Saturday, 22 February 2014

LEGASI REFORMASI ANWAR IBRAHIM SIRI 2.0

ANWAR BIN IBRAHIM - 'THE GIFTED PERSON'

1. Datuk Seri Anwar bin Datuk Hj. Ibrahim diputerakan pada  10 Ogos 1947 hasil perkongsian hidup di antara pasangan Datuk  Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman dan Datin Hajah  Che Yan binti Hussein (arwah). Menurut sumber terdekat, beliau dilahirkan di Sungai Bakap seterusnya membesar di kampung beliau Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai. Beliau dibentuk sahsiah  dengan penuh kasih sayang bersama dengan adik beradik beliau.

Sebahagian dari famili DSAI dan sepupunya. Anwar berdiri di barisan belakang  sekali sebelah kanan memegang buku

Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) adalah anak ke-4 daripada lapan adik beradik. Abang-abang beliau bernama Rani (arwah), Idrus dan Mokhtar (arwah), manakala adik-adik beliau bernama Rosli, Raihan, Marzuki dan Khairul. Perkahwinan Datuk Hj. Ibrahim  dengan Puan Mariam iaitu isteri kedua,  beliau dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Farizun.

Pak Ibrahim bersama DSAI  ketika perbicaraan di mahkamah
2. DSAI mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Stowell Bukit Mertajam. Disebabkan beliau seorang pelajar yang pintar dan cemerlang, beliau sentiasa berada di dalam kelas A, sehinggalah ke darjah 5, beliau dimasukkan ke 'Special Malay Class' di High School Bukit Mertajam juga di dalam kelas A. Pada tahun 1962, beliau telah berpeluang  melanjutkan pelajaran ke sekolah elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tamat Tingkatan 6 Atas (Peperiksaan HSC) pada tahun 1966. Beliau seterusnya ditawarkan tempat menyambung pengajian di Fakulti Sastera Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu.

Logo Sekolah Stowell Bukit Mertajam
HSBM turut melahirkan tokoh pemimpin di antaranya Tun Abdullah b. Ahmad Badawi

 Di antara bekas pelajar - Tan Sri Hishamuddin Tun Husein, Tan Sri Hassan Merican (x CEO Pet), Tan Sri Halim Saad, Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Hatta Ramli- PAS


Pelajar MCKK Tahun 1965
kad matrik Anwar Ibrahim No. daftar pelajar UM 6782
3. Datuk Hj.  Ibrahim pernah bertugas sebagai HA di Hospital Sungai Bakap. Turut bertugas di situ ialah Encik Ghouse, iaitu ayah kepada Dr. Rahim Ghouse (mantan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang). Datuk Ibrahim seterusnya bertukar ke Hospital Bukit Mertajam dan tinggal di kuarters di belakang hospital. Datuk Ibrahim aktif di dalam UMNO. Beliau pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seberang Perai dan pernah menjadi calon Parti Perikatan bertanding di Parlimen Seberang Perai Tengah. Beliau menang dan ditawarkan jawatan sebagai Setiausaha Parlimen kepada  Menteri Kesihatan  Malaysia dari tahun 1954  sehingga tahun 1969 dalam Kabinet Tunku Abdul Rahman. Hajah Che Yan pula adalah suri rumah tetapi turut aktif dalam UMNO dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

DSAI dan bondanya Hajah Mak Yan ketika upacara kebumian Rani 

4. Anwar amat dikagumi oleh masyarakt di kampung Cherok Tok Kun kerana :-
  • Anak kampung yang cerdik dan pintar
  • Anak kampung yang pertama mendapat tempat belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
  • Anak kampung yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
  • Beliau banyak membantu anak-anak tempatan menerusi kelas tuisyen yang dianjurkan oleh beliau  di Sekolah Agama  Jalan Kolam Air setiap kali beliau pulang ke kampung semasa cuti penggal persekolahan MCKK. Untuk tujuan tersebut, DSAI bersama dengan belia-beliawanis tempatan menubuhkan  BETERA (Belia Teraju Negara)  iaitu yang ditubuh khas mengendali kelas tuisyen untuk pelajar Tingkatan 3. 
  • Beliau dianggap seorang budak yang baik, 'clean' dan 'warak'. Oleh itu beliau amat berhati-hati memilih kawan.
  • Beliau fasih berbahasa Inggeris. Ketika beliau menuntut di MCKK, semua urusan surat menyurat yang ditulis kepada ayahnya Pak Ibrahim, adalah dalam bahasa Inggeris. Begitulah sebaliknya. Sekiranya mana-mana pihak melakukan kesilapan dalam grammar atau vocabulary pihak tersebut ditegur secara hormat. Beliau gemar membaca karya William Shakespeare. Apabila beliau membuka sekolah menengah swasta Yayasan Anda Akademik di Kampung Baru Kuala Lumpur, beliau telah mengubal kurikulum  'English Usage' sebagai subjek yang wajib dipelajari di tingkatan 6. 
5. Hobi beliau adalah membaca.  Kadang-kadang beliau leka membaca di hujung padang ketika rakan sebayanya teruja bermain. Beliau memiliki kemahiran membaca dengan pantas. Hal tersebut diakui sendiri oleh rakan-rakan rapat dan warder penjara ketika beliau ditahan di bawah ISA di  Kem Tahanan Kemunting dulu. Beliau gemar bermain badminton dan ragbi ketika di MCKK.  Kadang-kadang turun mandi di kolam Pak Sab dekat Jalan Kolam Air bersama rakan-rakan. Makanan kegemaran beliau ialah cucur udang, pasembor dan mi dari kedai mi milik tokwan beliau iaitu Abdul Rahman. Dalam pergaulan seharian, beliau tidak pernah menggunakan perkataan 'kasar', 'maki-hamun' atau lucah ketika bertutur dengan rakan-rakan. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang dari masjid, beliau cepat-cepat balik ke rumah untuk bersiap ke masjid.

Kediaman Pak Ibrahim di Jalan Kilang Ubi  CTK - dikenali  sebgai 'rumah putih' oleh penduduk kampung. 

6. DSAI  mendapat didikan agama dari seorang guru kampung iaitu Ustaz Wan Mohamad. Ustaz Wan Mohamad telah memperkenalkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik.  Beliau telah mengumpul pelajar beliau, termasuklah DSAI mempraktik latihan syarahan. Setiap pelajar disediakan topik tertentu. Mereka dikehendaki bersyarah di hadapan khalayak ramai berkaitan Sejarah Islam dan sebagainya (macam program Astro Pencetus Ummah).  Pidato tersebut diadakan pada setiap malam Rabu di balai lintang Masjid Cherok Tok Kun. Adalah dipercayai, DSAI mengasah bakat  berpidato hasil dari asuhan guru agama tersebut. DSAI belajar mengaji Qur'an dari Pak Jang Leh dan Pak Su Saleh

Bangunan baharu Masjid Cherok Tok Kun dibina sejurus selepas DSAI memegang jawatan menteri 
7. Kepimpinan DSAI mula terserlah semasa beliau berada di MCKK. Di antara rakan-rakan beliau  ialah Yahaya bin Ahmad (Tan Sri- Pengerusi DRB-HICOM - arwah) dan Kamaruddin bin Jaafar (Dato' - PAS). DSAI telah dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Islam MCKK manakala Sanusi bin Junid  (Tan Sri) selaku Pengerusi. Pelajar MCKK ketika tersebut kebanyakan adalah dari anak golongan bangsawan, anak-anak orang ternama dan elit yang berorentasi barat. Oleh yang sedemikian, fikrah kebanyakan pelajar di situ berfahaman Islam secara 'kulit' sahaja. Dari situlah DSAI telah berusaha melakukan  penjenamaan semula Persatuan Pelajar Islam ke Badan Revolusi Agama dengan menerbitkan Majalah Revolusi Islam di MCKK. Presiden Badan Revolusi  Islam  tersebut ialah Sanusi bin Junid (Tan Sri).

DSAI pelajar yang aktif, cemerlang  dan pintar di MCKK - pernah di lantik sebagai Ketua Pengawas MCKK


8. Sepanjang lima tahun di MCKK, DSAI bersama rakan-rakan sefikrah dengan beliau telah menganggotai satu organisasi pelajar yang diberi nama MARAMUJANGAN (Mara Mundur Jangan) di mana Sanusi bin Junid menjadi pengerusinya (Sanusi bin Junid juga adalah  pemberi idea penubuhan SHAMELIN @ Syarikat Melayu Insaf dan GORPIS @ goreng pisang). MARAMUJANGAN ditubuhkan untuk membela anak bangsa yang mundur dan tercicir di dalam pelajaran. Setiap anggota MARAMUJANGAN dikehendaki mengendalikan kelas tuisyen dan motivasi kepada anak bangsa sepanjang cuti penggal persekolahan. Setiap anggota mesti menyediakan report aktiviti mereka yang akan dipantau oleh Sanusi bin Junid. Apabila Sanusi bin Junid tamat persekolahan di MCKK, beliau telah menulis surat kepada DSAI agar menerajui MARAMUJANGAN. Antara lain kandungan surat tersebut berbunyi "saya percaya saudara layak mengambil alih pertubuhan ini untuk melihat sepenuhnya perjuangan membantu anak Melayu".
DSAI pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu di MCKK.  Beliau juga seorang tokoh pemidato dan pernah mewakili MCKK dalam pertandingan pidato di antara sekolah-sekolah.

9. Penulis boleh buat satu kesimpulan - kemahiran beliau berpidato adalah gabungan dari  kecerdikan dan kepintaran yang tinggi serta bakat berpidato yang digilap ketika berguru dengan Ustaz Wan Mohammad. Sifat beliau ingin melihat anak bangsa maju di dalam akademik terbukti dari kesungguhan beliau menggalas badan MARAMUJANGAN dan BETERA. Oleh yang demikian, apabila beliau memegang ijazah BA (Hons) UM, beliau tidak berminat memasuki   sektor perkhidmatan awam, sebaliknya beliau memilih untuk membuka sebuah sekolah  menengah swasta (Yayasan Anda Akademik @ YAA) dan menjadi Pengarah serta  tenaga pengajar di YAA dengan gaji  permulaan RM100.00 sebulan.

10. Apabila  kita mengimbas kembali sejarah hidup dan perjuangan Anwar bin Ibrahim, kita bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Muhammad Nur Manuti (mantan Presiden ABIM)  "Anwar sebagai insan dianugerah Allah swt  kepada  rakyat negara ini" dan ungkapan Presiden PKR,  Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail  "Anwar adalah anugerah Allah swt  tidak ternilai untuk rakyat Malaysia".



Ikutilah kisah lebih menarik mengenai DSAI - jiwa remaja yang ingin memertabatkan bangsa Melayu dan agama Islam - 'WE'LL  NEVER  SURRENDER" 
Teruskan bacaan anda pada SIRI 3 DI SINI  atau balik ke SIRI  1 DI SINI
                             



Wednesday, 19 February 2014

LEGASI REFORMASI ANWAR IBRAHIM - SIRI 1.0








  • Nurazmina Ahmad likes this.
  • Muhammad Syafiq Abdul Latiff jika diberi kelapangan saya memohon jasa pak lang dapat kongsikan pengalaman selama mengenali mastermind P.R . Manusia hebat yg pemikiran beliau sentiasa diperlukan sejak berzaman. Adakah aura beliau adalah anugerah tuhan atau boleh diperolehi. Semoga dapat dijadikan ilmu dan panduan yg berharga kepada saya.

Itulah permintaan dari anak buah penulis, seorang usahawan muda penyokong tegar PR  yang begitu peka dengan perjuangan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim.

1. Adalah amat sukar untuk menulis isu-isu berkaitan dengan perjuangan  Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) kerana perjuangan tokoh itu semenjak  dilahirkan (10 Ogos 1947) sehinggalah kesaat ini amat berliku, penuh dengan ranjau dan duka, pahit manis dan diluar kerangka permahaman dan pemikiran manusia biasa macam kita. Hanya mereka yang benar-benar 'kompeten' layak dan boleh menulis kisah perjuangan DSAI. Kalau rajin 'search' kat 'lebai google', pembaca akan menemui banyak artikel dari blog, portal berita on-line, sesawang rasmi PKR dan youtube berkaitan DSAI. Untuk permakluman anda juga, foto dan imej DSAI adalah yang paling banyak boleh ditemui dalam' google image' berbanding dengan foto dan imej tokoh lain di Malaysia.

2. Penulis mula  mengenali DSAI ketika mendengar  kaset  pidato DSAI yang  berpidato  dalam satu perhimpunan mahasiswa IPTA di hadapan Federal House KL  berkaitan dengan isu-isu semasa negara sekitar Tahun 1974. Pada tahun 1975, penulis dapat bersua muka pertama kali dengan DSAI dalam satu   Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Surau  Kem Tahanan Perlindungan Kemunting, Taiping (KEMTA) ketika DSAI dan rakan-rakannya Ibrahim Ali, Dr Syed Husin Ali, Adi Sastria, Kamaruzaman Yaacob dan beberapa aktivis mahasiswa ditahan di bawah ISA ekoran dari Demontrasi Baling (3 Disember 1974). Orangnya bertubuh kecil, kurus, tetapi hensem. Senyumannya juga manis.

3. Pada penghujung tahun 1975, penulis telah disahkan mengidap demam denggi dan mendapat rawatan di Hospital  Daerah Taiping. Sepucuk surat yang telah diseludup keluar dari KEMTA khas ditujukan kepada penulis sebagai  tanda simpati dari DSAI  yang berbunyi:-
"tiada mana-mana  muslim yang benar-benar muslim  melainkan dia  telah diuji terlebih dahulu oleh Allah swt".
4.Semenjak dari situlah DSAI menjadi idola kepada penulis.  Tetapi pada  30 Mac 1982, DSAI membuat pengumuman yang mengejutkan iaitu menyertai UMNO.  Berita tersebut mengemparkan seluruh pelusuk tanah air. Penulis amat bersedih mendengar berita tersebut kerana idola penulis  tidak menyertai parti Pas sebagaimana yang diharapkan sebahagian besar penyokong parti tersebut.  Mulai saat tersebut, penulis mula merenggangkan diri dari mengikuti perkembangan politik DSAI. Pada Pilihanraya Umum Tahun 1986, penulis pernah  membantu Ustaz Mazani bin Abdullah calon Pas yang bertanding di DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh. 

5. DSAI kembali menjadi idola penulis apabila beliau dipecat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan keesokkan hari, 3 September Majlis Tertinggi UMNO pula memecatnya sebagai ahli UMNO.  Berikutnya DSAI telah ditangkap, dipukul, dihina, diaib, difitnah dan dituduh serta sabitkan dengan kesalahan rasuah yang tidak melibat satu sen pun wang negara. Semenjak dari tarikh tersebut, dunia menyaksikan tsunami politik di Malaysia, krisis perlembagaan, gerhananya institusi raja, terluluhnya institusi kehakiman, terhakisnya integriti SPRM dan SPR, tergelincirnya institusi perkhidmatan awam dan polis, berkecainya integrasi di antara kaum  tergelongsornya hala tuju media, kebanjiran pati dan merundumnya  ekonomi negara.  


6. Pada 27 Januari 2014  DSAI telah  mencetus satu momentum baharu dalam politik nasional. Momentum pada kali terakhir adalah siri 'Himpunan Rakyat Blackout 505" yang dianjurkan selepas PRU Ke-13 tahun lepas. Pada tarikh tersebut  PKR telah mengumum kerusi DUN Selangor N25 Kajang telah dikosongkan dan memungkin  DSAI akan menjadi calon PKR dalam PRK tersebut. Ibu Pejabat PKR juga membayang untuk menobatkan DSAI sebagai Menteri Besar Selangor mengganti Tan Sri Khalid bin Ibrahim iaitu satu strategi PR untuk mengekang asakan dari BN  menawan kembali Negeri Selangor dari tangan PR dan memajukan Negeri Selangor supaya menjadi negeri model,  membuktikan kemampuan  Kerajaan PR mentadbir  Putrajaya dalam PRU ke 14 nanti.

 Berita tersebut telah menggemparkan penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.  Tetapi penulis tidak merasakan berita tersebut sebagai sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sudah memahami legasi perjuangan DSAI. Mastermind PR yang bernama Anwar bin Ibrahim adalah "Anugerah Allah Kepada Rakyat  Malaysia".

7. Ikutilah siri seterusnya dimana penulis cuba mengulas 'DSAI - THE GIFTED PERSON' untuk dikongsi bersama dengan  anakanda Muhammad Syafiq dan rakan-rakan fb.

Teruskan bacaan anda pada  SIRI  2  DI SINI





Monday, 17 February 2014

HOMESTAY PANTAI SURI DI MUARA SUNGAI KELANTAN


1.  Pada   November Tahun 2013, penulis telah dipilih oleh Unit Perancang  Ekonomi Negeri Pulau Pinang, UPEN melawat Homestay Nelayan Pantai Suri di muara Sungai Kelantan dalam Jajahan Tumpat. Rombongan diketuai oleh En Hakmal Afendi - Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Tanah dan Daerah SPU.  Turut serta ialah beberapa orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah SPU dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti  (JKKK) yang terdiri daripada  JKKK Pasir Gebu, Pinang Tunggal, Lahar Yooi dan Kampung Selamat. Untuk sampai ke Homestay Pantai Suri, pengunjung dikehendaki parkir kenderaan di Jeti Kok Majid naik bot. Pelayaran kira-kira 40 minit. Jika berlepas dari dari Jeti Kuala Besar, cuma 15 minit.

2. Kami disambut dengan perarakan bunga manggar ke dewan, oleh orang kampung yang  di ketuai  oleh Puan Nor Fadhila Hanim. Peserta seterusnya diiring ke dewan untuk upacara penyerahan keluarga angkat. Di situ peserta dihiburkan dengan pertunjukan seni silat Melayu, demontarasi pembuatan kuih kapit dan kerabu nipah. Peserta dihidangkan dengan makanan masakan tersebut  disamping bihun dan minuman teh.

Info Ringkas :-
  • Kampung Pantai Suri adalah perkampungan nelayan di muara Sungai Kelantan
  • Terdapat kira-kira  70 buah rumah dengan penduduk sejumlah 435 orang
  • Jenis pengangkutan darat di situ cuma  motorsikal dan basikal sahaja.


life jacket adalah sumbangan KPKM
panorama hutan air masin dan air tawar disepanjang pelayaran

jeti baharu Kampung Pantai Suri

penulis bersama team bunga manggar

persembahan seni silat Melayu Kelantan

cukup menghiburkan

Demontrasi membuat kerabu nipah - sedap
Kueh kapitnya dikenali sebagai 'Love Letter'

En. Hakmal Afendi, En Hasmizal dan staf Pejabat Daerah  & Tanah SPU

Majlis Penyerahan Keluarga Angkat

Penghulu Alias dan staf Pejabat Daerah & Tanah SPU bersama  Mak Angkat

persembahan dikir barat. Penulis turut mengambil bahagian - sporting la.. 

rumah operator homestay KPBM  mesti pamir  logo ni.

mana satu keluarga angkat dan anak angkat - cuba teka

sarapan pagi : nasi dagang

bon voyage on your journey 

3. Pakej yang disediakan adalah seperti berikut :-
PAKEJ KUMPULAN
(RM 250.00/pax (setiap peserta) - minimum 40 pax
3 hari 2 malam - penginapan 2 orang sebilik
  • Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri dan balik  ke jeti
  • makan (2 x sarapan, 1 x makan tengahari, 2 x minum teh dan 2 x makan malam).
  • minuman selamat datang
  • pertunjukkan kebudayaan (dikir barat, tarian tradisional dan silat)
  • demontrasi masakan kerabu nipah dan kuih kapit
  • cenderahati dari pengendali homestay
  • PERCUMA 1 kotak makanan tengahari atau BBQ malam terakhir
  • PERCUMA caj untuk 2 orang peserta
PAKEJ SISWA
(RM 199.99/pax  - minimum 40pax)
3 hari 2 malam - penginapan 2 orang sebilik
  • Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri dan balik ke jeti
  • makan (2 x sarapan, 1 x makan tengahari, 2 x minum teh dan 2 x makan malam).
  • minumn selamat datang
  • pertunjukkan kebudayaan (dikir barat, tarian tradisional dan silat)
  • demontrasi masakan kerabu nipah dan kuih kapit
  • cenderahati dari pengendali homestay
  • PERCUMA 1 kotak makanan tengahari atau BBQ malam terakhir
  • PERCUMA caj untuk 2 orang peserta
PAKEJ KELUARGA
(RM 199.99/pax  - minimum 40 pax
3 hari 2 malam - penginapan 2 orang sebilik
  • Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri dan balik  ke jeti
  • makan (2 x sarapan, 1 x makan tengahari, 2 x minum teh dan 2 x makan malam).
  • minuman selamat datang
  • pertunjukkan kebudayaan (dikir barat, tarian tradisional dan silat)
  • demontrasi masakan kerabu nipah dan kuih kapit
  • demontrasi beruk panjat pokok kelapa dan petik buah kelapa
  • minum air kelapa segar
  • pertunjukan kraftangan
  • permainan tradisional eg. congkak
  • jerat ketam dan memancing ikan
  • cenderahati dari pengendali homestay
  • PERCUMA 1 kotak makanan tengahari atau BBQ malam terakhir
  • PERCUMA caj untuk 2 orang peserta
PAKEJ EKONOMI
RM99.99/pax
(minimum 6 pax)
Tambang bot dari jeti ke Pantai Suri  dan balik ke jeti
  • makan (1 x sarapan, 1 x makan tengahari).
  • minumn selamat datang
  • demontrasi beruk panjat pokok kelapa dan petik buah kelapa
  • cenderahati dari pengendali homestay
4. MANFAAT PROJEK HOMESTAY KEPADA PENGUSAHA DI PANTAI SURI KELANTAN
  • Boleh meningkatkan taraf hidup operator. Hampir kesemua operator adalah nelayan. Pengedalian homestay secara tidak sepenuh masa boleh memberikan pendapatan tambahan kepada operator. Misalnya, program Homestay Pantai Suri yang penulis hadir dan menginap di situ telah memberi pendapatan kepada seorang operator sebanyak RM 150 bagi seorang peserta atau RM 600 bagi empat peserta bagi penginapan satu malam.
  • Homestay Pantai Suri dikenali di seluruh dunia kerana promosi yang diberi oleh Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  • Kemudahan asas di kawasan tersebut turut dinaik taraf. Misalnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah membina jeti baharu, naik taraf laluan pejalan kaki, bekalan air bersih dan bekalan elektrik.
  • Penduduk kawasan tersebut terdedah kepada permodenan. Sesetengah operator memiliki  tv LCD  berskrin lebar 43" dan melanggan ASTRO BEYOND.
  • Penduduk dapat memahami adat dan budaya pelawat, misalnya pelawat dari negera Jepun, Taiwan, Korea, Singapura dan Eropah.
  • Memajukan industri makanan dan kraftangan tempatan
  • Bantuan berupa jaket keselamatan untuk penumpang boat, pembinaan dewan serbaguna, pintu gerbang dan kostume untuk persembahan dikir barat. 
  • Memperiratkan hubungan silatur rahim sesama penduduk kerana penglibatan secara beramai-ramai bagi menjayakan program tersebut.
  • Peruntukan dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebanyak RM 5000 untuk naik taraf bilik air bagi kemudahan pelawat di rumah operator.













Saturday, 15 February 2014

MENJEBAK & MEMERHATI BURUNG DI LAHAR YOOI


1. Penulis bukanlah gemar memelihara, apatah lagi  menjebak, menangkap dan mengurung burung. Kesihan makhluk  Allah tu. Unggas   pun nak hidup bebas macam makhluk lain juga. Apabila penulis keluar berjoging pada setiap pagi, berbagai gelagat dan aktiviti harian  manusia yang penulis temui untuk dikongsi bersama pembaca.

2. Kegiatan menjebak burung sejak kebelakangan ini semakin popular di kampung Lahar Yooi. Menurut penjebak, masuknya bulan Februari sehingga September, kegiatan menjebak burung adalah aktif. Pada bulan-bulan  tersebut burung-burung hutan (liar) akan keluar mencari makan dengan aman. Sebaliknya dari bulan-bulan Oktober sehingga Januari, keadaan cuaca sejuk di negara China, Jepun, dan Mongolia, menyebabkan berbagai  unggas migrasi  terbang dibantu pergerakan angin monsun Timur Laut menuju ke kawasan tropika  dan khatulistiwa yang panas. Untuk makluman, Malaysia, Indonesia dan  Thailand terletak di laluan East Asian-Australian Flyway bagi burung migrasi yang datang dari Hemisfera Utara  (Siberia, Mongolia, China dan Jepun) ke Hemisfera Selatan iaitu Australia dan New Zealand.  Di antara unggas migrasi yang membuat habitat baru pada waktu tersebut di Malaysia termasuklah sejenis helang yang dikenali burung sewah.  Burung sewah menjadi musuh kepada burung merbok, terkukur, merbah dan berbagai burung tempatan lain  kerana burung sewah adalah sejenis pemangsa.

helang sewah
 3 Menjebak burung di kampung Lahar Yooi dilakukan oleh penduduk tempatan. Kadang-kadang  terdapat juga orang dari luar.  Kawasan tumpuan adalah sekitar tanah lapang  di hujung kampung dan kebun/estet kelapa sawit Malakof. Kawasan tersebut menjadi tumpuan burung kerana lokasinya berhampiran Sungai Kereh, sawah padi dan terdapat juga pokok buah-buahan,  dan belukar. Di antara burung yang dijebak di situ termasulah merbok, merbah, terkukur, murai dan wak-wak.
Pak Wahi seorang penjebak burung di Lahar Yooi


kebun sawit dan kawasan lapang di hujung kampung  merupakan tempat popular  menjebak burung
tumbuhan berbuah seperti tembikai mini yang tumbuh melata di kawasan lapang

pokok betik liar
buah-buah liar yang warna terang yang menarik kehadiran burung
4. Di antara kaedah  menjebak burung yang dilakukan di situ adalah dari jenis tradisional. Prosedur menjebak burung tertutama burung merbok/tekukur  adalah seperti berikut :-

  • Seekor merbok/tekukur  umpan atau dikenali sebagai 'denak' atau 'pikat' disediakan. Biasanya denak adalah seekor merbok/tekukur jantan yang sudah matang, berusia dua tahun.  Denak sebaiknya terdiri dari jenis yang 'garang' dan mampu mengeluar suara memanggil burung liar.

denak/pemikat yang telah matang dan galak dikeluarkan dari cetok

  • Sebagai permakluman, sesetengah  haiwan mempunyai sifat memiliki wilayah sendiri.  Merbok/tekukur jantan akan bertarung dengan merbok/terkukur jantan lain untuk menentukan yang mana lebih 'handal'. Yang menang akan menguasai wilayah tersebut yang kebiasaanya ada sumber air dan burung merbok/tekukur betina. Manakala yang tewas akan terbang mencari wilayah baru.
  • Kaedah menjebak burung adalah dengan memerangkap burung merbok/tekukur liar dengan bekas yang diletakkan denak di dalamnya. Bekas tersebut ditutup dengan daun, kecuali di bahagian hadapan. Denak akan memanggil merbok/terkukur liar datang dengan niat berlaga atau mengadu kekuatan. Apabila merbok/tekukur liar singgah atau pijak, satu jaring akan membidas dan memerangkap burung merbok/terkukur liar tersebut. 

Jebak untuk tekukur jantan dipasang di atas tanah


Jebak yang dipasang di atas dahan pokok


  • Kaedah racik pula biasanya digunakan untuk menjerat tekukur. Racik merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh pemikat dikebanyakkan negara di Asia Tenggara untuk menangkap terkukur jantan. Terdapat dua jenis racik iaitu  racik biasa dan rasik taji. Kedua-dua racik tersebut dibezakan berdasarkan cara sambungan antara tangsi dan perambut. Mata racik sebesar siling 50 sen berjumlah dari 11, 17, 19, 21 dan sebagainya. Racik adalah jerat kaki yang dipasang berdekatan dengan denak/pikat. Kaki burung tekukur liar akan tersangkut pada gelang racik ketika burung tekukur liar hendak berlaga dengan denak.


racik yang dipasang sebagai jerat kaki tekukur liar.
5.  Selain dari kegiatan menjebak burung,  kedapatan peminat-peminat burung datang dari seluruh pelusuk tanah air  ke situ untuk memerhati dan merakam  foto burung-burung migrasi yang terdapat di Hutan Pelajaran  Air Itam Dalam, iaitu kira-kira 1.7 km dari rumah penulis di Kampung  Lahar Yooi.

Sungai Kereh yang mengalir dan membentuk lanskap paya nipah di Taman Pelajaran Air Itam Dalam
pelantar pejalan kaki bagi memudahkan pemerhati burung melakukan aktivit pengambaran foto berbagai spesis burung di situ

Seorang peminat burung dari  Georgetown sedang leka merakam pergerakan burung

6. Di antara burung yang menjadi tarikan pemerhati burung di situ ialah Burung Yellow rumped  Catherfly juga dikenali Korea Flycather. Burung itu berasal dari Negara Korea, Selatan China dan bahagian Barat Jepun. Pada musim sejuk (Oktober - Januari) burung itu akan berhijrah ke kawasan panas termasuklah Malaysia. Burungnya bersaiz/berbadan kecil, tetapi mampu terbang jarak jauh. Peminat burung tersebut tak perlu pergi ke Korea, Jepun atau China untuk memerhati dan merakam burung tersebut. Mai lah ke kampung Lahar Yooi untuk menyaksi secara 'live' burung tersebut pada bulan-bulan tesebut. Jangan lupa bawa kamera DSLR dengan lensa telefotonya sekali. Untuk penginapan, Homestay Kamar Ana paling popular dan murah disediakan untuk anda.

perhatikan pada hujung kayu yang terletak melintang di atas tiang, dihujung kayu itulah burung Yellow rumped Catcherfly sedang bertenggek. (berwarna kuning)

inilah burung Yellow rumped Catcherfly


umpan berupa ulat

Hutan Pelajaran Air Itam Dalam berhampiran kampung Lahar Yooi
7. Walaupun ruang angkasa Lahar Yooi  boleh ditemui burung layang-layang yang terbang meluncur di udara, namun burung walit juga kedapatan. Pemerhati amatur sukar untuk membezakan di antara burung layang-layang dan burung walit. Pemeliharaan burung walit untuk bisnes sarangnya  ada diusahakan di kawasan berhampiran sawah padi di Lahar Tambun, bersebelahan Kampung Lahar Yooi. Burung walit pulang ke 'rumah' pada waktu senja. Menurut catatan sejarah, burung walit dari negara China  telah berhijrah ke Grasik Indonesia pada tahun 1808. Burung walit yang pada peringkat awalnya menghuni di gua-guna telah mula mendiami di bangunan bangunan kosong yang mempunyai habitat yang sama. Di percayai para imigran dari Indonesia telah memperkenalkan industri ternak burung walit di Malaysia terutama di negeri Selangor, Perak, Kedah dan Perlis.

Rumah burung walit dekat Lahar Yooi.



8. Burung bangau sejenis burung migrasi juga banyak terdapat di kawasan sawah padi  dan di tebing sungai di kampung Lahar Yooi. Burung bangau ini dipercayai berasal dari Santuari Burung Kuala Gula Perak. Burung bangau ini terbang secara kawanan ke kawasan sawah padi dan sungai di Seberang Perai dan negeri Kedah pada sebelah pagi dan kembali ke Kuala Gula pada sebelah petang. 

burung bangau

9. Pada sebelah malam, penduduk Kampung Lahar Yooi boleh mendengar bunyi suara burung hantu yang mendayu-dayu. Sesetengah burung hantu dipelihara oleh petani untuk menangkap tikus di sawah padi atau di kebun kelapa sawit.

rumah burung hantu di sawah padi di Padang Ton Soon,  Lahar Yooi