Friday, 12 September 2014

KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS siri 8.0 ; MAQAM "TEMAN ALLAH YANG SETIA"


MAQAM NABI IBRAHIM a.s, NABI ISHAK a.s. & NABI YAAKUB a.s SERTA ISTERI-ISTERI

[BACA SIRI  9.0 DI  SINI]

1. Selesai  ziarah makam Nabi Daud a.s di Bukit Zion, rombongan kami menuju ke Hebron yang terletak di bahagian Tebing Barat dan lebih kurang 30 km menghala ke selatan Kota  Baitul Maqdis.  Di situlah  terletaknya  maqam tiga orang anbiya' berserta isteri mareka iaitu Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakub a.s. Sepanjang perjalanan (kira-kira satu jam)  'tour guide' kami Mr.  Kassim tidak henti-henti memberi taklimat mengenai sirah (riwayat) hidup ketiga-tiga rasul tersebut. Kami juga dipaparkan gambaran  masyarakat Palestin pasca Perang Arab-Israel dan sejarah ringkas Bandar Hebron. Ustaz Abdullah Khairi selaku penterjemah, membuat pencerahan dengan baik,  tetapi kelakar. Malang sekali, ramai jemaah kami terlelap pada sepanjang perjalanan itu kecuali penulis yang mengambil tempat duduk di sebelah driver bas tidak melepas peluang merakam detik-detik penting pada lensa kamera.  Pada sepanjang perjalanan, pemandangan   kiri dan kanan jalanraya amat menarik.  Kami dapat menyaksikan beberapa binaan tembok pemisah yang dibina oleh regim Yahudi, memisahkan kawasan penempatan Yahudi dan  Arab Palestin, seolah-olah penempatan orang Arab Palestin berada di kawasan penjara terbuka. Sedih, tetapi geram memikirkan perbuatan puak yahudi yang tak berperi kemanusian dan berhati perut. Terdapat juga beberapa  ladang anggur yang berselang seli dengan kawasan petempatan. Kita juga boleh lihat pokok-pokok gharqad  (baca pada siri 9.0 berkaitan penanaman pokok gharqad di negara Israel)  yang ditanam atau tumbuh di situ.



penempatan Yahudi serba moden, mewah dan tersusun di atas tanah Arab Palestin yang dirampas oleh mereka


terdapat banyak menara kawalan Isreal dan tembok pemisah

sebahagian dari petempatan penduduk Arab Palestin yang sesak dan serba kekurangan


ladang anngur di sepanjang jalan. Rugilah kami berkunjungan luar musim tidak dapat melihat gugusan anggur yang terjuntai turun.



pemandangan kiri kanan jalan menuju ke Hebron



2. Hebron merupakan bandar terbesar di Tebing Barat dengan kepadatan penduduk lebih kurang 167,000 orang Palestin dan sekitar 600 orang 'pati'  Yahudi malaoun. Bandar Hebron merupakan bandar suci kedua bagi orang Yahudi selepas Baitul Maqdis dan merupakan bandar suci keempat buat orang Islam selepas Mekah, Madinah dan al-Aqsa. Di situlah terdirinya  Masjid Ibrahim atau   Masjid Khalil ar- Rahman (bermaksud  "teman Allah yang setia", iaitu merujuk kepada   pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak baginda  atas perintah Allah s.w.t sehingga digantikan degan seekor qibas). Nabi Ibrahim a.s adalah bapa dari para nabi dan titik pertemuan agama-agama samawi. Nabi Ibrahim a.s adalah seorang rasul yang sangat penting dalam agama Islam. Kitab Al-quran ada menyebut nama Nabi Ibrahim lebih dari  60 kali. Nabi Ibrahim a.s. juga dianggap nabi yang penting dalam agama Yahudi dan Kristian.

inilah Masjid Khalil ar-Rahman @ Masjid Ibrahim (foto google)

3. Masjid Khalil ar Rahman terletak di atas sebuah bukit kecil. Dibawah bukit tersebut terdapat sebuah gua yang menempatkan kubur para rasul beserta isteri mereka.  Kami terpaksa berjalan kaki mendaki cerun disebabkan bas tidak dibenarkan masuk ke kawasan  tersebut. Walaupun Hebron terletak di bawah kawalan Palestin, namun, kawasan tersebut di kawal ketat oleh tentera dan polis Israel kerana   di anggap 'zon panas. Untuk masuk ke Masjid Khalil ar Rahman pengunjung mesti melalui  dua check-point dengan  alat pengimbas logam seperti di sempadan dan dilengkapi cctv. Kami terlebih dahulu berkumpul di kaki bukit sebelum menaiki beberapa anak tangga yang agak tinggi untuk masuk ke masjid. Kelihatan deretan kedai milik penduduk Palestin yang telah ditutup seolah-olah wujud 'pekan berhantu di situ. Hanya terdapat beberapa buah pintu kedai sahaja yang dibuka untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan dan pengunjung. Kami di nasihatkan oleh Mr. Kassim supaya berhati-hati dengan kanak-kanak Palestin yang berkeliaran di situ kerana mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang bagi membeli barang keperluan harian keluarga mereka. Penulis difahamkan sebahagian besar kedai-kedai di situ dikosongkan semenjak tahun 1994 kerana aktiviti penduduk di situ terhenti. Tentera Israel telah  menutup jalan keluar dan masuk ke bandar Hebron dan sekatan ketat dikenakan.  Yang peliknya  undang-undang zalim tersebut  dikenakan ke atas penduduk Palestin sahaja, sebaliknya  orang Yahudi  'pati' seramai 600 orang bebas bergerak ke sana-ke mari. Hal tersebut ada kaitan dengan peristiwa ganas seorang yahudi pelampau bernama Barach Goldstein  yang telah melepaskan tembakan  membuta tuli ke arah para jemaah yang sedang mendirikan solat subuh pada  hari Jumaat 15 Ramadhan 1414H bersamaan 25hb Febuari 1994. Seramai 60 orang telah gugur syahid dan 300 yang lain mendapat kecederaan.

kelihatan bendera Israel berkibar di bumbung masjid




foto panorama menunjukkn pergerakan kami (pada pertengahan jalan) dari bas ke masjid - jauh ya...!



jalan menuju ke petempatan orang Arab Palestin yang dipasang  pintu sekatan macam pintu  masuk ke dalam stadium 



kelihatan polis Yahudi mengawal laluan ke Masjid Ibrahim. Pegerakan pelawat sentiasa diperhatikan.


tangga menuju ke bahagian atas masjid (foto Pn Yani)



pintu masuk ke dalam masjid


 4. Makam (kubur) Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s  dan Nabi Yaakub a.s bersama sama dengan isteri mereka  dimakamkam di sebuah gua yang disebut dengan Gua Para Leluhur (Machpelah, Makfilah). Di atas gua itu  didirikan sebuah tempat yang menyerupai masjid dan disebut dengan nama Masjid Khalil ar- Rahman atau Majid Ibrahim  oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. Semasa pemerintahan Salahuddin al Ayubi, beliau telah memperelokkan pada bahagian sebelah dalam masjid dengan ukiran-ukiran senibina Parsi pada bahagian siling dan dinding masjid.

ukiran pada bahagian dinding dan siling masjid






inilah 'maqam' Nabi Ibrahim' yang disekat kepada dua bahagian. inilah bahagian orang Islam, manakala sebelah sana bahagian orang Yahudi. Orang Islam dilarang ziarah di bahagian satu lagi, tetapi Yahudi boleh ziarah di bahagian Islam
Maqam Saidina Sarah r.a zaujah Nabi Ibrahim a.s.


inilah 'kubur' Nabi Ibrahim a.s yang cuma boleh dilihat dari lantai Masjid  Ibrahim  menerusi celah/lubang  di mana ada cahaya lampu yang menerangi kubur tersebut.
di sinilah lokasi lubang-lubang  yang menembusi lantai masjid yang menampakkan kubur para ambiya tersebut.

5. Kini binaan asal bangunan masjid dikekalkan sehinggalah berlaku peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam oleh seorang yahudi gila pada  23/02/1994. Akibat dai peistiwa tesebut, Yahudi telah menutup Masjid Ibrahim dan memagar maqam Nabi Yaakub a.s dan isterinya seta mengistiharkan maqam Nabi Yakub a.s. da  isterinya untuk orang Yahudi sahaja. Bagaimana pun maqam itu hanya dibuka untuk orang Islam sepuuh hari sahaja dalam setahun iaitu Awal Muharram, hari Raya Aidil Fitri dan Aidi Adha dan hari-hari Tasriq dan empat kali hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Pembahagian telah dilakukan oleh tentera Yahudi terhadap masjid tersebut di mana  umat Islam diberikan ruang hadapan  termasuk bahagian yang menempatkan maqam Nabi Ishak a.s. dan isteri baginda Siti Rafiqah r.a , dan sebahagian daripada Maqam Nabi Ibrahim a.s dan isteri pertama baginda iaitu Siti Sarah r.a yang berada di dalam masjid. Manakala maqam Nabi Yaakub a.s dan isteri baginda Laiyah a.s  berada di ruang ibadat Yahudi atau dipanggil synagogue. Amat malang bagi kami kerana  tidak dapat melihat maqam Nabi Yaakub a.s dan isteri baginda  Laiyah  r.a. kerana kami dilarang masuk ke situ.








inilah mimbar yang terdapat dalam masjid. Sumbangan dari panglima hebat Salahuddin al-Ayubi. Negara asal  pembuatan dan bahan binaan serta saiz sama seperti spesifikasi mimbar yang terdapat dalam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis



Setiap maqam nabi nabi tersebut terdapat  bentuk yang berbeza diantara maqam lelaki dan maqam perempuan. Maqam lelaki berbentuk segi lapan - octogal  dan maqam perempuan berbentuk segi enam
Mr. Kassim, Ust. Abdullah khairi, Hj. Haroon (ayah Ust. Abdulah) dan Sdr Zamri (ipar Ust. Abdullah khari - mendapat jodoh dng adik Ustaz ketika ikuti rombongan kami.  Penulis pula dpt menantu ketika bersama  jemaah kami yg lain di Mekah).
6. Pembaca boleh memahami  riwayat hidup atau sirah   para nabi dan rasul di atas jika rajin search melalui google



MAQAM NABI YUNUS  a.s

1. Kira-kira dua jam kami berada di Masjid Ibrahim, kami bergerak menuju ke maqam Nabi Yunus, di Lembah Halhul, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dari Hebron. Pada pertengahan jalan  kami singgah sebentar di sebuah kedai penjual barang kaca. Orang Arab Palestin mempunyai kemahiran meniup,  membentuk dan mengukir kaca menjadi kraftangan yang cantik dan berkualiti. Bagaimanapun, kami cuma tengok-tengok saja kerana harga barangan agak mahal. Kadar tukaran mata wang dollar USD atau dollar Jordan dan sheqel Israel tinggi berbanding ringgit.


di antara barangan kaca dan seramaik yang dihasilkan oleh orang Arab Palestin


hampir semua signboard ditulis dalam tulisan hebrew, arab dan Inggeris




pintu utama ke Masjid  Nabi Yunus yang menempatkan Maqam Nabi Yunus a.s
2 Bas kami berhenti dan parkir tepat di hadapan pintu pagar Masjid Nabi Yunus a.s.  Ketika tersebut azan solat Zohor sedang berkumandang. Penulis dapati beberapa kumpulan pelajar lelaki dan perempuan Palestin sedang berdiri di hadapan Masjid kemungkinan menunggu kenderaan atau ibu bapa untuk membawa mereka pulang ke rumah. Penulis mendekati mereka. Ternyata mereka begitu mudah mesra dan teruja apabila dimaklumkan kami dari Malaysia. Penulis sempat bertanya khabar dengan sekumpulan pelajar wanita dan pria dan sempat bertukar akaun facebook dengan mereka.....! Penulis kemudiaan berjalan ke bahagian belakang masjid untuk mengambil wuzuk, tetapi penulis nampak sekumpulan pelajar sekolah rendah yang terdapat di situ sedang membuat satu persembahan dan cukup menarik. Penulis sempat merakam video nyanyian pelajar tersebut. Dari perbualan ringkas dengan guru yang terdapat di situ, mereka sedang berlatih untuk satu persembahan sekolah pada minggu hadapan.


pelajar Palestin yang cun-cun. Yang berbaju merah tu telah menyatakan hasrat untuk belajar ke Malaysia (IIUM) beliau sedang mencari keluarga angkat kat Malaysia - anda minat ?

penulis bersama remaja/pelajar Palestin - amat mesra macam dah lama kenal.



pelajar sekolah rendah sedang membuat satu persembahan seperti koir.



inilah sekolah atau madrasah Jiil al- Amal yang terletak bersebelahan Masjid Nabi Yunus a.s


2. Kita kenali Nabi Yunus a.s  kerana semasa kita 'mengaji' zaman kanak-kanak dulu, di mana cikgu atau ustaz/ustazah sering kaitkan kisah baginda yang pernah ditelan oleh  Ikan Nun iaitu sejenis paus.



inilah Maqam Nabi Yunus a.s
Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT utnuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus  a.s seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus a.s mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus a.s mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan serta memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata-kata. Nabi Yunus a.s menyeru mereka supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

seusai solat zohor 
2.1. Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus a.s itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Setelah Nabi Yunus a.s melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka baginda pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka baginda turut serta belayar bersamanya. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus a.s dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Allah SWT mengarahkan seekor ikan nun (paus) supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus a.s  dan menyimpannya dalam perut. Ketika berada dalam perut ikan nun baginda berdoa  maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus a.s ke darat. Seterusnya baginda  kembali ke Niwana dan  terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya.  Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan iman mereka. 

3. Selepas selesai solat Zohor/Asar, kami diberi penerangan tentang maqam Nabi Yunus oleh pegawai/penjaga masjid. Jelas, mereka mengharapkan bantuan dari saudara muslim seluruh dunia membantu rakyat Palestin yang ditindas Yahudi. Rombongan kami seterusnya berangkat ke Baitullaham, ziarah tempat kelahiran Nabi Isa a.s dan balik semula ke Masjid Al-Aqsa untuk solat Maghrib/Isyak.


bersambung Siri 10
ritual agama samawi Nasrani @ tempat kelahiran  Nabi Isa a.s. di Baitullaham.
Baca  Siri  10 DI SINI













Tuesday, 9 September 2014

MENGAPA SAYA MENYOKONG "RENCANA KAJANG"



1.“Rencana Kajang” adalah sangat rumit untuk diringkaskan namun saya akan cuba membuat penerangan dan kalau baik menjadi pencerahan dan kalau tidak menambah keharuan. (Baca penulisan saya tentang pohonan maaf tidak menulis secara lebih lengkap).

2.Saya sedar dengan pelbagai risiko dikecam, paling tidaknya sebagai ‘apologist’ PKR. Demi misi perjuangan yang disepakati - ‘Menegakkan Kebenaran dan Keadilan serta Meruntuhkan Kebatilan serta Kemungkaran,’ saya teruskan.

3.Berbeza dengan naratif terperinci yang lebih detail yang belum boleh saya terbitkan atas sebab telah saya terangkan dalam penulisan sebelum ini, ringkasan ini hanya mampu menggariskan beberapa nokhtah penting.

4.“Rencana Kajang” (RK) adalah cetusan pemikiran sekumpulan ‘think-tankers’ bagi mendepani cabaran situasi yang kian menekan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Walau saya tidak sebahagian dari team itu dan rasa ‘terkilan’ tidak dilibatkan bersama ‘mencetuskannya’, saya cuba secara objektif menilainya kini.

5.Ada yang cuba menyifatkan dan membandingkannya dengan ‘precedent’ politik terdahulu seumpama dalam kes perletakkan jawatan seorang Menteri Umno-BN (Ahli Parlimen) untuk bertanding kerusi DUN bagi laluan untuk diangkat menjadi MB.

6.RK tentunya mempunyai perhitungan yang berbeza dan punya kelainan latarbelakang dan tidak perlu mengambil insiden terdahulu sebagai ‘precedent’.

7.Mungkin sebab ada yang membaca tindakan politik ini hanya dalam ruang-lingkup cakupan “Real Politik” sahaja, maka ada membuat rumusan bahawa ia salah kerana sebab menghabiskan wang rakyat dan merugikan rakyat. Penulis mahu berbeza pandangan.

8.Penulis mahu mengungkapkan RK sebagai satu ‘Forward Defence’ atau satu ‘Pre-Emptive Attack’ dalam bahasa strategi, apabila jelas bacaan politik seluruhnya (terdahulu, terkini dan mendatang) mengisyaratkan satu unjuran (prognosis) yang mengancam dan menggugah keutuhan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

9.Bagi penulis, kemuncak tujuan atau ‘Matlamat Strategik’ RK ialah: Satu pendekatan bagi mempastikan bukan sahaja negeri Selangor dapat ‘Menangkis Serangan’ seterunya bahkan akan terus dilonjakkan menjadi ‘Negeri Pelopor dalam Persekutun Malaysia“ atau “The Leading State of the Federation”.

10.Dari kedudukan Selangor sebagai ‘Iconic State’ atau ‘Negeri Ikon atau Negeri Contoh’, Pakatan terus mahu diberi ‘mandat rakyat’ mengurus Putrajaya sebagaimana Pakatan mentadbir Selangor.

11.Maka kecemerlangan Selangor akan menjadi hujjah dan bukti bahawa Pakatan bersedia untuk kini mengangkat negara pula supaya berada dalam “Liga Negara yang dihormati dan Maju”.

12.Penulis secara ilmiah mahu melihat ‘Rencana Kajang’ ini dari perspektif “Political Islam” dan ‘Siyasah Syar’iah’- (bukan sekadar langkah rencana ‘Real Politik’). Dalam bahasa ‘Fiqhus Siaysah’nya, ia adalah ‘bacaan politik menyeluruh’ (Al-Istikraq) yang lantas menuntut, antara lain, supaya diambil tindakan yang bersifat “Menutup pintu-pintu Kemudharatan” (Sadda Dzari’ah) yang terkadangkali membawa kepada risiko sebaliknya, yakni “ Membuka Pintu-Pintu Kemudharatan (Fathul Dzari’ah)”. Namun ia wajar diharungi bagi kemaslahatan yang lebih besar.

13.Penulis mengandaikan pembaca memahami serta mengikuti bagaimana seteru atau lawan politik telah pun dan terus akan menyerang negeri ini dengan pelbagai kaedah dan penjuru. Pertentangan agama atas isu Kalimah Allah semakin sengit dan api perkauman saja ditiupkan oleh unsur-unsur ekstremis dan pelampau.

14.Mereka tidak segan silu mengheret institusi Sultan meskipun pun semua warga tahu bahawa negara mengamalkan “Raja Berperlembagaan”. Isu-isu yang lain seperti isu migrasi air dan pentadbiran serta tata-kelola juga perlu ditangani secara berkesan supaya tidak dapat dibolosi anasir ‘subversion’. Penulis tidak mengunjur senario yang lebih buruk kerana akan dituduh mengambil mengambil pendeketan ‘Alarmist’ (Gempak) bagi menjustifikasi Rencana Kajang ini.

15.Dalam bahasa mudahnya, RK adalah strategi yang terpaksa diambil bagi sesuatu Kemaslahatan Perjuangan yang disepakati mampu menyampaikan kepada Matlamat Strategik di atas. Laluannya (Maslak) ialah Kajang yang sekaligus merupakan ‘Faktor Kritikal Kejayaan’ atau “Critical Success Factor” (CSF) dalam menjayakan rencana ini.

16.Apakah semudah itu? Tentunya tidak! Risikonya besar dan bukan kepalang. Dalam bahasa Pelaburan.. “Risiko Besar, Pulangan Besar” atau ‘High Risk High Return’. Tidak sukar menjangka bahawa seteru politik Pakatan akan merancang pelbagai ‘strategi’ bagi menggagalkan rencana ini.

17.Maka cakap-cakap tentang kerugian wang rakyat mesti diimbangi dengan ‘laba’ yang lebih lumayan seandainya RK berjaya dilaksanakan. Pulangannya pula melampaui hanya garis ‘kebendaan’ tetapi melepasi tuntutan terhadap ‘Quality of Life’ atau ‘Kualiti Kehidupan’ yang lebih baik dan bermaruah.

18.Seperkara tentang penjelasan isu. Benar perang ‘Khalid-Azmin’ sudah tidak boleh disorok lagi. Menjustifikasi “Rencana Kajang” sebagai kaedah penyelesaian adalah amat tidak wajar dan mungkin juga tidak tepat. PAS (dan DAP) akan pasti menolak kalau kesemua ini hanyalah untuk memenangkan satu-satu pihak.

19.Dengan kata lain juga PAS akan juga awal-awalnya menolak rencana ini, andainya itu sahaja Kepentingan (Maslahah) yang hendak dicapai atau itu sahaja kemudaratan yang hendak ditangkis kerana tidak setimpal dengan ‘risiko berat’ atau kemudaratnnya (Mafasid) yang bakal diterima bagi menjayakan rencana ini termasuk berlaku krisis pentadbiran.

20.Sebabnya jelas kerana ‘Qawaid Fiqhiyah’ menegaskan “Menolak Kemudaratan adalah lebih awla (penting) dari Mengambil Kepentingan”. Kemudaratan besar yang mahu ditolak adalah ‘Menolak dan ‘Menangkis Serangan’ dari seteru.

21.Namun perlu dipastikan tindakan ini tidak mencetuskan kemudharatan yang lebih besar yakni seumpama berlaku krisis kepimpinan di mana undang-undang tubuh negeri akan digantung. Kesemua itu mesti digarap dalam satu derap-langkah yag bersepadu.

22.Wajar juga diingatkan bahawa RK harus direalisasikan kerana Kemaslahatan yang hendak dicapai yakni di segi “Matlamat Strategik”, membina ‘Negeri Contoh’ dengan memperkukuhkan gandingan kepimpinan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim - akumen politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu mewajarkan dan mengharuskan Rencana Kajang ini digerakkan dengan membuka laluan mendepani risiko - “Fathul Dzari’ah. Jangan lupa akan kekuatan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

23.Inilah metodologi atau laluan (maslak) pemikiran “Al-Istishraaf Al-Istiqbaly” (Futuristic Thinking – Menerobos Realiti Kedepan) yang sangat dihajati oleh pemikir pemikir “Political Islam”. Ia berlawanan dengan realiti Gerakan Islam yang sentiasa terperangkap dalam jajaran bertindak secara Infi’ali atau “Reaksionari”.

24.Bertindak bagi membangunkan ‘dua kepentingan utama’ yang diijtihadkan oleh Syeikh Tahir bin Ashur yang menghuraikan karya agung ‘Al-Muwafaqat’ karangan Imam al-Shatibi yakni ‘Al-‘Adalah wa Al-Hurriyyah’atau ‘Keadilan dan Kebebasan’ adalah pendekatan "Maqasidiy" yang perlu dipelopori oleh Gerakan Islam Kontemporari. Pakatan Rakyat adalah pengalaman (tajribah) wadah PAS selaku Gerakan Islam dalam Tahaaluf Siyasi atau 'Politik Koalisi'.

25.Mengingatkan bahawa lima Kemestian Utama (Dhorruriyah Al-Khmsah) dalam Maqasid Syar’iyah yakni menjaga Agama, Aqal, Nyawa, Keturunan dan Harta-Benda kini ditambah dengan kepentingan Keadilan dan Kebebasan menjadikan Gerakan Islam lebih komprehensif dan menyeluruh lagi dalam persaingan global ini. Penulis mahukan ini sekaligus digarap dalam agenda RK.

26.Maka tindakan ‘Rencana Kajang’ mesti keluar dari paradigma persaingan ‘kepompong pemikiran lama’ yang mengheret Pakatan kepada ‘Politik Longkang dan Jelek’ (Gutter Politics). Penulis mahukan PAS/Pakatan Rakyat khasnya untuk membawa negara ke arah satu Politik Baru yang lebih ‘Bersih dan Adil’ supaya benar-benar dapat menjayakan ‘Agenda Islah’ (Penambahbaikan) serta mengangkat “Karamah Insaniyyah” (Kemuliaan Manusiawi) yang sebenarnya.

27.Meskipun tidak diminta dan mungkin juga tidak berapa diperkenan pelbagai pihak, namun inilah pandangan penulis yang menjadikan beliau sangat teruja dan sangat bersemangat dengan ‘Rencana Kajang’ ini. Kalau ada yang berpandangan penulis “apologist” kepada rencana PKR atau sesiapa pun, tuduhan itu sangat malang dan meleset.

28.Dalam erti dan maksud itu juga, Penulis dalam Forum”Kajang Move” di Empire Hotel, Subang Jaya, bersama panelis lain termasuk Pengarah Strategik PKR, YB Rafizi dan YB Tony Pua menegaskan bahawa ‘Rencana Kajang adalah Laluan Strategik Pakatan Rakyat Ke Putrajaya’!

29.Maka adalah sangat tepat bagi Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera parti bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk seri Anwar Ibrahim.





Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat



Thursday, 4 September 2014

SETAHUN BERLALU......




Assalamu Alaikum wm wbt. dan Salam Sejahtera.

1. Hari ini, 4 September 2014, genap SATU tahun 'usia' blog "Patah Sayap Terbang Jua" menemui pembaca budiman.  Berikut adalah beberapa informasi sebagai 'flash-back' di lontarkan kepada pembaca. Semoga pada penghujung penulisan ini pembaca boleh cadangkan apa yang perlu dilakukan untuk penambahbaikkan.

  • Pada siri pertama, penulis ada menyatakan tujuan penulisan blog 'Patah Sayap Terbang Jua' (PSTJ) lebih kepada catatan penulis untuk tatapan anak-anak, anak-anak saudara dan rakan-rakan  facebook yang mengenali penulis. Kepada anak-anak dan anak-anak saudara, diharapkan catatan  serba rengkas  dalam blog membantu memberi kefahaman berkaitan liku hidup penulis sebagai satu 'arkib alam maya' yang boleh mereka dan anak-anak generasi selepas mereka membaca dan membuat pertimbangan yang sejujurnya mengenai penulis.
  • Kisah-kisah yang ditulis lebih kepada interprasi peribahasa melayu klasik 'Patah Sayap Terbang Jua' iaitu "tidak ada sebab untuk seseorang berputus asas, atau akan berjuang walaupun patah sayap, akan tetap berusaha untuk terbang jua. Tidak ada istilah kekecewaan dalam hidup". Kisah-kisah yang terpapar seperti  "Aku & TNB, kisah budak bodoh bakal menjadi seorang doktor dalam 'Budak Bodoh Bakal Bergelar Doktor'  dan kisah perjalanan hidup saudara 'Alias' "Di mana Ada Jalan Di Situ Ada Kemahuan" adalah di antara kisah betapa perlunya ada sifat tidak berputus asa sebagai jati diri  dan terus berjuang untuk berjaya di dalam hidup dan kerjaya. Begitu juga kisah Haji Aziz yang tidak berputus asa walaupun keseluruhan bengkel motorsikal beliau  di Kampung Kerinchi musnah dijilat api dalam "Kebakaran Bengkel Motor Aziba". Manakala kisah 'Legasi Reformasi DSAI dan kisah  'Antara Ainun dan Azizah' ' lebih kepada sifat seorang pejuang dan ahli politik yang tidak berputus asa dalam perjuangan dan politik mereka. Kisah 'Kehadiran Asma Dalam Hidupku' pula memperihalkan sifat tidak berputus asa untuk mendapat rawatan dan penyembuhan penyakit. Manakala kisah 'Namun ku Punya Hati' dan kisah ketabahan rakan kita Norazlinda Sariman yang tidak berputus asa setelah diri atau anak kesayangan beliau ditimpa musibah. Begitu juga petikan dari khutbah khas 'Jom Kita Solat Sunat Istisqa' mengajak umat Islam tidak berputus asa berhadapan  bencana alam berupa kemarau yang berpanjangan. 
  • Sebolehnya penulis cuba menulis secara bersantai menghasilkan kisah yang pendek dan padat. Setakat 03/09/2014 sejumlah 75 entri telah dipubliskan dengan sebanyak  15,555 'visit' dan 284,669 'pages' telah di buka oleh pembaca - satu jumlah yang rendah berbanding dengan blog popular dalam kategori berita semasa, politik atau hiburan yang angkanya menjangkau jutaan visit atau pages. Sahabat kita Cikgu Dr. Hamedi Mohd. Adnan pernah mencadangkan supaya penulisan kisah politik kerana bilangan pembaca ramai.  Terima kasih Cikgu Hamedi di atas saranan tersebut. Tetapi penulis tidak berkeupayaan bab ini kerana penulis beranggapan pembaca lebih gemar melayari kisah politik yang bersifat gossip, sesuatu yang penulis cuba elakkan. 
  • Daripada 75 entri yang dipublish,  berada di tempat teratas adalah tajuk Kehadiran Asma Dalam Hidupku (760), diikuti  Aku dan TNB (564), Jom Pi Penang Menginap Di Homestay Kamar Ana (524), Menjebak dan Memerhati Burung di Lahar Yooi (453) dan tempat ke-5 adalah kisah Ancaman Bencana Kelibat El-Nino (453). Pelawat menggunakan pageview by browsers terdiri dari Chrome (24%), Firefox (14%), Internet. Exp (07%) dan Mobil Safari (34%). Pageview by operating system menggunakan Window (40%), Android (20%), iPhone (26%) dan lain-lain Lenovo, Macintosh, Linux, iPad dan Blackberry.  Sejumlah lima entri yang penulis copy-paste dari artikel yang telah disiarkan dalam fb dan dua entri adalah dari teks khutbah
  • Penulisan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu yang baik adalah menjadi idaman penulis. Namun, penulis akur, kurang berkemahiran dan cetek ilmu  penulisan setelah sekian lama meninggalkan  alam tersebut. Kerjaya sebagai kontraktor pada masa kini tidak membantu penulis menulis dengan baik. Kepada cikgu-cikgi dan pejuang bahasa, penulis memohon berbanyak kemaafan.
  • Seboleh-bolehnya kisah yang disiarkan adalah benar, jauh dari unsur-unsur syubahat dan menyimpang dari aqidah agama suci kita . Foto yang disiarkan sebolehnya memenuhi kehendak syariat. Penulis juga cuba menghormati hak privasi,  misalnya kisah  Encik Alias' di DBKL, kisah Encik Awaludin (Namun Ku Punya Hati) dan permintaan dari Jovanka Ebele (peserta Program AFS Antarabudaya) supaya penulis lebih berhati-hati  menyiarkan kisah beliau dan keluarga beliau. Kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Legasi DSAI) dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah adalah berdasarkan maklumat yang penulis perolehi dari  rakan-rakan dan sepupu beliau di Kampong Cherok Tok Kun. Lagi pun penulis telah mengenali dan mengikuti perjuangan Anwar  semenjak tahun 1975 iaitu ketika penulis berkesempatan bertentang mata pada kali pertama ketika solat sunat Hari Raya Aidil Fitri di Surau Tempat Tahanan Perlindungan Kemunting (KEMTA) bersama Anwar Ibrahim, Dr. Syed Husin Ali, Ibrahim Ali dan sebagainya yang ditahan di bawah ISA di kem tersebut.

Anwar bermula kerjaya sebagai guru sekolah swasta yang  agak dhaif



Foto Tahun 1976 Selepas Solat Sunat Aidil Fitri diperkarangan Surau KEMTA bersama Dr Syed Husin Ali.  Manakala Anwar ketika itu sibuk melayan ahli keluarga, rakan dan anggota kerja KEMTA
Dr Syed  - Orang Tahanan (OT) ISA



  • Terdapat juga nama Yayasan Anda Akademik (YAA) yang di tulis beberapa kali di atas sifat tanggung jawab penulis terhadap YAA yang telah membantu membiayai penulis ketika menuntut di Tingkatan 6 Atas di institusi pendidikan tersebut pada tahun 1975. Kronologi masa bersama YAA  adalah seperti berikut: Tahun 1975 penulis belajar di YAA Kampung Baru KL. Tahun 1976,  menjadi guru sementara di Akademi Anda Tapah, seterusnya ke UKM pada tahun 1976 - 1979 dan pada Tahun 1980-1988 penulis bersama Cikgu Dol Malik mengajar di Yayasan Masriyah Bukit Mertajam (sekolah menengah swasta 'kerjasama penuh' YAA). Pada tahun 1988 - 1999 penulis berhijrah semula ke KL mengajar di YAA Jalan Pantai Baru KL. Yayasan Anda Akademik amat istimewa kepada penulis. Kisah YAA bolehlah dibaca pada Legasi 'DSAI siri 9.0'. Dalam siri itu ada dinyatakan nama-nama tokoh  selain dari Anwar Ibrahim ialah  bekas guru/staf/pelajar YAA seperti  YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi,   Almarhun Ustaz Datuk Fadhil Noor, Datuk Dr. Siddiq Fadzil, Dr. Siti Zulaikah,   Tan Sri Muhammad bin Mohd. Taib,  Datuk  Fuad dan Datuk Jalaluddin bin Dato' Hj. Hassan, Datuk Dr.  Fuad Zakashi, Prof. Dr. Mohamad Redzuan Othman, Mama Juwie,  dan beberapa nama  selaku tokoh dan selebriti negara.
  • Penulis juga sering mengaitkan Kampong Lahar Yooi, Tasik Gelugor dalam beberapa keluaran lepas. Pada sekitar tahun 1960-an kampong Lahar Yooi kurang dikenali. Sebutan 'Lahar Yooi' juga agak kelakar bunyinya. Oleh itu tidak hairanlah Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menggunakan ungkapan 'Lahar Yooi, disamping 'Cherok Tok Kun' untuk mengambarkan sesuatu yang 'lucu'' atau untuk menarik perhatian pendengar supaya ketawa dengan celoteh beliau.  Penulis adalah 'orang luar' di Lahar Yooi kerana kami suami isteri berasal dari Kedah/Selangor. Tetapi  kami bertuah kerana penduduk tempatan dapat menerima kahadiran kami di situ. Penulis berusaha  menaikkan nama Lahar Yooi dipesada antarabangsa apabila Program Homestay Kampong Lahar Yooi Kementerian Pelancongan  yang penulis sedang usahakan menjadi kenyataan pada awal tahun 2015 kelak  (Baca dalam kisah "Jiranku di Dunia & di  Akhirat".
 Foto tahun 1984 rumah (dan tanah) yang penulis  beli di Lahar Yooi dengan harga RM38000. Kami berpindah dari KL ke  Lahar Yooi  setelah  'patah sayap' apabila  YAA berhenti operasi (1999).
Foto 2014 : kini, banglo setingkat 6 bilik tidur setelah Allah swt curahkan rezeki dalam bidang baru sebagai kontraktor

  • Masih terdapat beberapa kisah yang masih pada peringkat draf seperti Selamat Pagi Cikgu (ada 3 siri), Yayasan Anda Akademik (3 siri), Yayasan Masriyah (3 siri), sambungan Jelajah Indonesia (5 siri) dan Kunjungan ke Baitul Maqdis (5 siri), Pembangunan Kota Mekah  (3 siri) biografi  Haji Ahmad - Berbudi Dan Berbakti Sepanjang Hayat (3 siri), Kunjungan ke Wilayah Guilin dan Yangshuo di China (2 siri), Misi Dakwah di Negara Surinam Amerika Selatan,  Jom Memandu ke Krabi/Phuket (2 siri)  sambungan Legasi DSAI (3 siri). Perjalanan Yang Mendapat Restu ke Negara Brunei Darul Salam dan rencana kerjaya. 


2. Akhir kalam, penulis terhutang budi kepada isteri tersayang Hajah Norliah yang sudi membaca setiap entri yang disiarkan serta mengemukakan cadangan untuk penambahikan, Juga anak-anak Dayah, Akmal dan Amin yang membantu dan menunjuk ajar penulis berkaitan  aspek teknikal penerbitan blog dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menyediakan Wifi Percuma di Kampong Lahar Yooi (serta beberapa hot spot WIFI di seluruh Negeri Pulau Pinang). Jujur penulis katakan di sini, penulis tidak melanggan sebarang rangkaian internet/wifi/smartfon berinternet, sebaliknya mengguna sepenuhnya Penang Free Wifi dalam penerbitan blog atau berfacebook - jimat duit bil bulanan beb !





Wednesday, 3 September 2014

ANWAR IBRAHIM NEPOTISME DAN SOLAT TANPA WUZUK !






"Saya merujukkan pembaca kepada satu artikel ‘Kisah Penyertaan Anwar Ibrahim Dalam UMNO,’ oleh Tun Dr. Mahathir yang dipaparkan dalam web ini. Saya seterusnya merujuk khusus kepada bahagian yang bertulis:-


“Beliau (Anwar) begitu berpengetahuan dan nampak komited dalam hal-hal agama – mengambil wuduk dan bersolat walaupun di dalam pesawat. Beliau memikat saya sebagai seorang yang mengagumkan dan warak. Beliau adalah salah seorang penyokong kuat saya dan sering mengucapkan kata-kata yang betul. Tidak syak lagi ada aura istimewa – satu karisma – mengenai beliau dan saya juga mungkin terpengaruh.”



Saya tidak mahu menimbulkan apa-apa tanggapan berbaur negatif daripada pernyataan di atas seperti sama ada Tun berwuduk semasa bersolat di dalam kapalterbang (pesawat) atau tidak, sama ada Tun menyindir atau menggangap apa yang dilakukan oleh Anwar itu sebagai tidak perlu atau berlebihan atau satu  lakonan dan kepura-puraan, atau apa juga bentuk tanggapan yang lain.

Saya juga tidak pasti sama ada benar-benar terdapat fatwa atau  ketetapan hukum oleh pihak berwajib bahawa Jemaah haji dibenarkan solat fardu tanpa wuduk ketika di dalam pesawat (kemudian qada) atau tidak, tetapi saya percaya adanya kepercayaan dan amalan sebegitu dilakukan dan, saya juga tahu terdapat bantahan yang serius dari kalangan ilmuan agama tentang keharusan solat tanpa wuduk dalam pesawat.

Walaupun begitu saya yakin bahawa ramai dari kalangan para ilmuan dan orang biasa yang memilih untuk berwuduk bagi solat dalam pesawat; kerana tidak dapat menerima hukum keharusan solat tanpa wuduk itu atau tidak selesa dengan keharusan hukum itu.

Bagi mereka ini, berwuduk untuk solat dalam pesawat adalah masih boleh dilaksanakan dan sebagai bukti iltizam mereka dalam  kesungguhan untuk mentaati Allah secara lebih baik atau terbaik. Seseorang yang takutkan Allah dan telah mendengar hujahan tentang keperluan solat dengan wuduk dalam pesawat  akan merasa amat takut untuk mati dalam keadaan solat terakhirnya adalah tanpa wuduk. Dia pasti tidak akan ‘senang hati’  untuk tidak berwuduk semasa solat dan pasti akan mengusahakannya. Apalagi dalam keadaan ingin menunaikan haji dan dalam ingatan 2 tragedi nahas yang menyayatkan hati. 

Saya sendiri berwuduk dalam pesawat dan seorang rakan-jemaah tabligh menyatakan bahawa dia bersama sekian ramai Jemaah  dapat  bersolat dan berwuduk dalam pesawat.

Kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Saya disini bukan untuk mempertikaikan atau berbahas tentang isu solat tanpa wuduk dalam pesawat, apalagi jika di sana terdapat pandangan hukum oleh pihak berkuasa agama yang membenarkan, sekalipun kita menganggap ia lemah atau silap. 

Saya hanya nak kaitkan dengan ‘pengakuan’ Mahathir tentang peribadi Anwar melalui penilaian satu fakta diakui (agreed fact).

Keseluruhannya, bagi saya, tujuan dari kesimpulan artikel itu (Tun) adalah untuk menyatakan ketidakpuashatian atau mengkritik Anwar. Walau terdapat beberapa ciri baik peribadi Anwar disebut tetapi saya merasakan ia juga bertujuan bagi satu sindiran atau kritikan tidak langsung, dengan apa yang difahami sebagai ‘satu lakonan’. Anwar seperti disifatkan sebagai begitu berkarisma dalam keperibadian pada lain-lain perkara sehingga mampu menyebabkan ‘bosnya’ terpedaya atau merasa  suka padanya. Namun ia mungkin tidak lebih dari satu lakonan…

Takpelah apa juga kritikan atau dakwaan 'lakonan' di atas.

Baiklah saya ingin fokus kepada isu solat.  Ini kerana kepentingannya bagi manusia dan nilainya  di sisi Allah adalah masyhur diketahui manusia. Perlukah saya mengulangi di sini?

Anwar diakui bersolat dengan wuduk dalam pesawat …sekalipun ia mungkin mencanggahi  pemikiran dan pandangan orang lain, VIP lain atau ‘bos’nya atau fatwa/hukum pihak berkuasa. Mengapa dia perlu bersusah begitu? Sedangkan tidak melakukan wuduk juga adalah diterima dan mungkin lebih se-ia sekata dengan pandangan pihak yang di atasnya.

Justeru apa?

Logik!

Logik menyimpulkan bahawa Anwar tidak berlakon dalam hal solat dan bahawa solat adalah perlu dengan wuduk walau dalam pesawat. Ini pemikiran dan penerimaannya. Dia beriltizam bagi melakukan wuduk kerana percaya itu yang betul atau itu yang paling tepat, atau itu yang paling selamat.  (di sisi Allah). Bermakna dia seorang yang iltizam dalam melakukan solat fardu dengan baik. Dia juga beriltizam melakukan solat dengan baik dalam keadaan ketika itu dia dia berada di puncak kuasa, di ranking no.2.  Dia beriltizam mengambil pendekatan berwuduk dalam keadaan ia mungkin mencanggahi pandangan orang atasan atau mungkin ia boleh menimbulkan kecurigaan bagi orang yang tidak faham.

Lalu apa?

Logik!

Logiknya …. Bagi saya dan anda semua  muslimin dan muslimat yang meyakini bahawa solat itu sangat penting dan besar ertinya. Lalu saya menghisab diri dan mengelamun memikirkan; bagaimana mungkin seorang yang iltizam dalam solatnya dengan cara terbaik  tergamak melakukan dosa besar liwat, zina dan lain-lain?

Tapi ada video tape, ada keputusan mahkamah dan semua orang cakap tentangnya !  Hampir sekali lagi saya tumpas terpedaya kalau tidak kerana ilmu sedikit mengingatkan saya …. Dakwaan-dakwaan itu tidak langsung mencapai piawaian hukum syarak apalagi motif politik kebencian sangatlah tinggi kemungkinannya.

Tapi dia kaut harta,…. Nah sekarang isteri nya mahu dijadikan MB pula. Satu nepotisma terbuka! Ah, benar juga, fikir saya …  namun sejurus itu juga akal saya bertanya  apa buktinya  dia pernah mengaut harta negara, ada sabitan tentang rasuah berkaitan seleweng dana negara? Tiada.  Apa pula buktinya isteri dan anaknya ada membolot projek negara? Juga tiada.  Ini belum dibandingkan dengan anak dan keluarga VIP –vip negara, jika ada. Nak sebutkah?

Nepotisma. Come lah! Siapa yang benar-benar bebas dengan tidak menggunakan apa juga hubungan dan kenalan sepanjang hidupnya bagi manfaat diri, anak dan keluarga. Betapa ramai orang minta tolong orang lain untuk dapat kerja, masuk sekolah dan lain-lain sedangkan di sana ada yang lebih layak pada merit. Melantik orang dikenali tidak semestinya salah selagi ia layak dan tidak ada isu serius lain. Persoalannya ada tak isu serius berkaitan penyelewengan dana negara, pembolotan projek dan tender, merugikan harta negara dan sebagainya.

Saya bukan ahli PKR dan parti itu bukan pilihan saya. Saya hanya menyokong keadilan menurut piawaian Quran dan sunnah tetapi saya sedar ia sangat sukar di’imani’ oleh kita semua. Justeru , melihat kepada kritikan, kutukan berterusan kepada Anwar, saya merasa ingin memberi sedikit imbangan kepada 'pembelaan' bg dirinya.

Tafsiran luas keadilan atau 'berlaku adil' kepada manusia ialah dapat mudah kita fahami dengan  kaedah iaitu – “give people what they deserve.” Berilah manusia itu apa yang wajar untuknya, apa yang menjadi haknya atau apa yang adil untuknya."

Saya kasihankan Anwar dan tidak pernah lupa atas apa yang telah dilalui semasa dia ditangkap, dianiaya, dihukum serta dibelasah dan dipenjara lama atas suatu yang saya yakini ia tidak adil untuk dia diperlakukan begitu, di sisi agama.

Kini dia 'dibelasah teruk' bukan sahaja oleh musuh partinya tetapi  mereka yang menyokong parti PAS yang merupakan sekutu partinya. Laman web Tranungkite ini adalah antara buktinya.  Berpada-padalah…

Ada pula bijak pandai agama yang meminta dia berundur dari medan politik! ..

Kita tidak wajar lupa bahawa dia ada pemain utama kepada perubahan besar scenario politik tanah air dan sehingga kini dia masih lagi penting dalam menghangatkan suasana politik bagi perubahan dari kejumudan kepada keterbukaan, dalam politik. Kecohnya suasana hari ini di Selangor, adakah benar-benar kerana ‘kegilaan’ (kuasa dan harta)  atau keterbukaan (yang sebelum ini tidak pernah dirasakan)?

Setakat ini Anwar masih lagi relevan.

Kecualilah nanti bila rakyat sudah benar-benar tidak mahukannya lagi.

Apapun, harapan saya kepada Anwar…

Semoga dia masih beriltizam dgn solat secara terbaik.


Tuesday, 26 August 2014

NAK JADI DOKTOR ? SUSAH NAK MASUK U SUSAH NAK BELAJAR





Malaysia dikatakan mengalami lambakan doktor baru-baru ini. Kenyataan ini mungkin mempunyai asas. Tetapi, fenomena ini harus diteliti dengan baik supaya ia tidak merugikan mana-mana pihak terutama rakyat jelata. Kenyataan ini tidak seharusnya dibuat untuk menjamin dan memastikan golongan iktisas ini sentiasa menikmati pendapatan lumayan.Secara lumrahnya kita semua tahu apabila jumlah doktor adalah rendah bilangannya dan permintaan pula tinggi, maka ini secara logiknya akan memberi pendapatan lumayan kepada golongan tersebut. Jika jumlah doktor bertambah dengan banyak iaitu 'supply' ataupun penawaran meningkat maka ini pastinya akan mengugat pendapatan yang diperolehi. Oleh itu, faktor pendapatan itu tidaklah patut dijadikan sebagai asas atau kayu pengukur untuk menyatakan sama ada negara kita sedang mengalami lambakan doktor atau tidak.

Pada pandangan saya, nisbah ataupun ratio bilangan doktor dengan jumlah rakyat adalah pendekatan terbaik untuk memastikan kewujudan lambakan doktor di dalam negara kita. Pada masa ini, didapati nisbah doktor dengan penduduk adalah 1:1000.  Nisbah ini menunjukkkan kita masih kekurangan doktor jika dibandingkan dengan negara maju.




Bagi negara-negara maju yang amat mementingkan sektor kesihatan, ratio ini kira-kira 1:400. Negara kita juga menyasarkan untuk mencapai ratio 1:400 pada 2020 iatu dalam tempoh 6 tahun lagi. Bagaimanakah kerajaan akan mencapai sasaran itu jika kita sudah mula mengawal pengambilan pelajar perubatan pada masa ini?
Adakah Malaysia benar-benar mengalami lambakan doktor? Pada hemat saya piawaian sektor kesihatan negara kita masih belum mencapai tahap memuaskan. Kalau benar kita mempunyai jumlah doktor berlebihan, kenapa pula orang yang pergi ke hospital kerajaan merungut sukar mendapatkan tarikh temujanji dan tarikh pembedahan?

Ramai yang terpaksa menungggu berbulan-bulan untuk menjalani pembedahan kerana tidak dapat memperolehi tarikh daripada doktor-doktor yang terlibat. Ramai juga yang meninggal dunia dalam tempoh masa menunggu tarikh pembedahan yang diberikan doktor di hospital awam.

Jika benar kita mengalami lambakan doktor, kenapakah kos rawatan dan perubatan begitu tinggi di hospital swasta? Keadaan ini tidak sepatutnya wujud kerana persaingan antara doktor yang ramai dalam negara ini sepatutnya akan merendahkan lagi kos rawatan dan perubatan dan bukan sebaliknya.

Ramai doktor kerajaan yang sanggup meletak jawatan dan beralih ke hospital swasta kerana permintaan yang tinggi untuk doktor. Oleh itu, tidak logik jika kita mengatakan kita mengalami lambakan doktor dalam konteks ini.

Saya juga berpendapat kita tidak mengalami lambakan doktor, tetapi kita ketandusan tempat di hospital untuk melatih doktor baru yang tamat pengajian ijazah. Kita perlukan lebih banyak hospital kerajaan di seluruh negara. Kita harus meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan untuk pesakit miskin dan sederhana. Kita harus meningkatkan semua jenis infrastruktur dalam hospital awam.

Di kebanyakan hospital daerah, memang tidak mempunyai kakitangan yang cukup terutama pegawai perubatan. Saya boleh merujuk kepada Hospital Batu Gajah sebagai contoh. Pesakit yang ke hospital ini sentiasa mengadu kelewatan dalam mendapat rawatan. Apabila perkara ini dibangkitkan, alasan yang kita terima ialah kekurangan kakitangan. Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana memang tidak cukup pegawai perubatan terutamanya pada waktu malam di bahagian kecemasan dan wad.

Dakwaan kita mempunyai lebihan doktor itu tidak munasabah untuk dijadikan alasan mengurangkan pengambilan pelajar ke fakulti perubatan di universiti awam pada tahun ini. Tindakan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan di universti awam adalah tindakan yang kurang rasional. Kerajaan cuba melepaskan tanggungjawab dan beban itu untuk mengurangkan perbelanjaannya.

Tetapi, ini akan menyusahkan pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga miskin ataupun sederhana. Golongan ini tidak mampu menghantar anak mereka untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti swasta.
petikan dari fb seorang mahasiswa perubatan

Pada masa yang sama pelajar yang kurang bijak tetapi mempunyai kemampuan kewangan pula dapat mengikuti kursus perubatan di universti swasta yang mula bercendawan di negara kita. Pada hakikatnya, graduan perubatan meningkat bukan kerana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi sebahagian besarnya daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Tindakan kerajaan mengurangkan tempat bagi kursus perubatan di universiti awam membuktikan ketidak prihatinan serta menindas pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan. Selain itu, dasar seperti ini juga menggalakkan universiti swasta mengambil kesempatan untuk menaikkan lagi kos pembelajaran seperti yuran dan sebagainya pada masa depan.


Saya rasa amat simpati terhadap ratusan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang tetapi tertipu dengan  tindakan kerajaan mengurangkan pengambilan masuk pada tahun ini secara mendadak. Kerajaan mengecewakan anak-anak kita yang mempunyai harapan besar. Cita-cita mereka hancur kerana kerajaan yang bersikap tidak adil.

Persoalannya sekarang ialah kenapa kerajaan tidak mengumumkan awal-awal lagi keputusan mereka untuk mengurangkan pengambilan pelajar di fakulti perubatan pada tahun ini? Bukankah ini bermakna kerajaan menganiaya anak-anak kita yang bertungkus lumus mambakar pelita?

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan hanya 418 pelajar yang layak diberi peluang mengikuti jurusan perubatan di IPTA pada tahun ini.  Beliau berkata tawaran tempat yang terhad itu bagi mengawal jumlah siswazah perubatan baharu dan mengelak berlakunya kebanjiran doktor baharu di pasaran kerja.

Seramai 1,163 pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 memohon jurusan perubatan tetapi hanya 418 tempat saja ditawarkan kepada pelajar cemerlang ini. Apakah nasib 745 pelajar cemerlang yang gagal mendapat jurusan perubatan itu terpaksa mengikuti kursus yang tidak diminati?

Jumlah pengambilan mahasiswa perubatan di IPTA semakin berkurangan setiap tahun sejak 2012. Pada 2011 pengambilan pelajar untuk jurusan perubatan adalah 983 orang, manakala pada 2012 pula dikurangkan kepada 875 orang. Jumlah itu menjadi lebih kecil lagi pada 2013 iaitu hanya 699 orang pelajar diambil untuk jurusan perubatan. Pada tahun ini hanya 418 pelajar sahaja.

Ternyata pengambilan pelajar jurusan perubatan semakin berkurangan di IPTA. Bagaimana pula di IPTS? Adakah jumlah pengambilan jurusan perubatan meningkat atau merosot setiap tahun? Perkara ini akan saya bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Kuliyyah of Medicine UIAM Kampus Kuantan menjadi rebutan.

Kebelakangan ini banyak IPTS menawarkan program perubatan. Ini berpunca daripada permintaan yang tinggi untuk jurusan tersebut. Pada masa ini wujud lebih 30 sekolah perubatan swasta di negara kita. Persatuan Perubatan Malaysia mendakwa 4,000 hingga 5,000 graduan perubatan dihasilkan setiap tahun. Menurut mantan Presidennya, Dr David Quek Kwang Leng, masalah lambakan doktor yang wujud di negara kita berpunca daripada kewujudan banyak Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan pelbagai kursus perubatan.



Justeru itu, bilangan IPTS merupakan punca masalah ini. Tetapi kerajaan pula mengurangkan pengambilan pelajar perubatan di IPTA. Perkara ini perlu dikaji semula dengan serta merta dan memberi peluang kepada anak-anak kita yang memiliki keputusan cemerlang mengikuti kursus pilihan mereka. Inilah keadilan terbaik yang patut diberikan kepada mereka yang layak. – 26 Ogos, 2014.


* artikel dari The Malaysian Insider

* V Sivakumar ialah Ahli Parlimen Batu Gajah.

Friday, 22 August 2014

ANTARA AINUN DAN AZIZAH - CINTA & PENGABDIAN DIRI DEMI PERJUANGAN SUAMI siri 4.0




AZIZAH    part  3

[baca AZIZAH  part 2   DI SINI ]

[baca kisah AINUN  di sini]





1. Azizah tidak pernah  terbayang untuk menjadi isteri kepada seorang ahli politik. Walaupun secara fitrahnya Azizah bukan dilahirkan dari keluarga politik malah sebagai gadis remaja yang tidak mengenali dunia politik, namun, ternyata Azizah seorang isteri yang hebat kerana cepat menyesuaikan diri dalam dunia politik suami. Politik dan ahli politik dipandang oleh banyak go­longan sebagai per­kara kotor, najis bahkan menjijikkan. Hingga kini tidak banyak orang yang  mahu berkecimpung di dunia politik. Tetapi tidak bagi Azizah. Beliau yakin Anwar sememangnya dilahirkan sebagai seorang politik. Dari pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dulu, Azizah sudah menilai  Anwar setelah mendengar bait-bait kata yang dilafazkan beliau serta celupan dan curahan pemikiran beliau dalam aktivitisme, kemasyarakatan dan perjuangan berbanding usia Anwar ketika itu masih muda. Azizah yakin kuasa politik ditangan 'orang  yang baik-baik'  dan beridealisme boleh membentuk masyarakat dan negara yang baik dan berwawasan

Anwar memilih UMNO sebagai wadah untuk terjun ke dalam kancah politik kerana UMNO pada peringkat awal penubuhan merupakan  sebuah parti massa Melayu dengan idealisme yang tinggi berjuang  mencapai kemerdekaan dan mengisi kemederkaan tersebut dengan membawa generasi anak-anak Melayu keluar dari lembah  kemiskinan dan perhambaan di tanah air mereka sendiri  kepada menjadi  tuan di bumi bertuah Malaysia.  Apabila Anwar menyertai politik kepartian pada bulan Mac 1982 dengan menganggotai UMNO, ramai berharap dan menyangka beliau akan membawa bersamanya idealisme dan perjuangan yang menjadikan beliau unggul sebagai pemimpin pelajar dan pejuang gerakan massa.

 2. Anwar mengambil masa cuma 11 tahun dari seorang ahli UMNO biasa, sehingga  hampir menggapai  hiraki tertinggi parti.  Bermula dari tahun 1982, beliau terus menyusun langkah sehingga  ke puncak sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Sepanjang tempoh tersebut sudah tentu Anwar mencipta ramai kawan dan lawan. Pada tahun 1993 sehingga 1998 telah mula titik hitam dalam sejarah hidup mereka. Bermula dari tahun 1997 dengan pengedaran buku '50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak jadi PM', Azizah tidak pernah terbayang akan berlaku satu siri provokasi dan konspirasi yang hebat dan dahsyat terhadap  Anwar.



Sebagai isteri yang  'family oriented' Azizah membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang harmoni, berakhlak dan  bersopan santun. Anak-anak yang belum mengerti apa itu liwat, apa itu DNA apa itu unsur-unsur seks  SX18 yang dipaparkan dalam media arus perdana dan apakah  kaitkan semua itu  dengan ayah mereka ? Bagaimana Azizah tabah dan cekal menghadapi ujian-ujian tersebut ? :-


  • Lihat bagaimana Azizah mengharungi lautan manusia dalam  demonstrasi jalanan terbesar dalam sejarah Malaysia. Jeritan Reformasi bergema di seluruh pelusuk tanah air dari Perlis hingga ke Sabah. Azizah bersama pimpinan GERAK diserang dengan gas pemedih mata dan pancutan air berasid apabila polis cuba menggagalkan himpunan tersebut. Demontrasi Lebuh raya Kesas pada 5 November 2000 menyaksikan Azizah yang turut serta di atas kerusi roda nyaris mendapat kecederaan apabila FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata bertubi-tubi ke arah beliau. Dalam beberapa demonstrasi ,Azizah  yang sangat tabah, berucap dengan suara lembut dan penuh semangat, menerangkan misi perjuangannya pada masa depan bersama Pakatan Pembangkang sama ada Anwar masih di luar atau sebaliknya
    penampilan pertama  Azizah pada kalayak ramai

  • Lihat bagaimana rumah mereka di Bukit Damansara dikepung oleh anggota Unit Tindakan Khas, memecah masuk kediaman mereka dan menangkap Anwar sambil mengacu-acu sub-machine gun ke arah Anwar dan Azizah di hadapan sanak saudara, anak-anak yang masih kecil dan penyokong yang ramai. Anak-anak mereka  mengalami trauma yang berpanjangan kesan dari insiden tersebut.

  • Lihat bagaimana Azizah menyaksikan di hadapan  mata sendiri suami beliau di bawa ala mafia dengan kepala ditutup dengan karung. Seterusnya di Bukit Aman di mana Anwar telah dibelasah oleh KPN hampir mati ?




  • Lihat bagaimana suami beliau dituduh membuat hubungan seks dengan isteri rakan mereka Azmin sehingga melahirkan seorang anak ? Anwar juga dituduh ada hubungan seks dengan ramai gadis seperti yang di dakwa oleh rakan beliau  Datuk Nallakarupan ? Anwar dituduh lakukan melakukan seks sonsang dengan berapa orang lelaki yang sangat rapat dengan keluarga mereka iaitu Azizan, Sukma Darmawan, Dr. Munawar Anees dan Mior Abdul Razak. Tetapi tuduhan tersebut ternyata fitnah, sebaliknya Anwar.disabitkan kesalahan menyalahguna kuasa dan dihukum penjara selama enam tahun.  Baca DI SINI 

  • Lihat bagaimana Azizah dimalukan dengan episod usung tilam yang ada kesan tompokan air mani Anwar pada sepanjang kes Liwat 1 dibicara di mahkamah
  • Lihat bagaimana Azizah menguruskan anak-anak yang masih kecil  dari segi  makan minum, persekolahan dan emosi. Dalam masa yang sama, hampir setiap hari Azizah perlu hadir ke mahkmah untuk bertemu dan memberi sokogan moral kepada suami. Anwar yang turut cedera bahagian tulang belakang akibat dibelasah oleh KPN terpaksa mendapat rawatan di HBKL. Azizah tidak penat dan jemu menziarahi Anwar pada waktu-waktu tertentu bersama anak-anak. Perbicaraan Anwar mengambil masa yang agak panjang. Situasi tersebut sudah pasti memberi tekanan kepada Azizah. Azizah juga terpaksa memikirkan bagaimana untuk mencari wang membiayai barisan peguam yang berpengalaman. 












  • Lihat bagaimana Azizah telah seterusnya diberi kepercayaan mengetuai   PKN. Dari PKN bertukar ke PKR bila bergabung dengan PSRM pimpinan Dr. Syed Husin Ali. Gabungan tersebut membentuk satu parti multi-racial yang betul-betul mewakili komposisi kaum di Malaysia. Keanggotaan PKR terbuka kepada pelbagai latar belakang masyarakat berbilang kaum, agama, idealisme dan fahaman politik. Di sana ada tokoh akademik seperti Dr. Chandra Muzaffar, tokoh politik seperti Marina Yusuf, kesatuan sekerja MTUC, kerabat di raja, bangsawan, negarawan, sasterawan negara, pegawai kanan kerajaan, peguam, tokoh korporat, cikgu, ustaz, mahasiswa,  malah buruh, penjaja, 'kolek bas', posmen, petani, nelayan, penoreh, pesawah, bekas ahli PAS bekas ahli Parti Sosialis, ahli ABIM, ahli al-Arqam, aktivis NGO, apek jual sayur, mamak jual roti canai, kaum Iban, Dayak, Kadazan-dusun  dan berbagai ragam. Bagaimana Azizah boleh mengurus PKR yang ahlinya berlatar belakang pelbagai kerenah, bermacam idealisme, banyak kepala dan qabilah dengan sumber kewangan yang terbatas? Azizah seterusnya mengetuai Barisan Alternatif iaitu gabungan parti politik PAS, DAP dan PRM bertujuan mengurangkan majoriti BN bagi menghadapi PRU  1999 setelah Anwar dipenjarakan. 

Kak Wan pad Majlis Pelancaran Penubuhan PKN



  • Lihat bagaimana Azizah dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh menghadapi Dato' Seri Ibrahim bin Saad, seorang sahabat Anwar, penampilan pertama Azizah dalam PRU. Seterusnya menewaskan Ustaz Firdaus al Hafiz pada PRU 2004 dan PRU 2008  Seterusnya Azizah diangkat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia satu detik sejarah negara di mana seorang wanita diberi kepercayaan menduduki jawatan tersebut.
  • Lihat bagaimana Azizah memendam rasa kerana detik-detik meraikan perkawinan puteri sulung mereka Nurul Izah tanpa Anwar di sisi keluarga Sebagai ketua rumah tangga, Azizah sedaya upaya menjadikan majlis perkahwinan Nurul Izzah sempurna dan meriah.  Azizah menjadikan majlis tersebut seolah-olah kehadiran suami bersama anak-anak. Beliau tidak menampakkan perasaan gusar, sama seperti ketika  ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya. Meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan. Itulah cinta sejati Azizah demi perjuangan suami.


3. Setelah Anwar tamat menjalani hukuman penjara, Azizah masih tidak direhatkan. Lebih parah apabila Anwar disabitkan pula dengan pertuduhan kes Liwat 2 dan cabaran video seks China doll.

4.Kini Azizah yang sememangnya telah teruji dan bersedia untuk menggalas tugas baru sebagai Menteri Besar Selangor. Memang Azizah layak mengambil alih jawatan tersebut walaupun beliau dikatakan boneka dan  bayangan suami,  Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketabahan, kesabaran dan kecekalan dan sifat amanah Dr Wan Azizah keluarganya menghadapi ujian getir selama 16 tahun ketika Anwar ditahan, dipukul, dihina dan disumbat ke dalam Penjara Sungai Buluh menjadikan wanita solehah ini wanita luar biasa kerana telah berjaya berdepan dengan ujian berat seumpama ini. Sememangnya Azizah dan anak-anaknya adalah keluarga perjuangan, bukan keluarga biasa yang hanya memikirkan keselesaan malah kekayaan keluarga semata-mata. Sejak zaman reformasi 16 tahun lalu, beliau telah menjadi simbol ketabahan golongan wanita Malaysia. "Saya melompat dalam dunia politik tanpa persediaan langsung sebenarnya. Tetapi setelah beberapa lama dalam politik, insya-ALLAH saya sudah bersedia". Ternyata Azizah sangat hebat. Azizah telah di 'tested'!

5. Dalam satu program ceramah di Dataran Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun, kelihatan Anwar mengesat air mata apabila dipersembahkan satu video klip nyayian kumpulan Kopratasa

Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan

Kerana kau isteriku

Youtube Koprasa - Permata Untuk Isteri 


Jentayu Yang Luka ~Usman Awang
(Untuk Wan Azizah)

Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilan

Lama dulu wajahnya tersembunyi
Di belakang pemimpin berani sang suami
Mengintip dengan mata kecilnya
Segala tingkah dan senyuman pura-pura
Si pengampu yang bermuka dua
Si penyembah yang berjiwa hamba
Si pengemis segenggam laba

Dia adalah jentayu yang luka
Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan
Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan
Mencabar dunia yang semakin kejam.

~Usman Awang

~ditujukan puisi ini kepada Wan Azizah.