Wednesday 4 September 2013

BISMILLAHIRAHMANIR RAHIM ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUR

Segala puji bagi Allah s.w.t. Pengampun segala dosa, Penerima semua taubat, dan yang Maha Keras seksaan-Nya. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhad diibadahi selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dialah yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya - selawat serta salam semoga selalu dicurahkan kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

Amma ba'bu.

Blog ini  penulis cipta sebagai memperihalkan pandangan dan pengalaman hidup untuk tatapan generasi  Y masakini dan yang akan datang. Disamping mengkisahkan latar belakang keluarga, penulis berharap beberapa pengalaman hidup setelah lebih setengah abad penulis mengenal dunia, sebagai sumber informasi dan mendidik. Penulis memohon berbanyak kemaafan sekiranya fakta-fakta yang diperturunkan tidak tepat dan mohon pembetulan melalui kritikan penulisan atau nasihat dan pandangan serta cadangan yang membina.  Akhir kalam,  segala yang baik itu adalah kepunyaan Allah SWT dan segala yang buruk itu adalah dari hamba yang daif ni.

No comments:

Post a Comment