bangunan yang sama dan dihubungi dengan laluan pejalan kaki
bertutup. Kami diangkut dengan skytrain dari parkir pesawat ke Terminal 1. Dari situ kami bergerak melintasi pemeriksaan imigresen dan kastam, Terdapat banyak rantaian moving walkway, escalator dan lift menuju ke pintu keluar kerana Arrivals Hall terletak di level 5. Dari situ kami menuju ke McD. Terdapat pelbagai kemudahan di situ, seperti restoran, ATM, AEL Tickets Machine, kaunter HK Tourism Board etc. Memandangkan hotel penginapan kami berada di sebelah kiri Terminal 1, kami cuma berjalan kaki untuk check-in di Hotel Regal Airport. Bagi pelawat yang hendak mendapatkan pengangkutan awam, terdapat mowing walkway yang membawa anda ke rangkaian tren MRT Airport Express, bas, coach, hotel cars dan teksi.
|
salah sebuah jambatan yang menghubungksan pulau-pulau dan tanah besar |
|
mula memasuki ruang angkasa Hong Kong
|
|
bangunan skycrapper tak terbilang
|
|
apron airport yang luas kerana keseluruhan airport dibina diatas pulau buatan membentuk sebahagian dari Pulau Landau |
|
dari skybridge penumpang turun escalator menuju ke skytrain untuk ke Terminal 1
|
Seorang remaja dari Malaysia Sdri Fatin Izzati sedang menunggu skytrain untuk ke Terminal 1 (Foto - Fatin Izzati) |
|
HKIA amat sebok dengan pesawat mendarat atau berlepas. |
|
|
hotel penginapan kami untuk tiga malam |
3. Penulis sempat memerhati beberapa kemudahan disediakan oleh pihak berkuasa HKIA dan menyemak risalah-risalah pelancongan yang disediakan dikaunter infomasi. Berikut diantara info yang boleh dikongsi bersama
- Terdapat restoran halal disediakan di HK Airport untuk
pengunjung Muslim iaitu restoran makanan segera Popeye Chicken
and Biscuits berdekatan
kawasan food court selepas melalui pemeriksaan imigresen di Terminal 1, tidak jauh dari McDonalds.
|
perhatikan logo halal |
- Ruang solat disediakan untuk pengunjung muslim, terdapat dua tempat untuk bersolat di
HK Airport iaitu Terminal 1: Tingkat 7 kawasan daftar masuk (berdekatan dekat
Aisle A South Wing) dan Terminal 2: Tingkat 5 kawasan daftar masuk (berdekatan
dengan Aisle N) - lengkap dengan kemudahan wuzuk.
|
logo ruang solat
|
|
signed yang mudah difahami di HKIA |
- Terdapat terminal bas di HKIA yang terletak di Terminal 2
dimana pengunjung boleh menaiki bas dari airport ke tempat tempat lain di Hong
Kong. Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki tren Airport Express untuk ke
pusat bandar. Tren ini akan berhenti di
stesyen Tsing Yi dan juga stesyen Hong Kong. Jika menaiki Airport Express,
perjalanan akan mengambil masa selama 24 minit untuk sampai ke stesyen Pulau Hong
Kong.
- Kaunter membeli atau menebus semula kad Octopus (touch n go) yang boleh digunakan untuk menaiki MTR, bas, membeli barang barang di convenient store (7 eleven, Circle K) atau di pasar raya (Wellcome, Park n Shop). Dikatakan tambang MTR, bas dan tramway yang menggunakan kad ini diberi diskaun sehingga 10 % dari tambang asal.
|
Nilai kad HKD 150 di mana HKD 50 adalah deposit. Kad boleh ditebus dengan 100% refund baki. |
- Kemudahan free Wi-Fi HK International Airport untuk hampir kesemua tempat menunggu di terminal. Perkhidmatan internet broadband internet di Hong Kong pula adalah yang kedua terbaik di dunia selepas Korea Selatan. Membeli kad SIM prepaid adalah agak mudah kerana banyak tempat di lapangan terbang yang menjualnya.
- Kemudahan teksi terdapat di terminal 2 dan terdapat tiga jenis teksi di Hong
Kong iaitu Teksi Merah yang sinonim dengan Hong Kong yang menghubungkan HKIA ke kawasan Hong Kong
Island dan Kowloon. Teksi Hijau – teksi hanya pergi pergi ke kawasan New
Territories sahaja. Teksi Biru pula hanya pergi ke kawasan Lantau Island
sahaja termasuk Tung Chung dan Disneyland
|
teksi merah masih popular walaupun menerima saingan dari pengangkutan rel |
Rangkaian MTR (macam LRT Lembah Kelang) terdiri daripada tujuh aliran yang dipanggil “line”, sebahagian besarnya bawah tanah, termasuk Airport Express dan juga Disneyland Resort line. Frekuensi menunggu untuk tren ialah setiap 2 hingga 12 minit dan waktu operasi dari 6 pagi hingga 0:30-1:00 pagi. Penggunaan MTR adalah jauh lebih cepat daripada bas atau bas mini dan harga tiketnya lebih kurang sama. Elak guna MTR pada waktu puncak. Anda boleh beli tiket dari mesin tiket layan diri atau di kaunter. Harga tiket adalah berdasarkan jarak perjalanan,
|
ada tujuh laluan @ "line" berdasarkan tujuh warna setiap line yang merangkumi kesemua wilayah iaitu Kowlon, Pulau Hong Kong, Pulau Lanjau dan New Teretoris
|
3. Ketika ini Hong Kong mengalami Musim Panas (Jun ke Ogos) Suhu panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C sama seperti di Malaysia. Kami check in di Hotel Regal Airport yang cantik, bersih, lapang dan berkonsepkan smoke-free hotel. Kami disedia bilik superior dengan king bed dan kemudahan WiFi percuma. Kadar sewaan sebanyak HKD1,150. Terdapat sebuah kolam renang yang sangat cantik. Seusai berehat, kami dapatkan perkhidmatan bas coaster iaitu bas shuttle yang disediakan oleh pihak hotel secara percuma ke destinasi seperti Disneyland dan Kowloon. Perjalanan dari Regal Airport Hotel di Landau Island ke Regal Kowloon Hotel di Kowloon berdurasi selama satu jam. Penulis agak teruja pada sepanjang perjalanan kerana dapat menyaksikan sendiri kehebatan pelabuhan kontena Hong Kong, melihat kehebatan kejuruteraan Jambatan Kabel Tsing Ma, kehebatan arkitektur bangunan perumahan dari jenis aparment ke kondominium puluhan tingkat dan pejabat serta pusat perniagaan skycrapper, Perjalanan dari Pulau Landau akan melalui Jambatan Tsing Ma ke Pulau Ma Wan dan Tsing Yi berakhir di Daerah Tsim Sha Shui Kowloon.
|
ruang lobi Hotel Regal Airport |
|
swiming pool |
|
king bed yang sangat empok. Syukur yang amat sangat kerana banyak penulis blog yang berkunjung ke Hong Kong menginap di kamar sekangkang kera - nak jimat kos penginapan |
|
breakfast pertama. |
|
bas shuttle dari Regal Airport Hotel ke Regal Kowloon Hotel menyediakan kemudahan WiFi percuma |
|
Jambatan Tsing Ma |
|
Kehebatan Jambatan Kabel Tsing Ma sepanjang 2.1 km menghubungkan Pulau Tsing Yi dan Pulau Ma Wan |
|
memasuki terowong di Pulau Ma Wan |
|
Ratusan Container Gantry Crane berwarna merah, hitam dan biru merapati satu sama lain di terminal kontena di Kwai Chung dan Tsing Yi |
|
ribuan kontena - saujana mata memandang
|
|
kelihatan kapal kontena dari Malaysia berlabuh di pelabuhan kontena Hong Kong |
|
perumahan yang menjangkau hampir 70 tingkat |
|
ish ish ish - hebatnya |
4. Daerah Tsim Sha Shui adalah daerah yang paling popular kerana lokasinya ditepi laut dan bertentangan dengan Pulau Hong Kong. Daerah ini merupakan sebuah pusat pelancongan, Di kawasan Tsim Sha Tsui dan Wan Chai, merupakan tempat penginapan yang ideal kerana jaraknya tidak jauh dari stesyen MTR, dekat dengan restoran halal, masjid, perhotelan mewah dan budget, pusat perniagaan, budaya dan sosial yang terkemuka di Hong Kong. Kami hanya mundar mandir tanpa tujuan. Sejurus kemudian, kami memasuki Nathan Road yang sangat popular di Tsim Sha Shui. Di situlah terletaknya Masjid Jamek dan Pusat Islam Kowloon. Seusai solat, kami disapa oleh seorang anak Melayu iaitu Saudara Rosli Abdullah yang berasal dari Johor. Perbualan kami di halaman masjid berkisar tentang keadaan geografi, sejarah, ekonomi, politik dan sosial Hong Kong. Sdr.Rosli aktif dalam jemaah tabligh tempatan telah menetap di Hong Kong selama tujuh meskipun beliau seorang eksekutif perbankan dengan sebuah syarikat dari Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong. Sdr. Rosli kemudian membawa kami ke Chunking Mansion untuk makan nasi beriani. Kami sambung cerita di situ sehingga masuk waktu asar. Pada sebelah petang, penulis mengunjungi Tsim Sha Tsui
Promenade iaitu kawasan pesisir laut yang bermula dari Menara Jam Hong Kong
hingga ke Hung Hom yang menjadi destinasi wajib setiap pelancong. Di situlah terletaknya Pusat Kebudayaan, Muzium Angkasa, Gelari Seni, Salisbury Garden dan
Avenue of Stars yang tersohor. Amat malang sekali kerana Avenue of Stars ketika itu telah ditutup kepada pengunjung kerana kerja-kerja menaiktaraf dan pmebinaan bangunan-bangunan baru sedang rancak dijalankan. Avenue of Stars adalah tapak lokasi penghormatan kepada artis-artis yang membantu menjadikan Hong Kong sebagai Hollywood Timur. Orang ramai berpusu bersama kami untuk mengambil tempat untuk menyaksi panorama Metropolitan Hong Kong cukup mempesonakan dan indah pada
waktu malam apabila lampu-lampu neon bangunan pencakar langit mula dinyalakan bersama pancaran cahaya laser untuk persembahan A Symphony of Lights. Memang memukaukan kerana cahaya neon dan laser bergerak-gerak seiring dengan muzik latar. Penuntun boleh menyaksikan pancaran cahaya neon dan laser pada kedua-dua bahagian iaitu Pulau Hong Kong dan pada sebelah Avenue of Star khususnya pada Menara Jam dan dinding Pusat Kebudayaan Muzium Angkasa. Hampir sejam kami di situ, kami bergerak balik ke Hotel Regal Kowloon untuk dapatkan bas shuttle hotel balik ke Hotel Regal Airport di Pulau Landau - tempat penginapan kami untuk tiga malam.
|
Daerah Tsim Sha Tsui tempat tumpuan hotel bertaraf antarabangsa di Kowloon |
|
jalan yang agak popular kerana di situlah terletaknya Masjid dan Pusat Islam Kowloon.
|
|
Masjid dan Balai Islam Kowloon persis Masjid India di KL
|
|
ruang wuzuk yang bersih
|
|
Sdr. Rosli melepaskan geram berbahasa Melayu dengan kami kerana jarang bertemu dengan orang Melayu di Hong Kong |
|
Chungking Mansions terletak di Nathan Road popular pada kalangan pengembara backpacker kerana di dalamnya terdapat rumah tumpangan dan hotel budget serta restoran atau gerai makanan halal |
Bismillah Fried dan Bismillah Kebab House terdapat di sini
|
Towkey restoran berbangsa Pakistan sedang menunaikan solat zohor |
|
salah sebuah menara dari puluhan menara yang mempamirkan lampu iklan di dinding bangunan |
|
Clock Tower - salah satu ikon Hong Kong. Menara jam yang berketinggian 44 meter ini dibina pada tahun
1915 sebagai sebahagian daripada Terminal Kereta Api Kowloon-Canton
|
|
salah satu terminal feri |
|
tug boat antara ikonik Pelabuhan Victoria Kong Kong |
|
Feri Star masih setia membawa penumpang
berulang-alik di antara Hong Kong dan Kowloon sejak 1888 walaupun kedua-dua
kawasan telah dihubungkan dengan sistem jalan raya dan rel bawah laut yang
moden.
|
|
Junk Boats salah satu ikon Hong Kong - biasanya disewa oleh mereka yang gemar berparti dan berpersiaran pada waktu malam.
|
|
orang ramai dan pelancong (termasuk kami) berpusu-pusu menuju ke pinnir laut Avenue of Star untuk menyaksikan A Symphony of Light. |
|
Foto Google : A SYMPHONY OF LIGHTS (Minta maaf kerana guna foto google untuk dapatkan pancaran cahaya laser kerana camera cap ayam penulis tak dapat tangkap cahaya laser |
|
Skycrapper di Hong Kong Island |
|
minta maafnya foto blur |
|
Tower Clock dan bangunan berhampiran juga menerima dan memancar cahaya neon dan laser |
SAMBUNG LAWATAN KE HONG KONG PART 2
DI SINI