Saturday 21 September 2013

TAHNIAH AKMAL


1. Alhamdulillah penulis panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT kerana Mohamad Akmal berjaya   menerima ijazah pada Kovokesyen USM kali ke-48, di Dewan Tuanku Syed Putra Kampus Induk Bukit Minden, Pulau Pinang. Bagi penulis, konvo USM ini adalah kali ke-5 penulis hadir sebagai ibu bapa. Sebelum ini penulis dan isteri serta keluarga pernah ke konvo UTM di Dewan Sultan Iskandar  Skudai, Johor (19/8/2007), ke Dewan Tunku Canselor UM Lembah Pantai, UiTM di Dewan Sri Budiman Shah Alam dan UNISEL di Kamus Induk Bestari Jaya.

2. Seperti kelazimannya, sesuatu yang tipikal setiap majlis konvo dan pesta konvo di mana-mana universiti di Malaysia  adalah kedapatan ramai graduan, ibubapa dan sanak keluarga, jemputan dan masyarakat dari dalam luar kampus meraikan. Gerai-gerai jualan, termasuklah penjualan jambangan bunga dan pepatung bear,  disamping 'photo studio instant' menjadi tarikan untuk memaksa para graduan dan ibubapa menghabiskan wang membeli  cenderahati atau foto kenangan anak, ahli keluarga, suami/isteri yang berjaya, bergaya memperaga  jubah konvo yang berbagai warna jaluran.




3. Kepada Akmal, penulis dan isteri sekali lagi merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan anda. Semoga anda turus menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat. In sha Allah, kita ke konvo UIAM Gombak tahun 2014 dan UTeM Malaka tahun 2015.....

No comments:

Post a Comment