Tuesday 16 August 2016

KAMPUNG SUKUNAN D.I. YOGJAKARTA - DARI BANJIR SAMPAH KE BANJIR WANG




1.Penulis telah dijemput hadiri taklimat Pengasingan Sisa Di Punca  anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Menariknya pada majlis tersebut, penulis didedahkan bagaimana Dr. Iswanto bin Noto dari Environmental Health Specialist Sukunan, Sleman D.I Yogyakarta telah berjaya mengolahkan Kampung Sukunan menjadi Kampung Wisata Lingkungan. Hari ini, kampung tersebut yang aktif dengan aktiviti ecotourism bukan sahaja terkenal  pada kalangan penduduk di Nusantara Indonesia, malah pencinta alam sekitar  seantaro dunia. Semuanya bermula dari kejayaan usaha kitar semula sampah di punca oleh penduduk setempat. Itulah yang telah mendorong beberapa Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia seperti MPSP dan Majlis Perbandaran Sepang dan sebagainya menaja lawatan sambil belajar pegawai dan Ahli Majlis mereka ke desa tersebut.  Desa Sukunan  tidak mempunyai perkhidmatan mengutip sampah kerajaan. Setiap isi rumah melupuskan  sampah sendiri. Kebanyakan sampah ditanam dalam tanah, dibakar, dilonggok di kiri-kanan jalanraya atau dibuang ke dalam sungai atau taliair, malah ada dibuang ke dalam sawah padi. Para petani mengadu longgokan plastik yang  tersumbat di sawah padi mereka telah mengurangkan hasil padi. Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu Sukunan telah dibanjiri dengan sampah dan sudah tidak ada tempat melupus untuk sampah. (Sekadar info, Sukunan didiami 296 keluarga dengan seramai 1117 orang. 40 % penduduk terlibat dalam kegiatan pertanian dan ternakan, 30 % bekerja disektor pembinaan, 20 % usahawan dan 10% penjawat awam). Dr. Iswanto berasal dari Kampung Yudanegaran. Pada Tahun 1997, beliau dan famili telah berpindah ke Sukunan. Semasa  berada Yudanegaran, Iswanto terpaksa membayar caj angkut sampah rumahnya kepada petugas kebersihan secara rutin untuk dilupuskan.  Tetapi berbeza di Sukunan ketika itu kerana tidak ada perkhidmatan tersebut. Beliau terpaksa membawa sampah rumahnya ke pejabatnya di bandar untuk dilupuskan.   Itulah cabaran kepada Dr. Iswanto yang bingung bagaimana mengatasi persoalan sampah dan lingkungan di rumahnya. Lebih parah, masyarakat Sukunan  belum menganggap sampah sebagai satu  permasalahan komuniti. 

Dr Iswanto pada Majlis Taklimat Pengasingan Sisa di Punca - Kajian Kes Kampung Sukunan anjuran MPSP dan JKKK Taman Abdullah Fahim Kepala Batas SPU P.Pinang. (Foto Sdr. Rosli)

timbunan sampah sarap yang menghantui pencinta alam sekitar. (foto google)
sampah dibuang ke dalam sawah padi di Sukunan (foto google)
Team Dr Iswanto - isteri dan anak anak beliau (foto FB Dr. Iswanto)
2. Bermula dari kediaman beliau  yang kecil, tanpa tanah untuk taman, Dr Iswanto mengajak isteri Puan Endah dan dua orang anak iaitu Rifdafadullah dan Ronadeva memulakan pengasingan sampah di punca dengan mengasingkan kertas, plastik dan sisa dapur untuk kitar semula atau dibuat kompos. Di Indonesia, terlalu sedikit orang yang peduli akan pengelolaan sampah. Tetapi  Dr. Iswanto ternyata diantara  orang yang kesehariannnya memikirkan bagaimana mengolah dan memanfaatkan sampah pada persekitaran. Dr Iswanto memperkenalkan Konsep 3R - Re-use iaitu menggunakan kembali misalnya sisa sampah plastik diolah kembali menjadi beg plastik, Reduce  iaitu mengurangi sampah, misalnya tidak perlu memakai kertas tisu kalau ada sapu tangan, dan Recycling iaitu mengitar semula sampah. Untuk tujuan tersebut, Iswanto perlu mengubah mindset penduduk. Menurutnya manusia perlu mengubah cara pemikiran mereka untuk meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran yang sedia berubah dapat menjana idea dan inovasi baharu. Karena itulah, menurut beliau, pendekatan kepada masyarakat luar bandar yang berpendidikan rendah dan tahap kemiskinan yang tinggi memerlukan perubahan minda yang harus dilakukan secara konsisten.  Kejayaan Dr. Iswanto yang paling besar, dalam konteks ini ialah melahirkan komuniti kampung yang memiliki sistem tataurus sampah mandiri. Prinsip tataurus sampah mandiri yang diperkenalkan oleh Dr Iswanto terdiri dari empat perkara. 
  • Pertama, semua sampah diuruskan di punca iaitu di kampung itu sendiri. So, tidak perlu dilupuskan di Tempat Pembuangan Akhir (TPA). Hal tersebut dapat membantu mengurangi akumulasi sampah TPA yang akan terus menggunung. So, sampah  atau sisa tersebut dapat dimanfaatkan di punca.
  • Kedua produktif. Pelbagai sampah yang dihasilkan  di tengah masyarakat dapat  menghasilkan sesuatu barangan yang lebih bernilai
  • Ketiga  komprehensif. Pengelolaannya mencakupi semua jenis sampah - yakni tidak ada sampah yang akan dibuang.
  • Keempat mesra alam sekitar atau lingkungan yakni kaedah  yang diterapkan tersebut tidak mencemarkan persekitaran.
3. Bagaimana Dr Iswanto melakukan anjakan pradigma tersebut ? Tentulah beliau perlu melibatkan institusi kekeluargaan dan sosial di Sukunan yang menjangkau segenap lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah ke warga emas. Untuk itu, institusi  sosial dan komuniti masyarakat perlu diberi kesedaran. Bagaimana caranya ? Pada permulaan, beliau perlu turun ke padang. Dr.Iswanto membuat beberapa pertemuan dengan pempinan dan tokoh-tokoh masyarakat setempat untuk menyampaian gagasan beliau.
kunci kejayaan gagasan Dr. Iswanto
Setelah mendapat kesepakatan, dibentuklah Team Pengelola Sampah Sukunan. Team tersebutlah yang mengelola penempatan dan mewujudkan tong-tong sampah dan tong kompos. Pelbagai kaedah digunapakai untuk menarik perhatian masyarakat kampung menjayakan program tersebut, misalnya:-
  • Apakah kaedah untuk menarik penduduk kampung mengasingkan sampah menjadi tiga kategori iaitu sampah organik, sampah dari bahan plastik, dan sampah jenis lain (berupa sampah logam, kaca, dan sebagainya).  Di sini, Dr. Iswanto memperkenalkan kaedah tiga karung pengasingan. Setiap isi rumah hendaklah mengasingkan sisa dkering dalam tiga kategori tersebut. Dari situ, dimasukkan ke dalam tong-tong drum. Pada peringkat awal program tersebut, beliau berjaya mendapat sumbangan 50 tong drum untuk dikumpul sisa buangan. Setiap tong dilukis dan dicat oleh remaja Sukunan dengan lukisan grafiti yang begitu menarik. Tong-tong tersebut diletakkan pada lokasi yang strategik dan dikhaskan untuk punggutan bahan-bahan yang telah diasingkan iaitu kertas, plastik, kaca dan logam. Beliau juga menyediakan tong-tong komposer untuk sisa organan misalnya lebihan makanan dari dapur untuk dikitar semula.

bermula dengan karung guna semula untuk pengasingan 3 kategori sampah di rumah.. (Foto FB Dr. Iswanto)
tong drum yang menjadi tempat pengumpulan sisa bagi 10 hingga 15 buah rumah berdekatan
lukisan grafiti yang menarik perhatian penduduk kampung terutama anak muda dan remaja.



sisa makanan/dapur yang dimasukkan ke dalam tong komposer untuk dikitar semula menjadi baja organan (Foto FB Dr Iswanto) 


  • Sampah yang masih boleh dimanfaatkan dibuat kraftangan, dikitar semula atau selebihnya dijual, manakala sampah organik, dibuat baja kompos. Contoh, sampah plastik diubah menjadi barang-barang kreatif seperti dompet, penutup bekas minuman, piring atau lekaq, tas tangan, bakul/raga, sarung kusyen, jaket, pembalut seat motorsikal, alas meja, bunga-bunga plastik dan lainnya. Harga yang dipasarkan pun tidak mahal, hanya berkisar 10.000-100.000 rupiah. Bergantung pada tingkat kerumitan dan saiz barang tersebut. 
baju kanak-kanak dari pembalut makanan yang dikitar semula (Foto FB Dr. Iswanto)
pelbagai beg guna semula yang diperbuat dari plastik pembungkus termasuk sachets cappuccino dikitar semula.
  barang makanan atau barangan rumah tangga (foto FB Dr. Iswanto)
cantikkan beg ni (foto FB Dr. Iswanto)



piring dan lekir dari sisa sampah plastik

tu dia tas tangan wanita dibuat dari plastik pembungkus minyak masak - lebih cantik dari jenama Birkin

bungkusan sarchet biskut yang dikitar semula



orang ramai berpusa-pusu membeli pelbagai kraftangan yang dibawa oleh Dr Iswanto  (Foto Sdr. Rosli)

  • Masyarakat  Sukunan yang kreatif menggunakan kemahiran mereka mengumpul dan mengolah kain-kain perca untuk dibuat kraftangan seperti tas, tempat sangkut  botol, sarung bantal, dompet, dan lainya. Harga yang ditawarkan pun tidak tinggi, hanya berkisar rp 5.000- rp 20.000.
  • Sisa-sisa sampah dari bahan polistren dan styrofoam dan sisa-sisa berkaitan dihancurksn dan dicampur dengan simen boleh dijadikan dinding rumah. Dipercayai dinding yang diperbuat dari bahan tersebut masih kukuh jika menerima gegaran gempa bumi.
sisa styrofoam dihantur menjadi kecil

sisa styrofoam yang campur dengan simen dan pasir untuk dibuat  bata dan bahan binaan (Foto FB Dr. Iswanto)


campuran sisa tersebut dituangkan dalam beam yang membentuk dinding rumah (Foto FB Dr. Iswanto)

ini lah dinding rumah yang perbuat dari campuran sisa sampah styrofoam (Foto FB Dr. Iswanto)






  • Manakala sisa dari bahan kaca, gelas dan seramik dicampur dengan simen dan pasir dijadikan peralatan bekas-bekas masakan seperti pasu, pot dan sebagainya.
sisa kaca yang dihancurkan sebelum diproses (foto FB Dr. Iswanto)


batu-bata hiasan yang diperbuat dari sisa kaca dan gelas yang  dikitar semula (foto FB Dr. Iswanto)

salah satu penghasilan dari sisa kaca yang telah dikitar semula (foto FB Dr. Iswanto)


sisa kotor seperti cawat wanita dan pampers bayi/orang tua juga dikitar semula. Mereka juga berjaya mencipta cawat wanita yang telah dibasuh dan keringkan, dipack kan untuk dipakaisemula (Foto FB Dr. Iswanto)
  • Sisa yang tidak dapat dikitar, akan dipekkan dengan sempurna untuk dijual kepada pihak luar, terutama dari sektor perkilangan. 
sampah yang tidak dapat dikitar dibeli dari penduduk kampung untuk dijual ke kilang yang berkdekatan

semua urusan jual beli sampah direkodkan oleh petugas.
  • Penduduk Sukunan juga berkebolehan mengendalikan kursus dan latihan pembuatan kompos, kitar semula sisa sampah dan sebagainya  untuk semua peringkat usia. Ceramah dan lawatan ke site diadakan kepada pelawat dari dalam dan luar negara yang bertali arus melawat Kampung tersebut..
Lawatan sambil belajar dari MPSP Pulau Pinang (Foto FB Dr. Iswanto)

pelawat dari Negara Germany (Foto FB Dr. Iswanto)

Tunjukajar pembikinan kraftangan dari sisa plastik kepada pengunjung dari negara Jepun (Foto FB Dr. Iswanto)

ceramah kelompok disediakan kepada setiap rombongan pelawat
  • Penglibatan kanak-kanak dan remaja dalam memamtau dan sekaligus menanam rasa cinta kebersihan
  • Mewujudkan pusat pengumpulan sampah (Tempat Penampungan Sampah) Non Organik. Seterusnya packing sampah non organik untuk tujuan kitar semula atau membuat kraftangan atau untuk dijual. Mewujudkan petugas melayani tabungan sampah.




  • penglibatan warga/penduduk Sukunan dalam membuat sarana prasarana misalnya penyediaan tong pengumpulan sampah iaitu 3 tong bagi 3 kategori sampah yang akan diguna  oleh 10 hingga 15 rumah pada  kejiranan tersebut. Menimplementasikan pengasingan sampah di punca melalui model sedekah sampah dan bank sampah komunal.


  • Sisa organan seperti sisa makanan, daun kayu, rumput akan dibuat kompos melalui pengomposan secara lubang biopori.



sisa/sampah organan seperti sisa makanan, sayuran dan daun-daun halaman rumah etc dimasukkan ke dalam lubang biopori  (Foto FB Dr Iswanto)


baja organan yang terhasil - boleh dijual (foto FB Dr. Iswanto)
  • Penggunaan sepenuhnya sumber air - salah satu Instalasi Pengolahan Air Limbah (IPAL) komunal dengan teknologi Rotating Biological Contactor (RBC) untuk mengolah faeces dan limbah cair rumahtangga di  Sukunan sejak 2007/2008. Projek tersebut adalah hasil kerjasama JICA-APEX Jepun,
pengolahan air limbah yang efektif dan ekonomik (Foto FB Dr. Iswanto

kamar mandi yang ideal (foto FB Dr. Iswanto)
  • Malah air kencing manusia dan ternakan juga dikitar semula melalui pengolahan urine manusia yang ditakungkan selama lima hari telah menghasilkan baja cecair sama ada di masukkan dalam bekas isi baja cecair atau dipamkan terus ke sistem hidroponik dalam penghasilan sayuran hidroponik. 
proses pembuatan baja cecair kaedah urinoir yang dicampur gula merah dan bakteria pengaktif (foto FB Dr. Iswanto)
  • Kampung Wisata Sukunan juga menawarkan berbagai  pakej lawatan sambil belajar  dan rekreasi. Misalnya, pengunjung atau pelajar didedah dan tunjuk ajar berkaitan sistem pengolahan sampah mandiri, latihan pembuatan kraftangan dari plastik, kain perca, pembuatan kompos rumah tangga, hinggalah ekotourism pemeliharan lembu, kambing, membajak sawah, menanam benih, menuai padi padi. Perkembangan industri pelancongan berteraskan ecotourism dan homestay telah memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk kampung Sukunan.

4. Justifikasi dari gagasan Dr Iswanto di kampung Sukunan dan kampung bersebelahan - hingga kini, masyarakat Sukunan masih menikmati hasil positif  dari uruselia sampah. Selain masyarakat dapat memanfaatkan baja kompos yang menyuburkan sektor pertanian, pendapatan penduduk kampung juga meningkat hasil dari penjualan sampah dan baja kompos. Di samping itu juga ada beberapa produk kraftangan yang dipasarkan untuk pasaran domestik, malah ada yang dieksport keluar negara seperti ke Australia. Manfaat lain termasuklah meningkatnya nilai-nilai sosial yang positif pada kalangan masyarakat, meningkatnya nilai ekonomi dan taraf hidup penduduk dan yang terpenting ialah meningkatnya nilai-nilai ekologi kawasan tersebut yang bebas dari pencemaran dan pulangan kualiti alam sekitar yang lebih baik. Kalau dahulunya  Kampung Sukunan menghadapi masalah banjir sampah, tetapi kini, penduduk menikmati banjir wang yang diperolehi kesan dari aktiviti pengasingan sampah di punca. Syabas kepada Dr. Iswanto dan penduduk Kampung Sukunan.









1 comment:

  1. URGENT LOAN NEEDED???
    INSTANT AFFORDABLE PERSONAL/BUSINESS/HOME/INVESTMENT LOAN OFFER WITHOUT COST/STRESS CONTACT US TODAY VIA Whatsapp +19292227023 Email drbenjaminfinance@gmail.com

    Hello, Do you need an urgent loan to support your business or in any purpose? we are certified and legitimate and international licensed loan Company. We offer loans to Business firms, companies and individuals at an affordable interest rate of 2% , It might be a short or long term loan or even if you have poor credit, we shall process your loan as soon as we receive your application. we are an independent financial institution. We have built up an excellent reputation over the years in providing various types of loans to thousands of our customers. We Offer guaranteed loan services of any amount to people all over the globe, we offer easy Personal loans,Commercial/business loan,Car loan Leasing/equipment finance, Debt consolidation loan, Home loan, ETC with either a good or bad credit history. If you are in need of a loan do contact us via Whatsapp +19292227023 Call/Text +1(415)630-7138 Email drbenjaminfinance@gmail.com

    Share this to help a soul right now, Thanks

    ReplyDelete