Sunday 15 December 2013

JELAJAH INDONESIA (SIRI1).

Penulis dan anak  menaiki bemor (beca motor) 'putar-putar' di Kota Semarang

1. Cuti Penggal Terakhir Persekolahan Tahun 2013 telah masuk minggu ke lima. Ramai dalam kalangan rakan-rakan telah berangkat atau akan berangkat ke destinasi perlancongan di dalam negeri atau ke luar negara untuk bercuti bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Jika diberi pilihan, ramai yang berkeinginan untuk melancong ke luar negara. Melancong ke luar negara melibatkan kos yang besar. Lebih-lebih lagi jika destinasi tersebut jauh dan jangkamasa lebih lama berada di sana. Acap kali kita berasa kecewa kerana hasrat untuk melancong ke luar negara tidak kesampaian kerana kekangan wang.

2. Sesuai dengan falsafah "tiada kekecewaan  dalam hidup", penulis  ingin mengajak pembaca yang berhasrat melancong  ke destinasi luar negara,  supaya dapat terbang ke sana dengan kos yang minimum tetapi kepuasan yang maksimum. Modus operandinya.........."Patah sayap terbang jua" ... .terbang dengan  Air Asia...."Now Everyone Can Fly.....!!'  anda  tunggu promosi Air Asia, booking perjalanan pergi dan balik untuk enam hingga lapan bulan yang akan datang, semak kelebihan destinasi yang nak pergi diinternet dan sediakan itinerary dan rancangkan pergerakan di sana untuk tiga  atau empat hari. Budget untuk tambang kapal terbang  pergi dan balik serta penginapan hotel dalam lingkungan RM 150 hingga RM300 seorang. Penulis yakin ramai rakan kita telah berjaya terbang ke luar negara  dengan cara ini dan ramai pula telah menceritakan pengalaman mereka menerusi penulisan blog atau video yang didownloadkan di youtube.


Booking terbaharu : Ke Brunei Darulsalam  untuk 6 pax pada  Ogos  2014

3. Hampir kesemua destinasi Air Asia ke Indonesia kami telah kunjungi secara budget. Pergi sendiri yakni pakai 'redah' sahaja. Tidak menggunakan agensi pelancongan atau pemandu pelancong di tempat-tempat tersebut. Cuma sediakan wang untuk sewa mobil (toyota vios, avanza atau innova) beserta supir,petrol dan makan minum ala kadar. Penginapan pun, pilih hotel dua atau tiga bintang sahaja. Buat apa nak bazir wang menginap di hotel mahal, kerana hotel itu hanya tempat untuk tidur, mandi dan solat sahaja.



4. Pelbagai kenangan yang menarik untuk penulis kongsikan bersama di samping beberapa tip untuk panduan bagi mereka yang baru kali pertama nak pergi. Ikutilah sebahagian  kisah-kisah menarik tersebut di dalam siri-siri yang akan datang.

5. Pertama kali penulis dan keluarga menjejak kaki ke Indonesia ialah di Padang, Provinsi Sumatera Barat. Kelakarnya, di sini  penulis adalah seorang jutawan kerana memiliki wang  bernilai berjuta-juta rupiah. Setibanya kami di bandara (bandar udara @ airport), kami diserbu oleh pengusaha kereta sewa (taxi) samaada dari pengusaha agensi perlancongan atau 'private sapu'.  Tentulah penulis memilih private sapu kerana harga tambang boleh ditawar menawar. Kami nak sewa teksi dari "Bandara Minangkabau"  Padang ke Bukit Tinggi, kira-kira 90 km.  Pengusaha teksi sapu menjelaskan kadar bayaran ialah rupiah 480  (Empat Ratus Lapan Puluh Rupiah). Wooi  'murah'  rupanya, tanpa tawar menawar terus kami setuju. Di pertengahan jalan apabila teksi tersebut berhenti untuk isi petrol (bensin), barulah kami sedar bahawa  Rupiah 480  itu bermaksud  Rupiah Empat Ratus Lapan Puluh  Ribu   (IDR 480,000) atau bersamaan RM 130.00.  Di Indonesia, penduduk lebih gemar menyebut nilai rupiah tanpa perkataan ribu. Kadar tambang Rupiah 480,000 adalah mahal. Jadi kami awal-awal lagi dah kena 'kapak'.  Sekiranya nilai rupiah ini difahami,  tentulah kami  boleh tawar menawar atau cari pengusaha lain. Selepas kejadiaan tu, kami lebih berhati-hati. mengenai rupiah ni.  Guna kalkulator di dalam semua urusan melibatkan wang. Mata wang rupiah sebaiknya diperolehi di tanah air kerana pengurup wang di sana seringkali memberikan kadar tukaran yang lebih menguntungkan mereka.




6. Pengalaman di Yogjakarta amat mencemaskan kerana sebaik sahaja kami sampai di Bandara Adi Sucipo untuk urusan daftar masuk, kami dimaklumkan bahawa penerbangan kami JOG ke KUL   telah berlepas jam 9.00 pagi, bukan 12.20 tengahari sepertimana yang tercetak pada 'tiket'. Macam mana nak balik ? Terlepas kapal terbang !. Duit dalam poket cuma ada RM 50.00 sahaja. Kad kredit pula bermasalah. Rupanya insiden ini berlaku kerana kami booking flight dari Yogyakarka ke KL kira-kira 6 bulan yang lalu dan Air Asia telah buat pindaan tarikh berlepas dari Yogjakarta ke KUL.  Penulis tidak dimaklumkan perubahan tarikh, samaada melalui telefon atau e-mail. Rupanya, kami pergi dulu naik Air Asia Malaysia (AK), manakala balik pula naik Air Asia Indonesia (QZ). Jadi inilah puncanya kami tidak dimaklumkan. Bagaimanapun kerana  masalah ini berpunca dari pihak Air Asia, syarikat tambang murah tersebut bersetuju mengeluarkan tiket percuma  untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya kerana pada masa tersebut hanya terdapat sekali sahaja penerbangan destinasi Yogjakarta - KL.

kaunter tiket di Bandara Adi Sucipto Yogja.
7. Di Pekan Baru, kami sampai semasa cuti Tahun Baru China. Rupanya ramai juga masyarakat Tionghua di situ. Oleh itu, banyak tempat-tempat awam yang boleh dikunjungi, ditutup selama dua hari. Aduh, tak tau nak pi mana lagi kerana Pekan Baru bukanlah destinasi pelancongan yang popular kerana tidak banyak objek wisata di situ. Patutlah, masa nak booking tiket dulu,  mudah  dapat kerana tidak ramai yang berminat ke sana meski pun tambang 'free seat'.


8. Di Makasar (Ujung Pandang) Sulewasi Selatan @ Sulsel, ketibaan kami disambut oleh musim tengkujuh. Hujan pagi dan petang. Niat awalnya nak wisata ke tempat-tempat menarik di Tana Taroja, bertukar menjadi 'destinasi berbulan madu'. Bagaimanapun, kami berjaya juga mengunjungi beberapa tempat menarik yang terdapat objek bersejarah  di sekitar Kota Makasar.

Musim hujan dari angin monsun timur laut

Tana Taroja - mayat di letak di dalam lubang batu di lereng bukit

9. Pengalaman naik bas dari Brastagi ke Kota Medan merupakan satu perjalanan yang mencemaskan kerana supir bas memandu basnya bukan sahaja laju, malah memotong deretan kenderaan ketika menuruni bukit dan menyusur jalan lereng bukit yang berliku-liku. Yang hairannya penumpang lain di dalam bas nampak relax dan cool sahaja,  Penulis tak kelip mata memandang ke hadapan, nak lihat apakah yang bakal berlaku kepada bas kami.

Satu pemandangan yang tipikal keadaan macet bila warga kota kembali semula ke kota untuk bekerja.

10. Pulau Bali merupakan destinasi yang paling menarik. Penulis bernasib baik kerana dapat booking empat seat ke Bali.  Untuk makluman, Bali, Bandung dan Lombok adalah di antara destinasi Air Asia yang sukar nak dapat seat menerusi promosi tambang murah Air Asia. Bali mempunyai alam semulajadi, kisah adat resam dan budaya yang amat menarik.Tetapi awas, amat sukar kita nak bezakan di antara seorang itu  orang 'Melayu' Islam atau Hindu.

Padi ditanam secara teres di Tegalalang Bali
11. Orang Indonesia amat kreatif. Semua bahan daripada kayu, kulit, kaca boleh jadi kraftangan yang menarik. Kita dapat lihat berbagai produk kerajinan tangan  kampung di sepanjang kiri-kanan jalan  Desa Mulyoharjo di Jepara Jawa Tengah atau di Bantul Yogya. Yang menariknya di setengah-setengah kedai, semua barang-barang yang dipamir untuk jualan, tetapi tidak ada penjual atau pemilik. Kalau nak beli, kita boleh telefon dan pemilik kedai akan datang. Tidak ada 'maling siang'. Kalau di tanah air, gerenti lesap macam Kasim Baba angkut semua barangan hasil rompakan  penyamun di dalam gua,  diisi penuh satu lori.

Projek satu desa satu produk kraftangan lebih berjaya di Indonesia

12. Pengalaman paling seram ialah ketika masuk ke dalam penjara Jepun di bawah tanah di  Lawang Sewu Kota Semarang pada waktu maghrib dan yang masuk hanya isteri dan anak perempuan sahaja. Penulis tidak ikut masuk kerana penulis bimbang diserang penyakit asma di tempat bawah tanah yang lembab, gelap dan sempit. Di situlah  tahanan diseksa, didera dan dipancung kepala semasa pemerintahan Jepun di Indonesia

Tempat kurungan dan deraan tahanan tentera Jepun di bawah bangunan Lawang Sewu
13. Perjalanan keretapi  laluan Medan-Siantar amat menarik. Penumpang bukan sahaja diminta membeli barangan makanan dan minuman dari "penjual usungan" malah turut dihiburkan dengan nyanyian dan petikan gitar dari "pemuzik jalanan" disepanjang perjalanan.

Stesyen Kereta Api Permatang Siantar
14. Di Acheh, lawatan kami lebih dikuasai 'mood pilu' bila menjejak kaki ke bumi tsunami yang telah mengorbankan seramai hampir 130,000 penduduk dan 37,000 lagi hilang. Bagaimanapun, kami bertuah kerana dapat menjalinkan hubungan silatur-rahim dengan  Has  Ghazali Cut Nie iaitu Iman Besar Masjid Teuku Omar Banda Acheh. Susulan dari ikatan persaudaraan ini, Has Ghazali telah bertandang ke rumah penulis di Lahar Yooi Tasik Gelugor Pulau Pinang dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada 27 Januari 2013 lalu.


Adakah ibu ini bersama anak-anaknya telah menjadi korban tsunami 2004?

15. Bumi  Pulau Jawa ibarat lubuk bagi penyebaran agama. Sejarah awal penduduk di situ menunjukkan mereka mengamalkan ajaran animisme dan dinamisme. Kedatangan agama Hindu-Budha  menyebabkan ramai masyarakat Jawa menganut ajaran tersebut.. Kedatangan  Islam melalui Gujerat dan Parsi telah berjaya mengekang pengaruh  Hindu-Budha dan sebahagianya 'lari' ke Pulau Bali. Usaha-usaha penyebaran Islam oleh Wali Songo telah menyebabkan agama Islam kekal di Pulau Jawa meskipun pihak penjajah iaitu Belanda turut gigih menyebarkan ajaran Kristian. Di Surabaya, kami berjaya menjejak tiga dari sembilan Wali Songo. Salah satunya Sunan  Ampel,  amat menarik kerana daerah ini terdapat pasar dan bazar jualan mempamirkan  ciri-ciri "ala arab" saperti bazar dekat Masjid Kucing (sebelum demolish)  di Mekah.


Beribu gerai jualan disepanjang jalan menuju ke makam Wali Songo Sunan Ampel di Surabaya

15. Ikutilah corat-coret destinasi pertama kami ke Padang-Bukit Tinggi Sumatera Barat dalam Siri 2.    Assalamu Alaikum..... bye. bye...!

Air Asia turut memperkukuhkan ikatan keluarga kami




Sedutan Jelajah Indonesia Siri 2 : Apakah yang telah dilakukan oleh Blackie dan Darkie apabila berjaya menumpaskan babi hutan tersebut ? Teruskan bacaan anda Jelajah Indonesia SIRI 2 DI SINI

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete