Wednesday 4 September 2013

IBUKU



1.     Inilah wajah ibu tercinta, Hajah M (privasi) yang dilahirkan pada 21/12/37 di Derga Alor Setar Kedah. Puteri berkulit putih melepak ini adalah zuriat dari pasangan Ismail dan  Zaleha. Ibu   adalah anak ke dua dari tiga adik beradik. Kakaknya bernama Putih @ Kalsom (dipanggil gelaran Wa)  dan adiknya Azizah (gelaran Chu), manakala ibu dipanggil pangkat/gelaran Teh @ Mak Teh).





2. Ayah ibuku (Tokwan Mail) berasal dari Kampong Permatang Pasir, Permatang Pauh, Province Wellesly, bertugas sebagai anggota polis. Oleh yang sedemikian, pasangan ini sering berpindah randah disebabkan bertugas di beberapa buah balai polis. Di antaranya Balai Polis Sungai Petani, Kuala Nerang dan Telok Ayer Tawar. 


3.  Zaman kanak-kanak ibuku agak tragis kerana kedua ibu bapa beliau telah meninggal dunia pada usia muda. Ayahnya Ismail meninggal dunia disebabkan penyakit tibi. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan Permatang Pasir. Manakala ibunya Zaleha meninggal dunia ketika detik-detik untuk melahirkan anak mereka yang ke empat. Bayi tersebut terlebih dahulu mati di dalam perut ibunya.  Ibuku serta kakak dan adiknya hanya tahu ibu mereka telah meninggal dunia apabila mereka telah di kejutkan dari tidur oleh tok nek Sopiah. Mereka masih terpingga-pingga kerena masih kecil dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Tidak ada tangisan. Apa yang tok nek Sopiah beritahu "mak hangpa dah mati beranak".  Kedua-dua jenazah ibu dan anak tersebut telah disempurnakan kebumian di tanah perkuburan Derga. 


4 Oleh itu, tanggungjawab memelihara ketiga-tiga puteri ini diambilalih oleh nenek mereka iaitu Sopiah. Sopiah  memulakan penghidupan baru di Derga Alor Setar. Sebagai anak yatim piatu dan kekangan kemiskinan menyebabkan ibuku, kakak dan adiknya tidak mendapat pendidikan formal, atau dengan kata lain, mereka  buta huruf dan kurang didikan keagamaan. Setelah ibuku berkahwin dengan ayahku (arwah) Hj.Ahmad, yang bertugas sebagai warder di Jabatan Penjara Alor Setar, barulah ibu mula belajar membaca melalui Kelas Dewasa (Kelas Buta Huruf), dan belajar mengaji dan membaca Al-Qur'an melalui tunjuk ajar dari ayahku, jiran dan rakan. 


 5 Hasil perkongsian hidup ibu dan bapaku, mereka telah dikurniakan 8 cahaya mata (6 putera dan 2 puteri). Bagaimanapun, anak sulung mereka Natrah  seorang puteri yang jelita telah meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Pumpong, Alor Setar. Apa yang menyedihkan, kemalangan maut ini berlaku di hadapan mata ibuku sendiri. Meskipun ibuku tidak kenal huruf, tetapi beliau positif di dalam pendidikan anak-anak. Baginya, anak-anaklah penebus kesedihan dan kekecewaan hidup. Oleh itu, tidak hairanlah kesemua anak-anak beliau mendapat pendidikan yang sempurna. Ada yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi  tempatan dan ada yang berjaya  ke luar negara seperti Scotland dan Australia dan  berjaya hingga keperingkat Phd........  inilah episod pertama patah sayap terbang jua.......
di Madinah
























ibuku

























FAMILY TREE SALASILAH IBUKU


HAWA  berkahwin  dengan  MOHD NOOR (Penghulu Derga)

dikurniakan seorang puteri benama SOPIAH

SOPIAH berkahwin dengan  SAIDIN (berasal dari Georetown @ Tanjong).

dikurniakan 3 orang anak iaitu ABAS, ZALEHA dan CHE MAH

ABAS berkahwin dengan LAT dapat 3 orang anak iaitu Sobri (Pak Long Yi) , Johara (Mak Teh Aa) dan ......
ABAS berkahwin dengan WAN RAHMAH, setelah LAT meninggal dunia, tetapi jodoh mereka pendek -bercerai.
ABAS kemudian  berkahwin dengan CIKGU BASHAH (berasal dari Pulau Langkawi). Pasangan ini di kurniakan empat orang  anak iaitu AMIR (Pak Mir), ZURIDA (Da - kawin dengan   XXX  berasal dari Derga) ZURINA (Na berkahwin dengan XXX yang berasal dari Teluk Kechai)  dan XXX.

ZALEHA berkahwin dengan ISMAIL

dikurniakan tiga puteri iaitu KALSOM @ PUTIH, HAJAH M  dan AZIZAH

PUTIH di kurnia 4 anak iaitu  KAK CIK, HASNAH, HASANIAH, DAHLAN dan HAJERAH

HAJAH M  dikurniakan 8 orang anak iaitu NATRAH (meninggal usia 5 tahun), FISOL, HAYATI, AZHAR, FAIS, HARIS, IQBAL dan FIRDAUS

AZIZAH dikurniakan 3 anak iaitu ANI (meninggal kemalangan jalan raya usia 28 tahun), DIN (berada di Pinang Tunggal) dan ANITA

CHE MAH berkahwin dengan HASHIM (anggota Bomba di Sungai Petani)

dikurniakan 2 orang anak iaitu FADZIL (Pak Lang Yen - berada di Sungai Petani) dan SYARIFAH (Mak Tam Pah - Alor Merah/Kuala Lumpur)






































































No comments:

Post a Comment