Saturday, 14 June 2014

PEMAIN KELAB BOLASEPAK TUNAS GEMILANG MEWAKILI MALAYSIA - FIFA WORLD CUP DI QATAR 2022 ?




1. Fenomena World Cup FIFA 2014 di Sao Paulo Brazil , menenggelamkan fenomena-fenomena lain yang sedang berlaku di dunia termasuklah ancaman  El-Nino dan  kemaraan tentera ISIL yang berjaya menawan Bandar Tikrit dan Mosul di Iraq.... sehinggalah dunia akan mengetahui siapakah Juara Dunia bagi Siri Word Cup Edisi ke XX   yang akan berakhir pada 13 Julai 2014 nanti.



2. Dijangkakan seramai lebih 200 juta  penduduk dunia yang meminati sukan tersebut akan menonton siaran lansung melalui kaca tv sehari disepanjang 64 pelawanan. Untuk mendapatkan waktu siaran lansung TV1 dan TV2 serta keputusan terkini sila klik di sini. Hampir setiap empat tahun pertandingan bertaraf dunia itu disertai oleh negara-negara dari Benua Eropah, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara dari Afrika. Manakala negara dari benua Asia kehebatan negara Jepun, Korea, Iran dan  Arab Saudi  lebih menyerlah. Jiran kita negara Indonesia pernah menyertai pertandingan akhir Piala Dunia FIFA di atas kapasiti Negara Hindia-Belanda pada tahun 1938, tetapi tewas 0-6 kepada Negara Hungari pada pusingan pertama. Bagaimana pula dengan negara kita Malaysia ? Pencapaian terbaik kita dalam sukan bola sepak adalah kelayakan menyertai Sukan Olimpik Munich (1972) dan Moscow (1980)  iaitu ketika zaman keagongan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, R Arumugam, Santokh Singh dan sebagainya. Ketika itu Malaysia berada pada tangga rangking ke 72 terbaik di dunia. Selepas zaman kegemilangan tersebut, sukan bola sepak negara kita di pentas antarabangsa jatuh merundum dan berada pada rangking dunia ke 153 (Jun 2014). Dikatakan Malaysia mempunyai pengalaman pengurusan dan kemudahan logistik termasuk stadium  untuk sukan bola sepak bertaraf dunia, tetapi peminat bolasepak tempatan belum disajikan dengan mutu perlawanan yang baik yang ditunjukkan oleh team Malaysia dari pelbagai kategori. Perlantikan Tengku Abdullah  Sultan Ahmad Shah, selaku Presiden FAM yang baru diharapkan dapat mengembalikan semula kegemilangan tersebut.

3. Kelab Bolasepak  Tunas Gemilang (KBTG) ditubuhkan pada Tahun 2000 di atas inisiatif beberapa orang penduduk Kampong Lahar Yooi dan kampung berdekatan yang berhasrat untuk memajukan sukan bola sepak pada peringkat akar umbi. Hanya pada tahun 2010, KBTG didaftarkan di bawah Suruhanjaya Sukan dan Majlis Sukan Negara dan Persekutuan Bola  Sepak Malaysia (FAM). Peserta yang berminat menyertai KBTG dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 60.00. Peserta yang telah didaftarkan akan dibekalkan satu pek aksesoris sukan bola sepak termasuklah sehelai kemeja T dan stoking. Yuran bulanan pula ialah sebanyak RM 10.00.


LOGO KELAB BOLASEPAK TUGAS GEMILANG



4. Setakat 15 Jun 2014, seramai 90 orang peserta telah menyertai KBTG iaitu dari kumpulan umur 13 hingga 14 tahun seramai 17 orang, manakala bakinya di bawah umur 12 tahun.  Peserta terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah tempatan dari seusia lima tahun hingga ke 14 tahun. Kebanyakan peserta adalah dari Kampung Lahar Yooi. Bagaimanapun, kedapatan juga mereka yang datang dari daerah yang lebih jauh seperti Machang Bubuk dan Kulim. Latihan diadakan pada setiap hari Sabtu jam 5.00  hingga 7.00 petang dan hari Ahad jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Di antara peserta yang berada dalam sesi latihan adalah dua orang pelajar dari Sekolah Sukan Mutiara Impian Seberang Perai Selatan.  Kedapatan juga bekas peserta KBTG yang telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor, kembali beraksi ketika cuti penggal persekohan.

pelbagai teknik dan tektik bola sepak diperkenalkan kepada peserta

5. Menurut Ketua Jurulatif, Encik Rosli bin Talib (50 tahun), terdapat empat orang jurulatih lain turut membantu peserta bagi setiap kumpulan kecil. Mereka berlatih di Padang Tanah Wakaf Masjd At-Taqwa dan Tanah Wakaf MAINPP di Kampung Lahar Yooi,  Tasik Gelugor. Menurut Encik Rosli, peserta didedahkan  latihan kemahiran sukan bola sepak.  Peserta diunjur lebih  mengutamakan aktiviti pembelajaran dan peperiksaan di sekolah supaya peserta tidak tercicir dari segi akademik. Majlis bacaan surah Yaasin turut diadakan khusus kepada peserta yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR.  Peserta juga ditekankan aspek solat fardhu.  Setiap peserta diwajibkan melakukan ibadat solat fardhu Asar berjemaah di masjid. Untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT, kenduri doa selamat sempena bulan Ramadhan diadakan pada setiap tahun.  Setiap kali cuti penggal persekolahan di penghujung tahun disusun beberapa  aktiviti  seperti  lawatan sambil belajar kebeberapa destinasi yang bersesuaian.

Encik Rosli Talib sedang menerangkan mengenai latihan pada petang tersebut

6. Latihan intenstif yang diberikan telah berjaya meningkatkan skill peserta.  Peserta dilatih tubi ke arah memiliki kawalan bola dan skill hantaran pendek dan tepat dengan satu atau dua sentuhan. Jadi tidak hairanlah pasukan KBTG telah berjaya merangkul juara di dalam beberapa siri perlawann. Di antaranya ialah Johan Bawah Umur 14 Tahun Negeri Pulau Pinang untuk  tiga tahun berturut-turut iaitu tahun 2011, 2012 dan 2013. Di atas kejayaan tersebut, terdapat peserta dari KBTG  dipilih menyertai liga bola sepak tempatan atau melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah sukan  di tanah air. Di antaranya;

  • seramai 20 peserta mewakili KBTG telah dipilih menyertai Program Bolasepak Bawah 12 Tahun  1 Malaysia Cardift City (1MCC) Zon Utara.



  • Dua orang peserta  telah berjaya mendapat tempat belajar dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Mutiara Impian. Mereka ialah adik Fitri bin Hassan dan Mohamad Reza bin Fikri.
  • Adik Fitri bin Hassan bersama dengan adik Iman telah dipilih menyertai Program Realiti TV3 Telekom Malaysia "Mencari Ramli". Untuk itu, Fitri dan Iman  telah dibawa ke Old Trafford England  untuk berlatih bolasepak secara professional di bawah kendalian kelab bolasepak tersohor Manchester United. Menurut adik Fitri, beliau amat teruja bilamana  berada selama sebulan di Old Trafford dan kagum dengan perlawanan Liga Inggeris. Banyak perkara berkaitan dengan sukan tersebut didedahkan kepada mereka.
Adik Fitri - berpotensi menjadi pemain bolasepak negara yang disegani lawan
  • Adik Mohamad Reza pula telah dipilih mengikuti lawatan sambil belajar ke Perth, Australia selama dua minggu. Di sana mereka mempelajari skill bola sepak bersama dengan Kelab Sydney FC


latihan menimbang bola - salah satu skill yang perlu dimiliki oleh pemain


peserta tekun dengar arahan coach

tendang macam ni la
cara sepak bola yang betul

7. Penulis sempat menemubual adik Fitri bin Hassan, adik Mohamad Reza dan Puan  Hazizatun binti Ahmad Azali iaitu ibu kepada salah seorang peserta KBTG adik Ahmad Irfan.

    Mohamad Fitri bin Hassan
  • Mohamad Fitri bin Hassan (14) kini menuntut di Sekolah Menengah Mutiara Impian di Tingkatan 2. Beliau mula berminat dalam sukan bola sepak secara seriuos semasa menuntut dalam Darjah 3. Beliau amat bernasib baik kerana terpilih dalam Program Realiti TV3 "Mencari Ramli" yang membolehkan beliau dihantar berlatih selama sebulan di Manchester, United Kingdom di bawah kendalian Kelab Mancheter United. Dalam pasukan KBTG, Fitri memilih posisi defender. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Fitri menjadikan  Rio Ferdinand iaitu pemain posisi pertahanan dari Kelab Manchester United sebagai idola bolasepak beliau. Beliau berhasrat untuk menyarung jersi Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya pada masa hadapan dan mewakili Malaysia pada Piala Dunia Tahun 2022 di Qatar kelak. Mengenai Pertandingan Piala Dunia FIFA 2014, beliau memilih pasukan dari Belanda dan Brazil akan  mara ke pertandingan akhir dan beliau meramalkan Brazil akan muncul sebagai  juara dengan kemenangan 2-0.

Rio Ferdinand - Manchester United

  • Mohamad Reza bin Fikri  (15)  kini menuntut dalam Tingkatan 3 Sekolah Menengah Mutiara Impian. Beliau berasal dari Guar Perahu, Seberang Perai Tengah. Beliau mula berminat dalam sukan bolasepak ketika usia 7 tahun. Ibu dan bapa beliau adalah pendorong utama beliau maju dalam sukan tersebut. Menurut Mohamad Reza, tidak ada sebarang makanan khusus yang disediakan oleh ibunya. Beliau akui, banyak memakan buah-buah dan sayuran sebagai menu harian. Timbulnya minat dalam sukan bolasepak adalah dari sifat beliau suka berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama. Beliau akui, ketika dipilih menyertai lawatan ke Perth Asutralia, banyak pengalaman yang memberi faedah dari segi skill dan teknik bolasepak Australia yang diamalkan oleh pasukan Sydney FC. Mengenai Piala Dnia FIA 2014, beliau meramalkan Brazil akan menang dengan mengalahkan Belanda 2-0.
Mohamamd Reza
  • Puan Hazizatun binti Ahmad Azali berasal dari Taman Guar Perahu. Beliau adalah suri rumah. Anak sulungnya Ahmad Irfan dihantar menyertai KBTG kerana beliau lebih suka Ahmad Irfan menyertai aktiviti yang lebih berfaedah pada hari Sabtu dan Ahad, daripada melepak dihadapan peti tv atau bermain 'computer games'.  Menurut Puan Hazizatun, penglibatan Ahmad Irfan di dalam sukan bola sepak tidak mengganggu pelajaran anaknya. Mengenai 'demam bolasepak' Piala Dunia FIFA 2014, Ahmad Irfan dijangka dapat pergi sekolah pada awal pagi pada besok Isnin 16 Jun seperti biasa kerana Ahmad Irfan tidak tahan berjaga malam.. Setelah Ahmad Irfan menyertai KBTG selama hampir dua tahun, beliau mendapati anak beliau mempunyai kemahiran dalam kawalan bola dan teknik menendang. 

Puan Hazizatun begitu setia menunggu Ahmad Irfan sehingga tamat sessi latihan


Peserta mendiri solat Asar berjemaah di Masjid At-Taqwa, Lahar Yooi

peserta begitu khusyuk mendirikan solat

Mungkin mereka akan mewakili Malaysia FIFA World Cup 2022 di Qatar dan meminta tuan rumah menyediakan kemudahan Kitab Suci Al-Qur'an di bilik penginapan seperti yang dilakukan oleh pemain dari Negara Algeria.



Monday, 9 June 2014

UDAY KOTAK - TOKOH USAHAWAN DUNIA TAHUN 2014



Tempat anugerah berprestij bagi para usahawan bertaraf dunia

1. MONTE CARLO : Firma Audit Ernst & Young  @ EY telah menamakan  Pengasas, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan  Kotak Mahindra Bank, Uday Kotak untuk  dianugerahkan sebagai  'Usahawan Dunia Tahun 2014 (World Entrepreneur of the Year 2014).  Uday Kotak  telah dipilih daripada 60 peserta akhir dari 51 negara, yang masing-masing telah dicalonkan oleh EY sebagai Usahawan Tahunan 2014 bagi negara-negara tersebut. Pemilihan di adakan di  Salle des Etoiles, Monaco pada hari Sabtu 7 Jun 2014. Untuk Anugerah Usahawan EY 2014,  Ernst and Young menerima lebih 10,000 pencalonan untuk anugerah usahawan terbaik di peringkat 51 negara.

Uday Kotak menerima oskar Anugerah Usahawan Dunia 2014

2. Uday Kotak menubuhkan Kotak Capital Management Finance Ltd pada tahun 1985. Pada tahun 2003 syarikat itu menjadi syarikat kewangan bukan perbankan yang pertama dalam sejarah korporat India untuk ditukar menjadi bank. Ia telah berkembang daripada modal permulaan yang kurang daripada AS $ 250,000 (RM 802,572) yang dipinjamkan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, kepada kumpulan antarabangsa pendapatan sebanyak  AS$2.5 bilion (RM 8.03 bilion). Mempunyai 12.5 juta pelanggan, menggajikan 25,000 pekerja, dan memiliki aset bernilai AS $ 19 bilion.  Ia kini merupakan sebuah institusi kewangan global beribu pejabat di Mumbai. Bank itu mempunyai 605 cawangan lengkap meliputi 354 lokasi di seluruh India dan membuka pejabat perbankan antarabangsanya  di London, New York, Dubai, Abu Dhabi, Mauritius dan Singapura, terutamanya destinasi yang terdapat ramai  kaum India berkhidmat di luar negara, menjadikan  salah satu konglomerat perkhidmatan kewangan terkemuka di India pada masa kini.

3. Rebecca MacDonald, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Just Energy Group, selaku Pengerusi Panel Hakim berkata, pemilihan Uday Kotak  adalah berdasarkan kelestarian perniagaan dan profil India sebagai tempat yang mencabar untuk menubuhkan bank. "Ia adalah satu keputusan yang amat sukar, tetapi Uday bersinar melalui cara dia mencipta bank baru dalam persekitaran yang mencabar dan sangat dikawal selia yang mempunyai kesan positif dalam masyarakat. Kami kagum dengan fokus kuat pada pertumbuhan inklusif, menyediakan perkhidmatan kos rendah kepada pelanggan luar bandar yang mempunyai kesan ketara ke atas kehidupan orang ramai." Beliau menambah, "India bukan tempat yang mudah untuk memulakan sebuah bank. Ia pasaran yang sangat sukar dan sangat dikawal selia, dan ia memerlukan seorang lelaki berani untuk berbuat demikian." Paling penting, beliau berkata, dengan menyediakan perniagaan dan perkhidmatan kewangan menjadikan negara India  lebih berdaya saing, "Anda berpotensi mewujudkan ramai usahawan baru di India, dan itu adalah amat penting untuk panel hakim. "


4. Kotak, yang menjadi usahawan India kedua untuk memenangi anugerah ini - selepas pengasas Infosys NR Narayana Murthy pada tahun 2003 - berkata: "Saya menerimanya dengan rasa rendah diri bagi pihak 1.2 bilion rakyat India. Ia adalah pengiktirafan kemahiran dan dedikasi daripada 25,000 pekerja Kotak Mahindra Bank (KMB) , yang telah bekerja keras untuk menjadikan negara India sebagai pusat  perkhidmatan kewangan jenama bertaraf dunia ". KMB dikatakan menambah 2,000 ke 3,000 pekerja secara purata pada setiap tahun.

Kotak berkata: "Perkara yang paling penting tentang keusahawanan ialah mempunyai keyakinan. Sebaik sahaja anda yakin anda mempunyai model perniagaan dan anda mesti komited untuk melaksanakan keyakinan tersebut" Kotak percaya masa depan bank itu terletak di rumah. "Mengapa kita perlu melihat di tempat-tempat lain apabila dua pertiga daripada penduduk India masih tidak mempunyai akaun bank". Dua pertiga daripada pengguna India, atau 800 juta orang , yang pada masa ini tidak mempunyai akaun bank adalah potensi pasaran kepada perniagaan beliau. Beliau cuba mengekang pengaruh bank-bank lain termasuklah bank-bank kerajaan yang mengenakan kadar faedah yang tinggi dan dalam masa yang sama tidak banyak membantu mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di luar bandar.

5. Meskipun Kotak  dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar dengan latar belakang pertanian (ladang kapas) serta mendapat pendidikan di India, beberapa keputusan beliau di dalam industri perkhidmatan perbankan mulai nampak positif serta melambangkan ciri-ciri kejayaan. Misalnya dalam sejarah penubuhan KMB ia menjalinkan hubungan rapat dengan beberapa institusi kewangan lain termasuk Ford Credit dan Goldman Sachs. Beliau mensasarkan kepada perkhidmatan penghantaran wang, perniagaan transnasional syarikat India dan pelaburan syarikat luar ke India. Kotak memberitahu sidang akhbar berikutnya bahawa beliau amat yakin mengenai prospek syarikat itu berikutan pilihan raya India bulan lepas, yang menyaksikan parti pro-perniagaan di bawah pemimpin nasionalis Hindu Narenda Modi membentuk kerajaan majoriti di India.

Muhammad Yunus turun ke padang bertemu dengan bakal usahawan 
6. Tentu kita masih ingat kepada seorang lagi tokoh akademik yang berasal dari Negara Bangladesh iaitu Professor Dr Muhammed Yunus. Kegigihan  Prof. Dr. Muhammad Yunus telah membantu mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar di Negara Bangladesh membolehkan beliau di calon dan pemenang Hadiah Nobel Perdamaian (bersama dengan Grameen Bank) pada tahun 2006. Muhammad Yunus di lahir di Chittagong,  Bangladesh, 28 Jun 1940, berumur 73 tahun  adalah seorang tokoh akademik mencetus idea  mengembangkan konsep mikro kredit iaitu pengembangan pinjaman skala kecil untuk usahawan miskin yang tidak mampu meminjam dari bank-bank komersial atau bank kerajaan lain .Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.  Dr. Muhammad Yunus mengimplementasikan gagasan itu dengan mendirikan Grameen Bank. Baca di sini. Dr. Muhammad Yunus juga telah di anugerah  Hadiah Budaya Asia Fukuoka XII 2001.





7. Bagaimana pula dengan usahawan-usahawan yang terdapat di Malaysia, terutamanya dari kaum bumiputera ? Pelbagai insentif, program, polisi dan penubuhan  institusi kewangan, dari serendah  skim mikro kredit  hinggalah  bank-bank kerajaan seperti SME Bank, Agro Bank dan berbagai-bagai  lagi agensi finance serta  GLC ditubuhkan untuk melahirkan usahawan, nampaknya belum berjaya mencapai matlamat. Kita memerlukan tokoh-tokoh seperti Kotak dan Muhammad Yunus untuk mewujudkan seorang tokoh usahawan Melayu Malaysia pada peringkat global.

8. Apa yang menariknya, Ernst & Young  dalam kajian firma itu ‘Asia-Pacific Fraud Survey Report Series’, mendapati Malaysia adalah antara negara paling korup.  Hasil kajian itu boleh dilihat dalam website E&Y (www.ey.com/publication) yang melibatkan 681 pegawai eksekutif dari Negara China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Malaysia. Pendedahan keputusan kajian ini adalah sangat memalukan pentadbiran Kerajaan Malaysia  dan PEMANDU (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi di Jabatan Perdana Menteri). Dalam kajiselidik Ernst and Young itu, satu soalan yang ditanya: “Apakah anda bersedia melakukan rasuah dan mengambil jalan pintas?”
Jawapan yang diterima ialah jika suasana persekitaran perniagaan menekan,  sebanyak 54% eksekutif di Malaysia mengesahkan mereka bersedia, diikuti China 34%, Indonesia 29%, Vietnam 27%, New Zealand 13%, Singapura 11%, Australia 10% dan Korea Selatan 6%.
“Ternyata kita pada ranking teratas – juara,”.

Saturday, 7 June 2014

AFS ANTARABUDAYA MALAYSIA

1. Pada 5 Jun 2014, penulis berkesempatan menghadiri majlis perpisahan tiga orang anak angkat yang akan balik ke negara asal mereka setelah hampir setahun berada di Malaysia khususnya di negeri Kedah Darul Aman menerusi program keluarga angkat AFS Antarabudaya Malaysia (AFS). Mereka yang terbabit termasuklah keluarga Dr. Fais Hj. Ahmad bersama anak angkatnya Jovanca  Ebele dari Heidelberg, Germany, keluarga Cikgu Fauzi   yang mengambil Vera Gerezo Diaz dari Sepanyol dan Cik Tina Ooi  yang menjadikan  Lotte Aras dari Belgium anak angkatnya. Majlis berlansung di kediaman Dr Fais di Changlun Kedah. Turut hadir ialah Puan Rohaya bt Md. Yusuff selaku Penyelaras Program AFS Antarabudaya Malaysia Cawangan Negeri Kedah iaitu seorang sukarelawan yang berkhidmat sebagai Pensyarah IPG Kampus Jitra dan rakan kejiranan Dr. Fais.
Dr. Fais- pensyarah UUM
2. Majlis berbentuk hi-tea tersebut menyaksikan ketiga-tiga keluarga angkat (host family) memperihalkan pengalaman dan kenang-kenangan manis mereka bersama peserta (anak angkat) semenjak dari  hari pertama tiba ke Malaysia sehinggalah ke petang hari tersebut. Kesemua peserta AFS Antarabudaya Malaysia akan kembali ke tanah air mereka pada 8 Jun 2014 setelah setahun berada di bumi Malaysia. Penulis ingin pembaca berkongsi maklumat mengenai program AFS Antarabudaya dan faedah yang boleh diambil setelah anda selesai membaca entri ini.

3. Sejarah AFS atau American Field Service tercetus dari idea penubuhan  satu NGO sukarela yang terdiri dari beberapa pemandu ambulans yang terselamat dari Perang Dunia I dan II. Pemandu-pemandu ambulans tersebut yang telah menyaksi kesan dari peperangan yang menghancurkan bukan sahaja harta benda, malah kehidupan manusia, percaya AFS boleh menjadikan dunia lebih adil dan aman apabila peserta AFS dari berlainan negara yang berbagai adat resam, budaya, bahasa dan agama bertemu dan saling mengenali antara satu sama lain. Projek 'pioner' AFS bermula pada tahun 1847 melibatkan pertukaran 52 pelajar dari 11 negara yang pernah berperang. Pada peringkat awal penubuhan, program AFS ditaja oleh kerajaan Amerika Syarikat. Hari ini program AFS telah melibatkan  lebih 11,000 peserta pada setiap tahun dari lebih 50 buah 'negara rakan'. Objektif penubuhan masih utuh iaitu menyediakan peluang pembelajaran budaya dan membantu pelajar meluaskan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih adil dan aman.


Persatuan Pemandu-pemandu Ambulans Perang Dunia I dan II membentuk NGO AFS.



4. Di Malaysia AFS dikendalikan oleh  Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia iaitu sebuah NGO yang tidak bermotifkan keuntungan. Kumpulan pertama pertukaran pelajar tersebut bermula pada tahun 1958 dan mendapat kerjasama dari   Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada  setiap tahun, AFS Antarabudaya Malaysia menghantar lebih 200 pelajar pertukaran ke luar negara untuk program setahun, satu semester atau jangka pendek (termasuk program yang memberi tumpuan kepada kajian bahasa dan khidmat masyarakat), dan mengalu-alukan kedatangan  lebih daripada 100 pelajar pertukaran dari negara lain ke Malaysia. Sehingga kini, lebih 8,000 pelajar telah dihantar ke luar negara, manakala seramai lebih 12,000 pelajar luar negara telah datang ke Malaysia. Semasa di Malaysia, pelajar tersebut akan belajar di sekolah-sekolah menengah (Tingkatan 4 dan 5) dan tinggal bersama keluarga tuan rumah. Tun Dr. Mahathir bin Mohammad mantan PM Malaysia pernah mengambil dua orang peserta AFS dari negara Amerika Syarikat sebagai anak angkatnya pada tahun 1971 dan  1974. Tun Dr Mahathir mengambil Lauren Hess (13 tahun) dari California, dan menghantar anak beliau Marina tinggal bersama keluarga Lauren di California selama tiga bulan ketika Marina berusia 16 tahun.


Pn. Rohaya bt Md Yusuff - Coordinator Kedah Chapter

5. Kesan AFS pada peringkat awal penubuhan dapat dilihat melalui kejayaan bekas peserta AFS. Ramai yang telah mencapai kerjaya sebagai diplomat, pendidik, eksekutif perniagaan dan ahli-ahli yang terlibat di dalam komuniti mereka. Apabila sistem pemilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-univeriti pilihan mengambil kira penyertaan bakal mahasiswa di dalam program-program kebajikan dan kemasyarakatan, maka pelajar dari negara-negara  maju seperti  Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan sebagainya, tidak melepaskan peluang menyertaai AFS. Meskipun mereka mungkin 'ketinggalan' selama enam bulan atau setahun ketika berada bersama-sama keluarga angkat di luar negara, namun  sijil penyertaan program AFS yang mereka perolehi akan dinilai dan diberi merit ketika mereka membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran  ke universti tersohor seperti Universiti Oxford dan universiti-universiti yang setaraf dengannya. Hal tersebut disebabkan sistem pendidikan dan pembelajaran di negara-negara maju tersebut mengambil kira penglibatan pelajar di dalam kerja-kerja kebajikan dan kemsyarakatan.


6. Di antara kriteria umum pemilihan keluarga angkat yang ditetapkan oleh AFS :-

  • Alam persekitaran yang selamat. Penempatan peserta di negara-negara yang aman dan tidak banyak berlaku pergolakan dalaman.
  • Keluarga angkat menyediakan makanan dan minuman kepada peserta program. Dalam kontek tersebut, apa yang tuan rumah masak dan makan, maka itulah juga akan dimakan oleh anak angkat. Bagaimanapun, sekiranya anak angkat tidak berselera terhadap makanan tersebut, mereka boleh membeli makanan dari luar dengan tanggungan kos sendiri
  • Keluarga angkat mesti menyediakan satu bilik berasingan di sepanjang peserta menginap di situ. Bagaimanapun  kelonggaran diberi kepada tuan rumah untuk menempatkan peserta bersama ahli keluarga dengan syarat katil yang terdapat di dalam kamar tersebut mestilah katil berasingan misalnya dua set single bed atau double decker  bed.
  • Tuan rumah bertanggung jawab menyediakan sebuah kediaman yang bersih, tersusun dan kemas. Bilik air  boleh berkongsi dengan keluarga tuan rumah. Bagaimanpun sekiranya kediaman tersebut mempunyai bilik air yang berasingan adalah satu kelebihan.
  • Mereka yang dari kategori gadis dewasa belum berkahwin, ibu tunggal atau warga emas boleh memohon menjadi keluarga anagkat asalkan berminat dan mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh penganjur.
  • Keluarga angkat tidak diberi sebarang imbuhan di sepanjang tempoh  anak angkat berada di bawah jagaannya. Sebaliknya keluarga angkat terpaksa menyediakan beberapa keperluan asas seperti makan-minum, pakaian (termasuk uniform sekolah), kos pengangkutan ke sekolah, keraian dan sebagainya. Program yang dianjurkan AFS akan dibiayai  oleh AFS seperti persembahan kebudayaan yang melibatkan peserta. Tetapi program lain sekiranya diminta oleh peserta seperti lawatan ke pusat-pusat perlancongan adalah  dibawah tanggungan  peserta.
7. Tanggung jawab peserta di antaranya;

  • Sekiranya peserta dari negara-negara Eropah, mereka dikenakan fee kira-kira Euro 7,000 kepada AFS di negara asal. Peserta yang tidak berkemanpuan biasanya akan mencari penaja untuk membiayai fee tersebut. Peserta dari negara kurang maju boleh memohon penajaan dari ibu pejabat AFS.  Wang Euro 7,000 tersebut akan  diagihkankn kepada 3 pihak iaitu AFS beribu pejabat di New York, AFS negara asal dan AFS di negara keluarga angkat dengan peratusan tertentu. Bagi peserta dari kebanyakan negara, fee yang dicaj  jika dihalusi masih lagi berbaloi kerana di sepanjang  tempoh 12 bulan mereka berada di rumah keluarga angkat, mereka menikmati  berbagai kemudahan seperti tempat tinggal percuma, kemudahan asas percuma seperti makan minum, pembelajaran percuma dan lain-lain.
  • Peserta juga mesti pandai menyesuaikan diri dengan keluarga angkat dari segi makanan, adat resam, budaya dan batas-batas pergaulan. Penganjur telah menetapkan keluarga angkat untuk mereka. Bagimanapun budicara diambil kira sekiranya peserta tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga angkat dalam tempoh tertentu. Mana-mana peserta yang melanggar peraturan atau tidak berupaya menyesuaikan diri dalam tempoh tertentu mereka akan dihantar pulang ke negara mereka.  Dalam kes-kes tertentu, demi keselamatan diri,   anak angkat tidak dibenarkan menyertai aktiviti lasak yang bukan anjuran sekolah dan menunggang motorsikal.
  • Peserta dikehendaki mengikuti program oreintasi sebelum mereka berangkat ke luar negara.
Peserta terpilih mengikuti program orientasi .

8. Di samping menghadirkan diri ke sekolah, peserta akan memperlajari banyak perkara yang diamalkan oleh tuan rumah dan masyarakat setempat, Misalnya;

  • Sambutan hari kebesaran negara seperti Hari Kemerdekaan.
salah seorang peserta AFS berpakaian kebangsaan dan bertutur Bahasa Melayu

  • Sambutan hari perayaan keagamaan
  • Mempelajari tarian dan pakaian  kebangsaan dan tradisional setempat

peserta AFS Kedah cepat mempelajari adat resam dan budaya Melayu Kedah.
  • Mempelajari masakan kueh muih

mempelajari membalut ketupat daun palas
  • Menghayati kehidupan masyarakat tradisional petani, pesawah, pekebun, nelayan, pengusaha industri desa tradisioanl dan merasai kehidupan masyarakat orang asli.
jom kita turun ke bendang dan jangan takut lintah dan pacat (betui ke?)
  • Bersama mengambil bahagian di dalam permainan dan sukan rakyat
  • Melawat tempat-tempat eksklusif seperti Dewan Undangan Negeri bagi memahami struktur pentadbiran negeri.
Lawatan sambil belajar ke DUN Negeri Kedah di Wisma Darulaman


9.  Di antara masalah yang sering dihadapi termasuklah;
  • Anak angkat yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga angkat.
  • Ibu bapa angkat terlalu mengharap mendapat anak angkat yang ideal di dalam semua aspek. Terdapat ibu bapa tidak mahu berterus terang dengan anak angkat sekiranya menghadapi konflik peribadi dan sosial. 
  • Masalah semasa persekolahan – di antaranya dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru,  masalah komunikasi dan pembelajaran disebabkan terdapat perbezaan yang nyata dalam kurikulum dari negara asal.
10. Faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh peserta di antaranya;
  • Mengenali adat resam dan budaya negara yang dikunjungi. Misalnya masyarakat berbilang kaum dan pelbagai budaya dan kepercayaan yang terdapat di Malaysia, termasuklah dari suku kaum minoriti seperti masyarakat Orang Asli di pedalaman Malaysia.
  • Boleh menguasai  bahasa ibunda yang dipertuturkan oleh keluarga angkat dan rakan-rakan sebaya.
  • Sijil penyetaan yang diperolehi setelah tamat program tersebut, amatlah bernilai kerana sijil tersebut akan diambil kira semasa permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi yang tersohor di negara mereka.
11. Penulis sempat menemubual dengan ketiga-tiga orang anak angkat yang turut berada di majlis hi-tea tersebut.

LOTTE ARAS - berusia 18 tahun berasal dari negara Belgium. Ayahnya bekerja sebagai seorang anggota polis dan ibunya bernama Melsen  bertugas sebagai pramugari di SABENA Airline. Beliau mempunyai seorang abang iaitu Jonas (20 tahun) yang masih belajar. Di Malaysia, Yayasan ATS Antarabudaya Malaysia telah memilih Cik Tina Ooi selaku ibu angkat. Cik Tina kini berkhidmat sebagai pensyarah IPG Kampus Jitra tinggal di Jalan Pegawai, Alor Setar. Menurut Cik Tina, Lotte lebih dikenali dengan nama 'Lotus' kerana kesukaran rakyat Malaysia untuk menyebut Lotte dalam dialek Belgium. Lotte di sekolahkan dalam Tingkatan 4 Sekolah Menengah Keat Hwa, Alor Setar. Beliau seorang yang ramah dan mudah mendekati rakan yang terdiri dari berbagai kaum di sekolah tersebut.

Di negaranya Lotte bersekolah di Sekolah Sint Norbertus - Katelyne - Waver kira-kira 40 km dari ibu negara Belgium,  Brussel.  Sekolah di Belgium pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Perancis, Belanda dan English di samping subjek sejarah, biologi, kimia, mathematik, pendidikan moral dan psikologi. Menurut Cik Tina, subjek yang dipelajari oleh Lotte sangat 'advanced', malah subjek psikologi yang dipelajari hampir sama dengan subjek yang pernah dipelajari oleh Cik Tina ketika beliau membuat ijazah Sarjana.

Di  sekolah Menengah Keat Hwa, Lotte gemar aktiviti lasak dan menyertai latihan taekwondo dan gemar berjoging. Beliau menggemari hampir kesemua masakan rakyat Malaysia yang manis, masin  tetapi tidak terlalu pedas. Teh tarik dan roti canai adalah minuman dan makanan tempatan kegemaran beliau.. Beliau cuba mempelajari cara menebar roti canai, tetapi roti jala pula yang terjadi !.

Menurut Lotte, beliau kagum dengan cara hidup berbagai kaum yang terdapat di Malaysia dan cuba sedaya upaya untuk mengenali setiap adat resam, budaya, pertuturan dan agama setiap kaum. Untuk itu, ibu angkatnya Cik Tina telah membekalkannya sepasang pakaian kebangsaan setiap kaum utama di Malaysia seperti baju kurung, cheongsam, sari dan punjabi suit. Bagaimanapun, beliau tidak begitu gemar sifat pemandu dan penunggang motorsikal di situ. Menurutnya, pemandu kereta bersikap tidak  sabar dan gopoh suka memotong kenderaan lain secara tidak berhemah, manakala beliau 'seram' melihat penunggang motorsikal yang suka mencelah dan memecut.
Satu perkara yang memeranjatkan beliau ialah ketika beliau berada di bandar-bandar di Malaysia, termasuklah Alor Setar, beliau 'pelik' apabila mendapati terlalu banyak klinik swasta di situ, sedangkan tidak banyak klinik seumpama tersebut di bandar-bandar di Belgium terutama di Brussel. Menurut beliau, rakyat Belgium jarang sakit kerana mereka mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu menggunakan bahan makanan organik. Masakan berupa sup dan tidak menggunakan minyak masak kecuali minyak zaiton (masakan steam).Hampir semua sayuran dan buah-buahan ditanam secara hidroponik kerana Negara Belgium tidak mempunyai tanah pertanian yang luas (Belgium hanya besar sedikit dari negeri Pahang DM). Mereka gemar minum air mineral. Kerajaan Belgium telah memperkenalkan pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada penduduk sekian lama. Oleh itu tidak hairanlah Belgium mempunyai peratus penduduk warga emas tinggi yang masih sihat dan aktif.

Kasih dan sayangnya Cik Tina kepada Lotte menyebabkan beliau sering membawa Lotte keluar makan angin ke beberapa tempat atau destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Menurut Lotte, beliau kagum dengan keindahan Pulau Langkawi dan panorama ladang teh di Cameron Highland. Beliau berjanji akan datang sekali lagi di destinasi tersebut pada masa hadapan. Manakala, Cik Tina pula telah menyimpan cita-cita berkunjung ke Belgium pada bulan September 2014 nanti.

Cik Tina Ooi, Lotte dan Penulis

Lotte dan Jovanka

Cik Tina Ooi bersama peserta  Program AFS Antarabudaya di Kedah.


sambutan Hari Raya Aidil Fitri melibatkan kesemua 7 peserta ASF Negeri Kedah

VERA CEREZ DIAZ - berusia 17 tahun adalah seorang gadis tinggi lampai dan cantik jelita. Beliau berasal dari Madrid, Sepanyol. Beliau tinggal bersama keluarganya di Eregairo La Cabresa.  Menurut ayah angkatnya Cikgu Fauzi - seorang Nazir Sekolah di Alor Setar, sepanjang tempoh 12 bulan Vera berada di bawah jagaan keluarga angkat Cikgu Fauzi dan isterinya Cikgu Zuri,   Vera diberi layanan sama seperti tiga orang anak gadis mereka di Anak Bukit, Alor Setar. Cikgu Fauzi sering membawa beliau ke majlis perkahwinan dan kenduri kendara di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Vera ditempatkan dalam  tingkatan 4 Sekolah Menengah Tunku Malik Alor Merah Alor Setar. Beliau boleh bertutur Bahasa Melayu, beliau telah diajar membuat beberapa jenis kuih dan biskut. Di antara kuih yang digemari beliau ialah tepung talam dan pulut sekaya. Makanan kegemaran beliau ialah capati dan tose. Beliau tidak pernah melepas peluang mengikuti semua program luar anjuran badan-badan uniform sekolah seperti perkemahan. Pada masa lapang beliau gemar berjoging di Taman Rimba Alor Setar.


Vera sering mengukir senyuman yang menawan


Vera mempelajari masakan tradisonal Melayu

Cikgu Fauzi

Keluarga angkat Vera

bersama Hajah Norliah


asyik membakar lemang
Vera dan Jovanka bersama keluarga penulis di Kampong Lahar Yooi, Tasik Gelugor Seberang Perai
 'minah salleh' ini teruja dengan anak kambing ketika menghayati keindahan dan kedamaian  Kampong Lahar Yooi.


JOVANKA DR. WAOLFGAN EBERLE

Jovanka berasal dari Heidelberg Germany iaitu salah sebuah daerah tercantik di negara Jerman.
Anak kepada pasangan Dr. Wolfgang Eberle dan Sabine. Jovanka mempunyai seorang adik perempuan bernama Flora. Beliau bercita-cita menjadi seorang profesional. Minat membaca dan melakukan kerja-kerja sosial. Tinggal bersama keluarga angkat Dr. Fais Ahmad dan Puan Hendon di Changloon Kedah. Jovanka ditempatkan di Sekolah Menengah Sintok, amat diminati oleh hampir kesemua guru dan pelajar sekolah tersebut. Masakan Melayu yang digemari ialah nasi campur tetapi lauk kurang pedas. Beliau juga gemar mee sup dan ketiau.  Apa yang menarik, Jovanka mempamirkan seorang anak gadis Jerman yang sejati.  Sebagaimana yang kita sedia maklum, masyakarat Jerman bersifat modern, memiliki pendidikan yang baik, taraf hidup yang tinggi dalam perbandingan antarabangsa, dan ruang gerak yang cukup luas untuk mengatur kehidupan secara individual.  Menurut Dr. Fais, Jovanca memiliki sifat-sifat anak gadis Jerman yang lincah tetapi bersopan santun. Jovanka seorang yang genius dan bijak bertutur cara. Meskipun cuma setahun sahaja berada di Malaysia, khususnya di Negeri Kedah, beliau mudah bergaul dengan setiap lapisan masyarakat berbagai kaum dan agama di Malaysia. Beliau juga gemar aktiviti tahan lasak. Beliau juga seorang yang mencintai alam sekitar. Beliau amat teruja berada di Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Oleh yang sedemikian setiap aktiiviti kokurikulum atau lawatan ke tempat rekriasi beliau mesti turut serta. Pada sepanjang masa beliau berada di Malaysia, beliau sempat berkunjung ke hampir kesemua negeri-negeri di Semenanjung dan Sarawak.  


Kota Hiedelberg dipenuhi dengan castle lama  dan panorama yang cantik

Jovanca juga menjadi anak angkat kepada famili penulis (foto di rumah penulis pada pagi Hari Raya Aidil Fitri)

di rumah keluarga angkat - telatah Jo amat menghiburkan





kami bergambar di Taman Rama-Rama Balik Pulau Penang

Dr.  W.Eberle berminat dengan politik dan invesment firma Germany  di Penang

Bersama dengan Dato Hj. Rashid Hasnon - Timb. Ketua Menteri 1 di Pejabat TKM 1 Paras 54  KOMTAR


album kenangan bersama Dato Hj. Rashid

Dr. Wolfgang Eberle di Ampangan Balik Pulau

di Padang Kota Lama

Jovanka mengayakan tarian melayu asli di Stadium Sultan Abdul Halim, 


Jo seorang yang mesra kana-kanak

album famili angkat di I-City Shah Alam

Jo mudah santun orang tua.  Foto : Jo bersama dengan Maktok Hjh Maimunah. Jo sering berkunjung dan ziarah Maktok ketika Maktok mendapat rawatan di Hospital



bersama dengan keluarga angkat di Kulim Kedah sempena sambutan Depavali


berrekriasi di Sarawak bersama ayah tersayang
RUMUSAN

Setelah penulis berkongsi pengalaman bersama Koodinator, Keluarga Angkat dan Anak Angkat dalam program pertukaran pelajar AFS Antarabudaya Malaysia, penulis sarankan jika rakan-rakan fb mempunyai anak lelaki yang akan belajar dalam tingkatan 4 tahun 2015 supaya membuat permohonan untuk mengikuti program tersebut terutama ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat kerana mereka berpotensi memiliki kemahiran berbahasa asing terutama Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Belanda di samping mempelajari kebudayaan, adat resam  serta sejarah kekuatan bangsa Eropah membina tamadun.


sijil penyertaan kepada keluarga angkat

/





untuk maklumat lanjut AFS Malaysia