Itulah permintaan dari anak buah penulis, seorang usahawan muda penyokong tegar PR yang begitu peka dengan perjuangan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim.
1. Adalah amat sukar untuk menulis isu-isu berkaitan dengan perjuangan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) kerana perjuangan tokoh itu semenjak dilahirkan (10 Ogos 1947) sehinggalah kesaat ini amat berliku, penuh dengan ranjau dan duka, pahit manis dan diluar kerangka permahaman dan pemikiran manusia biasa macam kita. Hanya mereka yang benar-benar 'kompeten' layak dan boleh menulis kisah perjuangan DSAI. Kalau rajin 'search' kat 'lebai google', pembaca akan menemui banyak artikel dari blog, portal berita on-line, sesawang rasmi PKR dan youtube berkaitan DSAI. Untuk permakluman anda juga, foto dan imej DSAI adalah yang paling banyak boleh ditemui dalam' google image' berbanding dengan foto dan imej tokoh lain di Malaysia.
2. Penulis mula mengenali DSAI ketika mendengar kaset pidato DSAI yang berpidato dalam satu perhimpunan mahasiswa IPTA di hadapan Federal House KL berkaitan dengan isu-isu semasa negara sekitar Tahun 1974. Pada tahun 1975, penulis dapat bersua muka pertama kali dengan DSAI dalam satu Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Surau Kem Tahanan Perlindungan Kemunting, Taiping (KEMTA) ketika DSAI dan rakan-rakannya Ibrahim Ali, Dr Syed Husin Ali, Adi Sastria, Kamaruzaman Yaacob dan beberapa aktivis mahasiswa ditahan di bawah ISA ekoran dari Demontrasi Baling (3 Disember 1974). Orangnya bertubuh kecil, kurus, tetapi hensem. Senyumannya juga manis.
3. Pada penghujung tahun 1975, penulis telah disahkan mengidap demam denggi dan mendapat rawatan di Hospital Daerah Taiping. Sepucuk surat yang telah diseludup keluar dari KEMTA khas ditujukan kepada penulis sebagai tanda simpati dari DSAI yang berbunyi:-
"tiada mana-mana muslim yang benar-benar muslim melainkan dia telah diuji terlebih dahulu oleh Allah swt".
4.Semenjak dari situlah DSAI menjadi idola kepada penulis. Tetapi pada 30 Mac 1982, DSAI membuat pengumuman yang mengejutkan iaitu menyertai UMNO. Berita tersebut mengemparkan seluruh pelusuk tanah air. Penulis amat bersedih mendengar berita tersebut kerana idola penulis tidak menyertai parti Pas sebagaimana yang diharapkan sebahagian besar penyokong parti tersebut. Mulai saat tersebut, penulis mula merenggangkan diri dari mengikuti perkembangan politik DSAI. Pada Pilihanraya Umum Tahun 1986, penulis pernah membantu Ustaz Mazani bin Abdullah calon Pas yang bertanding di DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh.
5. DSAI kembali menjadi idola penulis apabila beliau dipecat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan keesokkan hari, 3 September Majlis Tertinggi UMNO pula memecatnya sebagai ahli UMNO. Berikutnya DSAI telah ditangkap, dipukul, dihina, diaib, difitnah dan dituduh serta sabitkan dengan kesalahan rasuah yang tidak melibat satu sen pun wang negara. Semenjak dari tarikh tersebut, dunia menyaksikan tsunami politik di Malaysia, krisis perlembagaan, gerhananya institusi raja, terluluhnya institusi kehakiman, terhakisnya integriti SPRM dan SPR, tergelincirnya institusi perkhidmatan awam dan polis, berkecainya integrasi di antara kaum tergelongsornya hala tuju media, kebanjiran pati dan merundumnya ekonomi negara.
6. Pada 27 Januari 2014 DSAI telah mencetus satu momentum baharu dalam politik nasional. Momentum pada kali terakhir adalah siri 'Himpunan Rakyat Blackout 505" yang dianjurkan selepas PRU Ke-13 tahun lepas. Pada tarikh tersebut PKR telah mengumum kerusi DUN Selangor N25 Kajang telah dikosongkan dan memungkin DSAI akan menjadi calon PKR dalam PRK tersebut. Ibu Pejabat PKR juga membayang untuk menobatkan DSAI sebagai Menteri Besar Selangor mengganti Tan Sri Khalid bin Ibrahim iaitu satu strategi PR untuk mengekang asakan dari BN menawan kembali Negeri Selangor dari tangan PR dan memajukan Negeri Selangor supaya menjadi negeri model, membuktikan kemampuan Kerajaan PR mentadbir Putrajaya dalam PRU ke 14 nanti.
Berita tersebut telah menggemparkan penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Tetapi penulis tidak merasakan berita tersebut sebagai sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sudah memahami legasi perjuangan DSAI. Mastermind PR yang bernama Anwar bin Ibrahim adalah "Anugerah Allah Kepada Rakyat Malaysia".
Berita tersebut telah menggemparkan penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Tetapi penulis tidak merasakan berita tersebut sebagai sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sudah memahami legasi perjuangan DSAI. Mastermind PR yang bernama Anwar bin Ibrahim adalah "Anugerah Allah Kepada Rakyat Malaysia".
7. Ikutilah siri seterusnya dimana penulis cuba mengulas 'DSAI - THE GIFTED PERSON' untuk dikongsi bersama dengan anakanda Muhammad Syafiq dan rakan-rakan fb.
Teruskan bacaan anda pada SIRI 2 DI SINI
Teruskan bacaan anda pada SIRI 2 DI SINI

