Baca Siri 1.0 DI SINI
1. Sekiranya kita ditimpa musibah seperti penyakit, itu adalah tanda ujian kecil dari Allah kepada hambaNya. Kisah Nabi Ayub a.s. yang pernah mengalami penyakit kulit yang amat kronik selama 7 tahun adalah kisah klasik sekiranya kita mengkaji sirah para Nabi dan Rasul. Kesabaran Nabi Ayub a.s. dengan sifat redha terhadap ujian-ujian dari Allah, telah mengangkat martabatnya dan menjadikan beliau paling mulia di sisi Allah SWT. Sekiranya kita diuji dengan penyakit, yang penting adalah kesabaran. Berpeganglah kepada falsafah bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Berusahalah untuk berubat. Kemudian bertawakal kepada Allah. Jangan ada kekecewaan ketika berhadapan dengan situasi penyakit, termasuklah penghidap penyakit asma.
2. Asma berasal dari perkataan bahasa Yunani 'asthma' yang bermaksud 'sukar bernafas'. Masyarakat Melayu menyebutnya sebagai lelah atau semput. Ia adalah penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan, iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba dan menyebabkan kesukaran bernafas pada paru-paru. Hal ini berlaku kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.
3. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kahak (mukus) pekat menutup saluran pernafasan dengan menghalang kemasukan oksigen ke dalam paru-paru. Asma bukan jangkitan kuman. Jika paru-paru dijangkiti kuman, pesakit dikatakan menghidap penyakit radang paru-paru atau pneumonia. Kematian pejuang apartheid Nelson Mandela baru-baru ini adalah berkait dengan penyakit radang paru-paru.
4. Faktor- faktor penyebab :-
Terdapat beberapa faktor penyebab yang membolehkan terjadinya asma tahap ringan, sederhana dan teruk (kronik). Di antaranya:-
- Faktor genetik iaitu seseorang yang mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi.
- Jangkitan pada saluran pernafasan
- Tekanan emosi dan fizikal
- Kesan sampingan dari pengambilan sesetengah ubat seperti aspirin.
- Pergerakan fizikal seperti senaman atau bersukan yang berlebihan, berkebun etc.
- Pendedahan kepada udara tercemar dan asap (rokok ?), wasap bau/aroma bahan kimia seperti cat.
- Alergi kepada makanan seperti pulut, buah nangka. rambutan dan pulasan yang berair serta makanan laut seperti udang dan kerang.
- Alergi kepada habuk, debu, kutu hama (house dust mite), debu debunga (spora) bulu binatang terutama kucing dan keadaan udara persekitaran yang terlalu sejuk atau terlalu panas.
- Keturunan
- Batuk berpanjangan terutama waktu pagi dan malam
- Nafas berbunyi (wheezing sound).
- Rasa sesak nafas ketika berjalan, mendaki cerun atau menaiki tangga.
6. Pemantauan
Pemantauan tahap seriusnya asma boleh dibuat dengan menggunakan alat yang dipanggil peak flow meter (PFM). PFM boleh digunakan untuk memeriksa fungsi paru-paru. Ia boleh memberi tahu samaada saluran udara tersebut sempit atau tidak. Juga boleh memberitahu samaada pesakit boleh mengambil ubat asma atau tidak berpandukan kepada gejala asma pada ketika tersebut. Alat ini dapat mengukur kelajuan udara yang dihembus keluar dari paru-paru. Terdapat beberapa jenis PFM di pasaran. Di klinik pesakit diminta menghembus nafas keluar melalui PMF berbentuk tiub yang ada penunjuk indikator. Pesakit perlu menarik nafas sedalam yang mungkin dan hembuskan ke dalam tiub tersebut sekuat mungkin. Bacaan 80 % hingga 100 % menunjukkan paru-paru anda adalah baik. Bacaan 50 % - 80 % anda ada asma dan perlu sedia ubat atau inhaler, jika serangan mengejut berlaku. Jika bacaan di bawah 50 % anda perlu jumpa doktor.
Bagi penghidap yang sering mengembara, disyorkan anda membawa bersama-sama PFM jenis spiro flow meter (dewasa/kanak-kanak). Spiro flow meter berbentuk kompek dan bacaanya berpandukan kepada kedudukan indikator sama ada terletak di zon merah, kuning atau hijau setelah hembusan udara dari paru-paru melaluinya. Harga dijual di farmasi ialah RM 80.00 seunit. Ambil bacaan pada sebelah pagi. Jika anda masih batuk, tunggu hingga batuk berkurangan dulu sebelum menghembus.
7. Rawatan
Ubat rawatan asma ada dua iaitu ubat sedutan penahan (reliever) dan ubat sedutan pencegah (preventor).
Ubat penahan biasanya mengandungi ubat yang bertindak bagi mengembangkan saluran penafasan ketika pesakit mengalami serangan akut. Ubat pencegah pula mengandungi dos steroid kuantiti rendah (microgram) dan berfungsi sebagai anti-inflamasi bagi mencegah serangan akut asma. Para doktor mengesyorkan pesakit mengambil kedua-dua jenis ubat tersebut untuk mengurangkan risiko kematiann. Pesakit yang mendapat serangan asma pada sebelah malam dikategorikan sebagai kes rawatan kecemasan semasa mendapat rawatan di hospital kerajaan.
8. Kaedah Rawatan
8.1 Penggunaan inhaler.
- Kelebihan - ubat dari sedutan inhaler terus masuk ke dalam saluran pernafasan berbanding ubat tablet yang ditelan melalui perut yang akan menyerap masuk ke saluran darah dan barulah ke saluran pernafasan bahagian kecil dalam paru-paru. Oleh itu organ-organ lain di dalam badan tidak mengalami kesan dari ubat tersebut.
- Jadi, inhaler bertindak dengan lebih berkesan. Lagipun hanya dos yang kecil sahaja disedut dan kesan sampingan ubat minimum jika pengambilan dibuat dalam jangka masa panjang. Misalnya Ventolin mengandungi 100 microgram salbutamol sulphate.
- Klinik kesihatan, hospital atau farmasi akan membekalkan inhaler jenis salbutamol, inhaler terbuline, inhaler ipratropium atau inhaler budesonide. Penulis yang biasa menggunakan inhaler merasakan kaedah rawatan ini hanya untuk melegakan keradangan tersebut, tetapi bukan untuk rawatan hingga sembuh.
8.2 Penggunaan Symbicort Turbuhaler
- Dipekkan dalam bentuk debu atau inhalation powder. Satu dos mengandungi 100 microgram formoterol fumarate dan 730 microgram lactose. Untuk makluman, hanya sesetengah hospital kerajaan sahaja yang membekalkan symbicort turbuhaler kerana harganya agak mahal (RM 130/ pek) yang mengandungi 120 dos - bagi kegunaan sehari 4 kali sedutan iaitu dua kali sebelah pagi dan dua kali sebelah petang untuk selama 30 hari bagi pesakit asma yang agak kronik (rujuk kepada presripsi doktor atau farmasis atau risalah panduan penggunaan yang dibekalkan bersama)
- Untuk rawatan yang lebih berkesan penggunaan Symbicort Turbuhelar secara konsisten dipercayai boleh mengurangkan kekerapan serangan penyakit asma. Satu atau dua kali sedutan pada sebelah pagi dan pada sebelah petang (walaupun tidak ada serangan asma) In sha Allah boleh menyembuhkan penyakit ini.
- Sekiranya Symbicort Turbuheler tidak dibekalkan oleh klinik kerajaan, pesakit atau ahli keluarga pesakit yang bekerja dengan kerajaan boleh beli dari farmasi atau klinik swasta dan boleh tuntut semula duit ubat tersebut dari kerajaan dengan mengisi borang tuntutan yang boleh didapati dari pejabat jabatan berkenaan.
8.3 Pengambilan tablet.
- Pesakit akan makan/telan tablet ini berdasar arahan dari doktor atau farmasis. Jenis yang dibekalkan ialah tablet salbutamol 2mg, tablet theophyline 125 mg, tablet prednisolone5 mg atau tablet terbutalin 2.5mg.
8.4 Kaedah suntikan
- Di dalam kes-kes tertentu, pesakit akan terus dicucuk dengan menggunakan ubat hydrocortisone 100 mg. atau aminophyline 250 mg.
8.5 Sedutan wasap
- Sedutan gas oksigen yang dilarutkan menjadi wasap atau aerosol dengan bantuan mesin nebulizer. Kaedah ini digunakan di hospital, klinik kerajaan dan swasta sebaik sahaja pesakit tiba untuk mendapatkan rawatan. Kaedah ini berkesan menangani gangguan pada sistem respiratorius.
- Mesin ini berfungsi sebagai alat mengubah cairan (ubat) menjadi wasap (aerosol) yang sangat halus dan mudah dihisap/sedut ke dalam saluran pernafasan dan paru-paru. Wasap ini dapat membantu mengeluarkan lendir kahak dari tenggorokan dan membersihkan saluran pernafasan.
- Di hospital ,biasanya rawatan dibuat di satu ruangan khas yang terdapat beberapa buah kerusi empuk dan boleh merawat seramai empat atau lima pesakit sekali gus. Setelah 20 minit hinnga 30 minit wasap disedut, doktor akan memeriksa semula tahap asma anda. Jika masih belum sembuh, pesakit akan diminta ulang sedut lagi untuk beberapa minit. Tetapi jika paru-paru anda masih terdapat bunyi ketika bernafas, besar kemungkinan anda akan ditahan dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan susulan. Semasa dalam rawatan sample kahak pesakit akan diperiksa. Pesakit diberi rawatan secara sedutan wasap dan telan tablet.
9. Rawatan Alternatif
- Terdapat berbagai pihak yang mengendalikan rawatan asma secara Islam. di antaranya rawatan di Darul Syifa (Ustaz Dr. Harun Din). Terdapat beberapa kaedah rawatan di situ, di antaranya ialah dengan meminum campuran madu lebah dengan empat atau lima titik getah buah betik. (pesakit kanak-kanak cuma 2 titik getah buah betik). Minum pada waktu malam bersama-sama dengan air penawar doa syifa.
Rawatan Ustaz Sharhan
| Ustaz sedang memberi ceramah perawatan perubatan secara Islam di Masjid At-Taqwa Lahar Yooi |
1. Minum/makan lendir belut. Untuk membuka selera, belut disalutkan dengan roti gardenia. Makan lendir yang lekat pada roti tersebut.
2. Makan sup daging dan tulang anak burung pipit rumah.
Kanak-kanak :
Minum satu sudu madu lebah asli yang dititis dengan 2 atau 3 titik madu lebah.
- Rawatan secara tradisional. Penulis pernah mendapatkan rawatan dari Pak Teh Rawatan Perubatan Tradisional di Raja Kedah. (Sila lihat youtube dibawah tajuk Pak Teh Perubatan Tradisional) Rawatan dibuat di rumahnya di Jenari, Jeniang Kedah. Sediakan lima helai daun sireh yang siap disapu kapur, kepingan pinang dan sebotol air mineral.(boleh dibeli di situ).
Pak Teh akan mengeluarkan sejenis 'pisau' dan ditorehkan ke atas dada pesakit kira-kira 10 saat. Sireh dan pinang dikunyah, air sireh tersebut disapukan pada bekas 'parut' di bahagian dada yang kena toreh tersebut selama tiga hari berturut-turut. Air penawar hendaklah diminum. Bayaran perubatan sebanyak RM 35.50.
Foto : Kaedah rawatan Pak Teh ke atas pesakit tiroid - akan ditoreh pada bahagian tepi telinga
- Jika anda gemar makan makanan eksotik, cuba makan anak tikus atau ulat daun pisang secara mentah untuk mengubat penyakit asma anda ("hear say ?"). Cubalah try....
10. Kesimpulan - jagalah paru-paru anda kerana ia adalah salah satu organ penting dalam kelansungan hidup. Penyakit asma boleh dirawat tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya. Artikel di dalam blog ini bukanlah satu risalah perubatan. Sila dapatkan rawatan dari pegawai perubatan bertauliah jika anda diserang penyakit atau untuk mendapat apa-apa jua rawatan.
KEHADIRAN ASMA DALAM HIDUPKU SIRI 1 DI SINI
MyHEALTH
To Me
Terima kasih kerana menggunakan Portal MyHEALTH.
Salam 1Malaysia
Anda telah menghidap Bronchial Asthma sejak 20 tahun dahulu dan merupakan bekas guru. Dari maklumat yang diberikan, berdasarkan umur anda, jangkaan bacaan Peak Flow Meter adalah 520 l/min dan target yang harus dicapai (70% dari jangkaan) adalah 364 l/min. Namun, anda menyatakan bahawa bacaan anda kurang dari 270 l/min . (Manakala Body Mass Index, BMI anda adalah 23.9)
Dari sudut yang lain, untuk mengetahui kawalan asma yang baik, bacaan Peak Expiratory Flow, PEF anda hendaklah 80% dari dari hembusan yang terbaik yang anda rekodkan semasa kawalan asma anda adalah optimum (sihat & tidak alami serangan asma ketika itu). Adakah anda mengetahui bacaan terbaik PEF anda (iaitu bacaan PEF semasa kawalan asma adalah baik) ?
Berkenaan dengan Peak Flow Meter:
- Matlamat penggunaan Peak Flow Meter adalah untuk membangunkan satu pelan pengurusan asma peribadi bagi mencapai kawalan yang berkesan dan agar dapat memudahkan pemantauan penjagaan kawalan asma dari semasa ke semasa (e.g. semasa temujanji dan semasa pemeriksaan klinikal).
- Adalah penting bagi pesakit diajar dengan betul dan menjadi mahir dalam penggunaan alat ini.
- Peak Flow Meter adalah alat untuk mengukur kekuatan (kepantasan) paru-paru seseorang untuk meniup udara keluar dari paru-paru apabila terdapat penghembusan secara paksa, selepas penyedutan nafas maksimum. Bacaan pengukuran ini dipanggil Peak Expiratory Flow atau 'aliran hembusan nafas maksima ' (PEF). Peak Flow Meter membolehkan doktor menilai kekuatan paru-paru seseorang pesakit asma dengan merekodkan aliran udara melalui alat ini semasa menghembus nafas dan seterusnya membantu untuk menentukan tahap kawalan / serangan asma seseorang ketika itu.
- Bacaan peak flow (hembusan optimum) biasa atau terbaik adalah peak flow tertinggi konsisten membaca sepanjang tempoh 2-3 minggu semasa pesakit tidak mempunyai sebarang gejala asma.
- Apakah kadar PEF yang normal? PEF yang normal adalah berbeza-beza mengikut umur dan jantina. (PEF adalah bersandarkan bacaan normal bagi individu yang tidak menghidap asma.
- Adalah penting untuk doktor menetapkan jenis Peak Flow Meter yang sesuai untuk setiap pesakit
- Ia berfungsi sebagai standard terhadap bacaan-bacaan PEF susulan yang direkodkan. Dengan memeriksa bacaan PEF peribadi pesakit yang terbaik (iaitu semasa beliau tidak mempunyai sebarang gejala asma), bacaan PEF boleh dipantau pada temujanji susulan dan dapat digunakan untuk menilai apabila bacaan PEF pesakit itu tidak berada di tahap optima.
- Di samping itu, apabila PEF berada pada paras yang optimum, ia membantu untuk memberi jaminan kepada pesakit (reassurance) bahawa kawalan asma pesakit adalah baik. Adalah penting bagi pesakit mengetahui bahawa bacaan PEF peribadi terbaik bagi setiap pesakit asma terbaik (bacaan normal) adalah unik kepada mereka
- Doktor akan membantu pesakit dalam penjagaan dan kawalan asma pesakit. Oleh itu, adalah penting bagi pesakit untuk hadir pada temujanji susulan yang telah dijadualkan bagi membolehkan pemantauan berkala terhadap kawalan asma.
Untuk menangani persoalan saudara (untuk meningkatkan kawalan asma), banyak faktor lain perlu diambil kira, iaitu amalan cara hidup yang sihat seperti pemakanan yang seimbang, aktiviti senaman / riadah, tidak merokok, persekitaran rumah / tempat kerja yang sesuai dan pengurusan stres (kesihatan minda). Sebaik-baiknya, datanglah ke klinik kesihatan yang berdekatan (atau klinik yang merawat masalah asma anda) dan dapatkan kepastian tentang perkara yang telah dinyatakan. Sekiranya perlu, ujian tambahan (seperti X-Ray dan sebagainya) akan dilakukan dan rujukan akan dilakukan ke pakar yang berkenaan (contohnya Pakar Kesihatan Keluarga atau Chest Physician) untuk tindakan lanjut.
Selain dari itu, pemeriksaan lain juga boleh dilakukan di klinik kesihatan seperti pemeriksaaan tahap gula dan kolesterol dalam darah, penilaian fungsi jantung, Electrocardiogram (ECG) dan lain-lain.
Maklumat tentang pemakanan yang sihat, sila lihat: Portal MyHEALTH > Pemakanan yang sihat
Checklist (Senarai Semak) Kawalan Asma:
1.Bagaimanakah untuk mengetahui bahawa asma adalah terkawal?
- Tiada batuk, sesak nafas atau pernafasan berbunyi (wheeze)
- boleh melakukan aktiviti seharian
- dapat tidur lena
- tidak memerlukan penggunaan bronchodilator (inhaler) lebih dari sekali dalam sehari
- Bacaan PEF anda adalah melebihi 80% dari bacaan terbaik (normal) anda
Tindakan: Teruskan ubat-ubatan (inhaler) sedia ada (preventer dan reliever) dan ikuti temujanji susulan yang dijadualkan
2.Bilakah asma tidak dikawal dengan baik?
- Pernafasan berbunyi dan sesakan nafas melebihi kebiasaan (hari yang normal / sihat)
- Aktiviti seharian terjejas
- Terbangun dari tidur pada waktu malam sekali atau dua kali pada hari tersebut
- Bacaan PEF anda adalah kurang dari 80% dari bacaan terbaik (normal) anda
Tindakan: Tambahkan sukatan (dose) ubat-ubatan anda dan dapatkan rawatan secepat mungkin
3.Bagaimana untuk mengetahui apabila kawalan asma anda adalah teruk ?
- Pernafasan berbunyi dan sesak nafas hampir sepanjang hari
- tidak dapat lakukan aktiviti seharian seperti bercakap atau berjalan
- Terjaga (tidak dapat tidur) sepanjang malam
- Bacaan PEF anda adalah kurang dari 60% dari bacaan terbaik (normal) anda
Tindakan: Gunakan ubat-ubatan sedia ada; reliever (inhaler) 2 hingga 4 sedutan (puffs) dan sekiranya ada dibekalkan ubat (pil) prednisolone, ikuti arahan dosej ubat seperti yang diarahkan dalam label. Dapatkan rawatan serta-merta.
Nota: Pastikan Buku Rekod (catatan) Pelan Rawatan Asma berada dalam simpanan dan gunakan untuk rujukan apabila perlu.
Maklumat-maklumat penting untuk direkodkan: Nama, alamat, No. Telefon, Nama klinik dan doktor yang merawat, No telefon ambulan / klinik yang merawat), Senarai ubat-ubatan untuk asma (& penyakit lain jika ada) dan Bacaan Best Peak Flow Reading (PEF).
MyHEALTH
2012/3/13 MyHealth <askmyhealth@moh.gov.my>
Nama (Name) AZHAR BIN AHMAD E-mel (E-mail) azharahmad_upee@yahoo.com Nombor Telefon (Phone Number) 0194151682 Tajuk (Title) KESIHATAN PARU-PARU Pertanyaan (Question[s]) Saya berumur 55 thn. berat badan 69kg. tinggi 170 cm, lelaki - melayu. Saya mengalami astma semenjak usia 35 tahun dan masih menggunakan inhaler astalin. Pernah jadi guru (selama 25 thn) dan banyak menggunakan kapur tulis ketika mengajar (lakaran geografi). Pemeriksaan kesihatan paru-paru menggunakan Peak Flow Rate Meter menunjukkan bacaan bawah 230 PEF(l/min). Adakah saya telah mengalami apa-apa penyakit berkaitan dengan paru-paru. Bagaimana nak tingkatkan bacaan PEF & permakanan yang sesuai.


















.jpg)