Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

Monday, 23 June 2014

NAMUN KU PUNYA HATI

1. Ops 6P  jam 2 pagi oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada Sabtu minggu lepas untuk menangkap pendatang tanpa izin (PATI) yang mendiami di kawasan operasi,  secara tidak sengaja telah menemui seorang remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU)  yang dikurung dalam keadaan yang amat menyedihkan oleh ibunya di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak Fasa 2 , Nilai, Negeri Sembilan. Menurut Pengarah jabatan berkenaan Encik Faizal Fazri bin Othman yang mengetuai operasi tersebut, remaja berumur 15 tahun itu ditemui kurus kering di dalam persekitaran bilik di rumahnya yang dipenuhi dengan tanah dan najis. Remaja tersebut telah dihantar ke Hospital Tunku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan kesihatan,  manakala ibunya yang dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat katering di KLIA telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. Remaja tersebut telah dikenalpasti sebagai Muhamad Firdaus bin Dullah yang dikatakan mengalami OKU 'celebtral palsy' @  CP  (cerebtral = otak, palsy = kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot). Maklumat lanjut celebtral palsy baca di sini



Alangkah terkejutnya petugas dari Jabatan Imigresen kerana PATI yang dicari, tetapi Firdaus yang dijumpai

Muhamad Firdaus yang dikatakan diabaikan oleh ibunya

Gambar remaja lelaki ini dijumpai dalam facebook wanita yang ditahan dan disyaki sebagai ibu kepada remaja OKU 


2. Pada 22 Jun 2014 yang lalu penulis sempat berkunjung ke rumah seorang 'sahabat', iaitu  Awaludin bin Mohd. Yusuf (68 Tahun) di kediamannya di Rumah Murah Batu 30 Ulu Yam Lama, Selangor yang juga mengalami 'celebtral palsy' semenjak 60 tahun dahulu. Penulis bersyukur kehadrat Allah swt kerana Awaludin  tidaklah seteruk rakannya Muhammad Firdaus bin Dullah kerana Awaludin masih sihat dan masih ada keluarga yang sanggup  untuk menjaganya. Awaludin adalah anak sulung  dari empat adik  hasil perkongsian hidup pasangan Mohd. Yusuf dan Rahimah (kedua-dua ibu dan bapa beliau  telah meninggal dunia, dimana Mohd. Yusof  telah kembali ke alam barzah kira-kira 16 tahun yang lalu, diikuti pula ibu beliau kira-kira 8 tahun berikut).  Adik beliau Encik Tamam bertanggung jawab menyara Awaludin sehingga hari ini. Tamam yang tidak mempunyai pekerjaan tetap  terpaksa meminta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat Selangor dan sumbangan dari beberapa NGO untuk membeli barangan keperluan Awaludin.
Awaludin @ Amat,  penulis anggap sebagai sebahagian dari keluarga kami

3. Penulis mengenali Awaludin kerana ibu bapa beliau   berjiran dengan rumah mertua penulis. Bagaimana pun, apabila  keluarga isteri penulis telah berpindah  rumah baru mereka di Taman Sri Kamin, Ulu Yam Bharu selepas tujuh tahun kami mendirikan rumah tangga, hubungan penulis  sekeluarga dengan  Awaludin tetap kukuh. Semasa berjiran dengan keluarga Awaludin,  adik beradik sebelah isteri dan anak-anak penulis yang masih kecil ketika itu amat rapat dengan Awaludin. Adik beradik sebelah isteri dan anak penulis sering mengusik dan  menyakat Awaludin supaya beliau melatah. Tingkah laku spontan yang ditunjukkan oleh Awaluddin telah menghiburkan mereka. Bagaimanapun, bukanlah tujuan mereka membuli Awaludin, tetapi lebih kepada untuk berhibur dan menggembirakan dengan beliau. Kini, ketika masuk usia emas, Awaludin masih mengenali keluarga penulis. Saban tahun kami mesti ziarah beliau terutama di hari lebaran untuk menghulurkan duit raya. Pada asasnya tidak banyak perubahan dari segi zahir dari semenjak penulis mengenali beliau, sehinggalah ke hari ini. Beliau masih suka bercerita kisah silam beliau dengan menggunakan pergerakan tangan dan kepala.
Awaludin dilatih kendiri soal makan-minum, berpakaian dan buang air besar dan kecil
4. Menurut Tamam, Awaludin dilahirkan cukup sempurna sifat  sama seperti bayi dan kanak-kanak lain. Beliau sempat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam. Ayahnya Encik Yusuf seorang pesara polis, manakala ibunya suri rumah. Bagaimanapun, ketika usia Awaludin lapan tahun, beliau diserang demam panas kekejangan dan sawan yang agak kronik. Akibat dari demam tersebut, badan beliau telah menunjukkan beberapa sifat ganjil. Di antaranya, kaki beliau mulai membengkok dan berlipat kerana  pertumbuhan tulang pada anggota badan tidak seimbang, menyebabkan beliau tidak boleh berjalan, sebaliknya hanya mampu mengesot dan beliau juga menghadapi masalah pertuturan. Semenjak dari peristiwa tersebut, beliau sudah tidak boleh menguruskan diri sendiri dan berhenti dari sekolah. Kemiskinan hidup menghalang keluarga beliau untuk mendapatkan rawatan moden, sebaliknya beliau banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Sekali sekala beliau akan 'naik' basikal roda tiga untuk bersiar-siar sekitar taman perumahan.


basikal roda tiga yang sekarang sudah tidak digunakan lagi kerana keluarga  bimbang keselamatan Awaludin
5. Pada setiap kali penulis bertemu dengan penjaga Awaludin, penulis sering mengingati mereka supaya istiqamah dan bersabar dengan ketentuan Allah swt. Ajaran Islam amat menyanjung tinggi golongan tersebut. Layanan yang saksama juga mesti diberikan kepada mereka.  Ada kisah meriwayatkan Allah swt pernah menegur Rasulullah SAW tatkala Baginda didatangi oleh Abdullah bin Ummi Maktum seorang sahabat yang cacat penglihatan bertanyakan sesuatu hal berkaitan agama kepada Nabi Muhammad SAW tatkala Baginda sedang menjalankan misi dakwahnya kepada golongan elit Makkah dan bangsawan  Quraisy. Pada saat itu, Nabi s.a.w memalingkan mukanya dari Abdullah bin Ummi Maktum dan memberi tumpuan kepada dakwahnya terhadap bangsawan Quraisy. Justeru, teguran ALLAH ini sebagai satu isyarat golongan OKU ini perlu dilayani dengan saksama dan tidak boleh dinafikan hak mereka dalam urusan agama, ilmu dan seumpamanya. Apatah lagi jika berkaitan dengan urusan-urusan menyambung kehidupan kerana mereka juga berhak hidup sebagaimana mereka berhak dilahirkan dan dibesarkan dengan adil.

"Namun ku punya hati,
  Juga gayaku perasaan,
    Hidupku yang sebegini,
       Kadar waktu diizin Tuhan.

Ibu bapa atau penjaga hendaklah reda dengan apa yang berlaku kepada anak atau kaum keluarga mereka yang 'istimewa' itu. “Sesiapa yang tidak reda dengan Qada-Ku dan Qadar-Ku serta tidak tabah terhadap ujian yang aku berikan, maka carilah Tuhan selain Aku”.(Dilaporkan daripada Tabrani).

6. Terdapat beberapa hikmah daripada kelahiran anak cacat atau anak yang mengalami kecacatan setelah dilahirkan. Antaranya ialah:
  •  Allah menguji ibu bapa tersebut sebab hidup merupakan ujian seperti mana yang diterangkan dalam maksud ayat “...Tetapi Allah SWT hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah SWT kembali kamu semuanya…”(Surah al-Maidah, ayat: 48).Jika ibu bapa tersebut dapat bersabar dalam membesarkan anak tersebut maka Allah akan memberikan kejayaan kepada anak tersebut sebagai balasan atas kesabaran tersebut.
  • Perkara yang kita anggap baik belum tentu baik pada pandangan Allah SWT. Ia dapat dibuktikan dalam marfumNya “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah SWT mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat: 216) Allah mempunyai rancangan terhadap kelahiran bayi cacat tersebut sungguhpun ibu bapa merasa sial atas kelahiran tersebut tetapi ramai orang kurang upaya yang berjaya.
  • Allah SWT telah memilih ibu bapa tersebut supaya menjadi hamba-Nya yang sabar. Semua perkara tersebut hanya ujian daripada Allah SWT untuk melihat tahap kesabaran ibu bapa tersebut kerana anak yang cacat memerlukan perhatian yang lebih besar berbanding anak yang normal.
  • Allah SWT memberi peluang kepada orang lain untuk berbuat baik kepada anak cacat tersebut.
  • Allah SWT memberikan pengajaran dan keinsafan kepada orang lain supaya menghargai kesempurnaan yang diberikan oleh Allah SWT.
Segala hikmah Allah yang kita ketahui dari Rabb kita harus kita imani. Dan yang tidak mampu kita ketahui, kita serahkan kepada Rabb kita. Allah lebih mengetahui dan lebih bijaksana. Kita hanya memiliki ilmu yang Allah ajarkan kepada kita, dan Dia-lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.



Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua

Sunday, 9 February 2014

PROGRAM i-SEJAHTERA KERAJAAN NEGERI PINANG


Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(Yang di Perkenalkan Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat)

1. PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS



1) Pemohon mestilah berumur 60 Tahun ke atas. Nilai bantuan RM 100 setiap tahun
2) Pemohon mesti berdaftar dengan SPR sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang.
(Bantuan berbentuk 'one-off' sebanyak RM1,000 diberi kepada waris warga emas yang meninggal dunia). Sila kemukakan Sijil Perakuan Kematian dari JPN/Balai polis.

*
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Waris.


2. PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL



1.       Warganegara Malaysia Nilai bantuan RM 100 setiap tahun
2.       Bermastautin di Pulau Pinang
3.       Umur kurang daripada 60tahun.  Ibu Tunggal yang meninggal dunia berhak dapat bantuan RM 1000 one-off
4.       Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang
5.       Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
6.       Tidak berkahwin semula  
7.    Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada  Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi  syarat-syarat program ini
      
    * DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Sijil Kelahiran semua anak.
- Salinan Kad Pengenalan semua anak.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.


3. PROGRAM BANTUAN OKU



1) Warganegara Malaysia. Nilai bantuan RM 100 setiap tahun
2) Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau      Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun. OKU yang meninggal dunia  diberi bantuan RM 1000 (one-off) kepada waris mereka. 

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pendaftaran OKU.
- Salinan muka hadapan buku bank.

4. PROGRAM ANAK EMAS


Nur Umairah Insyirah dah dapat duit bantuan. Alhamdulillah  & thanks to Penang State

1) Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan      SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3) Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
4) Tarikh kelayakan mulai Januari 2011. Nilai bantuan RM 200 (one-off)
* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
-
Salinan MYKID.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.


5. PROGRAM SKIM PELAJAR EMAS


  1) Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2) Terdiri daripada murid Darjah 1 & 4 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan
 1 & 4 bagi pelajar Sekolah      Menengah yang bersekolah di  Negeri  Pulau Pinang. Nilai bantuan RM 100 (one-off)
* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
-
Salinan MYKID/MYKAD.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.
- Pengesahan sekolah menyatakan pelajar bersekolah di sekolah yang dinyatakan seperti dalam Borang        Permohonan.










     
6. PROGRAM BANTUAN IBU EMAS


1) Warganegara Malaysia. 
2) Bermastautin di Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun. Ibu emas yang meninggal dunia, warisnya diberi bantuan RM 1000 one-off
4) Wanita telah berumahtangga dan tiada berpendapatan tetap. Nilai bantuan RM 100 setiap tahun
5) Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
              
 * DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Suami.
- Salinan Sijil Perkahwinan.
- Salinan Sijil Kelahiran Salah Seorang Anak.






Dapatkan maklumat lanjut di SINI




7. BANTUAN BENCANA  DARI TABUNG TYT  (MULAI TAHUN 1998)

Bantuan memperbaiki rumah 

Baiki rumah yang musnah dari kejadian ribut

1. Warganegara Malaysia.
2. Bermastautin di Pulau Pinang
3. Bantuan saguhati berupa wang ringgit  membaki kerosakan rumah kediaman akibat dari :-

  • Kebakaran
  • Banjir
  • Ribut Taufan
  • Tanah Runtuh
  • Gempa Bumi
  • Tsunami 

  4. Nilai bantuan adalah berdasarkan penelitian dan pemeriksaan tapak dan semakan terperinci
  dari segi kerugian yang dialami.
   

 * DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Permohon
- Salinan report pihak berkuasa Polis, Bomba dan Penyelamat dan Penghulu Kawasan


Borang permohonan boleh di dapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.




8. BANTUAN UNTUK PELAJAR MELANJUT PENGAJIAN KE IPTA
 (i-bita)

Maklumat lanjut boleh di rujuk DI SINI



9. PROJEK TITIAN SAKSAMA RAKYAT NEGERI PULAU PINANG
(Penang's Micro-credit Scheme)
Pengenalan 
Program Kerajaan Negeri bersama dengan PDC (Penang Dev. Cop.) untuk membantu mewujudkan satut sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan penjaja dan perniaga kecil.
Matlamat
  • Menawarkan modal tambahan kepada usahawan
  • Menggalakkan budaya menabung
  • Mewujudkan rangkaian usahawan
berniaga adalah usaha mencari rezeki halal yang menguntungkan
Pinjaman adalah :-
  • Tanpa cagaran, faedah dan penjamin
  • Jumlah pinjaman dariapada RM 1,000 hingga maksimum RM 10,000
  • Tempoh bayaran balik antara 1 hinga 2 tahun
  • Caj perkhidmatan 8% setahun untuk pinjaman kali kedua dan seterusnya.


Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
  • Berniaga di Negeri Pulau Pinang
  • Mempunyai tempat perniagaan
  • Mempunyai lesen pernaigaan dan telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Rekod pinjaman terdahulu yang bersih
  • Satu pinjaman sahaja untuk seisi rumah atau satu rakan kongsi dalam perniagaan

Dokumen Diperlukan
  • Gambar pemohon
  • Salinan Mykad pemohon
  • Salinan Mykad rujukan (bukan saudara mara atau ahli keluarga)
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Perniagaan
  • Foto premis perniagaan
  • Lakaran pelan lokasi perniagaan
  • Salinan bil utiliti (bil elektrik atau air)
  • Bukti pendapatan (penyata bank, rekod jualan)
  • Salinan Borang Penyata Pendapatan (jika ada)

Hubungi:
Unit PTSR (Bahagian Pembangunan Usahawan)
Perbadanan Pembangunan Pulau Piang
Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu
No. 1 Persiaran Mahsuri Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas
Tel : 04-634 011 x 354/364/182/191





10. TABUNG USAHAWAN TANI MUDA (TUTM)



Objektif
  • Tujuan penubuhan tabung skim mikro kredit ini  adalah memberi bantuan pinjaman maksimum RM 5,000 kepada usahawan tanu muda dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.
  • Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berkenyakinan program tersebut dapat memberikan galakan kepada  para pengusaha terutamanya golongan muda dan belia berumur 40 tahun ke bawah untuk menjadikan industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.





Syarat Kelayakan :-

  • Warga Malaysia berumur 40 tahun ke bawah
  • Tinggal menetap dan mengusahakan projek di Negeri Pulau Pinang
  • Merupakan usahawan tani sepenuh masa.
  • Mempunyai pengalaman mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Borang Permohonan

Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang
Jalan kulim,
Cherok Tok Kun
14000 Bukit Mertajam
Tel : 04-537 2142


Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
Bukit Tengah, 10150 Pulau Pinang
Tel : 04-508 4368

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang
Jalan akuarium,11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-657 2777